Sememangnya sukar memilih permainan yang sesuai dengan anak. Lebih-lebih lagi yang berumur enam tahun ke bawah. Anda perlu tahu bahawa usia 0 – 6 tahun adalah tahap umur penting dalam usaha membina minda cerdas dan badan yang cergas.

Melihat lambakan permainan di pasar raya, rambang mata dibuatnya. Apa-apa pun, banyak aspek yang perlu dipertimbangkan. Contohnya adakah ia boleh ditelan, mempunyai bucu tajam, selamat digigit dan sebagainya. Di sini Pa&Ma senaraikan panduan untuk membeli permainan anak mengikut tahap umurnya.

Beli Mainan Anak Kena Sesuai Tahap Umur. Panduan Ringkas Ini Bantu Anda Buat Belian Bijak

0 – 18 bulan

Bayi 0 – 18 bulan perlu tidur di antara 13 – 18 jam. Jadi anda tidak perlu membelikannya terlalu banyak permainan.

Permainan yang sesuai untuknya adalah seperti mainan lembut, cloth book, wrist rattles, teether, stacker, wooden bricks, stacking cups, shape sorter

18 bulan – 4 tahun

Kebolehan dan minat bermain kanak-kanak dalam lingkungan umur 18 bulan sehingga tiga tahun berbeza antara satu sama lain.

IKLAN

Si kecil A mungkin suka bermain puzzle tetapi tidak kanak-kanak B.  Jadi, jangan bandingkan minat anak anda dengan kanak-kanak yang lain.

Apa yang penting, anda perlu bijak memilih permainan yang bersesuaian dengan minat dan kebolehannya.

Untuk merangsang motor halus, anda boleh dapatkan permainan ring counter, bead lacing dan latch board. Rangsangan motor kasar pula boleh menggunakan foam block dan strider bike, sound block, peg board, brick set, puzzle.

IKLAN

Dia juga boleh diberi permainan berasaskan pengangkutan seperti wagon, bas sekolah, trak dan sebagainya. Alat mainan muzik pula boleh terdiri daripada tamborin, dram besar dan set percussion.

Untuk mengajarnya tentang keupayaan praktikal kemahiran hidup, dapatkan alat seperti alat mewarna, buku warna dan alatan berkebun.

IKLAN

4 – 6 tahun

Pada tahap umur prasekolah, anak anda sudah mempunyai keinginan dan pendirian tersendiri. Jadi ikuti minat anak ketika mahu memilih dan membeli alat permainan untuknya.

Demi menggalakkan kreativiti, dapatkan mainan blok, slot builder, warna air mudah basuh, easel, gulungan kertas melukis dan tanah liat.

Kemahiran berfikirnya boleh dirangsang melalui permainan-permainan yang melibatkan ingatan, mengkaji badan manusia, mengenal huruf-huruf kecil dan mengenal ibu dan anak haiwan.

Diharapkan senarai ringkas ini boleh membantu anda membuat pilihan terbaik ketika membeli permainan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI