Bila hendak bercuti, mak ayah mula rasa susah hati hendak sediakan bubur nasi untuk anak. Bikin panik dibuatnya bila anak lapar. Apa caranya? Jika stok beku makanan tak mencukupi untuk bayi kita, lebih-lebih lagi bagi yang bercuti lama ke luar negara, ini cara paling mudah dan super pantas.
Idea perkongsian daripada Puan Aziela Sharit ini memang super awesome! Pantas dengan hanya guna cutter atau hand mixer sahaja. Tak sampai 2 minit di tarik, bubur anak siap. Senangnya!
Last minit plan untuk travel. Tak sempat nak shopping online. Terima kasih kepada kawan-kawan dalam ni yang share cara buat bubur express untuk travel & terima kasih jugak sharekan termos (beli di Ikea) dan mini cutter (beli di Mr diy).
Ads
Cara saya buat bubur , nasi beli dikedai. Masukkan dalam termos Ikea, masukkan air panas. Biarkan kembang sekejap. Kemudian tapiskan.
Masukkan dalam mini cutter. Tarik-tarik manual untuk haluskan bubur dan kalau pekat boleh tambah air panas. Ok dah siap bubur nasi untuk hero umi 6bulan 11hari.
Ads
Wow hebatnya, senang dan tak perlukan masa yang lama untuk siapkan nasi buat anak. Hanya perlukan ruang dan kerajinan untuk bawa dua benda ni semasa bercuti.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menerusi akaun instagram berkongsi cara beliau mendidik anak-anaknya. Dia melakukan persiapan untuk anak gadisnya yang akan memasuki darjah satu tahun hadapan.
Cara beliau melakukan persiapan untuk anak-anak memasuki alam persekolahan yang baru boleh dicontohi. Beliau berkata, ulangkaji dilakukan agar anak-anak lebih bersedia dan tidak tertinggal di dalam kelas.
Video – Study time with Tasha
I normally spend 45 minutes with the girls after Tarawih doing worksheets from English , Maths etc
Bella would also do her Hafazan and other Islamic subjects for next term
I spend a lot of time with Tasha on her Bahasa Melayu as she will be in Standard One next year . She speaks English most of the time and her Malay is a bit rusty Holidays are the best time to catch up with schoolwork
Preparing them for next term subjects is important so that once school starts , they will be ahead of other students
Just an hour a day is more than enough during the school holidays Make learning fun … the girls are always looking forward to their studying with Daddy
Salam Ramadhan Everyone Love As Always
Terjemahan:
Saya biasanya menghabiskan masa 45 minit dengan anak perempuan selepas Tarawih untuk melakukan latihan Bahasa Inggeris, Matematik dan sebagainya
Bella juga akan melakukan Hafazan dan mata pelajaran Islam lain untuk sesi yang akan datang
Saya menghabiskan banyak masa dengan Tasha mengulangkaji Bahasa Melayu kerana dia akan berada di darjah 1 tahun depan. Dia bercakap bahasa Inggeris lebih kerap dan Bahasa Melayunya agak merosot.Cuti adalah masa terbaik untuk mengulangkaji dan mengejar subjek yang tertinggal.
Menyediakan mereka untuk mata pelajaran jangka panjang adalah penting supaya apabila sekolah bermula, mereka akan mendahului pelajar lain.
Hanya satu jam sehari lebih daripada cukup semasa cuti sekolah Jadikan belajar itu sesuatu yang seronok…Anak perempuan saya sentiasa tidak sabar untuk belajar bersama ayahnya
Ibu bapa yang ada anak masih belum dapat pegang pensel dengan baik atau bila disuruh menulis atau mewarna akan beri pelbagai alasan boleh cuba tip ini.
Nampak macam anak tak selesa tapi sebenarnya boleh buat anak seronok melakukan aktiviti yang menggunakan pensel atau pensel warna.
Perkongsian dari Puan Hajar Binti Md Said ini yang juga seorang guru boleh dimanfaatkan.
Kami sekeluarga memang sudah gazettekan Omar ni anak bongsu. Hehehe. Jadinya bila begitu, secara automatiknya, kami memang berlambat-lambat dengan perkembangan Omar.
Terlalu enjoy zaman toddler dia.
Antara kesannya ialah, diantara adik-beradik, Omar yang paling lambat potty train, paling lambat pandai pakai baju dan seluar sendiri (ni pakai baju sendiri pun belum lepas lagi, seluor je boleh), paling lambat tidur asing dan masih belum boleh suap makanan sendiri (kecuali finger food).
Oh ya, masih hisap susu dalam botol..haiyaaaa
Apa-apa sahaja perkara yang disuruh, kalau tiada kena mengena dengan bermain, Omar suka beri jawapan;
“Omar tak retilah.”
“Omar penat.”
“Omar mengantuk”, walau hakikatnya tak pun.
Dan dalam kebanyakan kes, kami semua akan mengalah dan mengikut kehendaknya. Adehai…
Sampailah dah masuk tadika ni. Omar memang sangat asing dengan alat tulis atau alat mewarna. Abang-abangnya dulu adalah juga suka mewarna sebelum tadika. Omar? Pegang pensel pun tak pernah oiii!
Hujung minggu ni tengok dalam beg sekolah, ada 2 lembaran kerja “pencil tracing” yang perlu disiapkan.
“Jom, Omar kita buat kerja ni nak?”
“Omar penat.” Ok dah agak dah jawapan ni.
“Jomlah..kejap je. Meh. Mak tolong.”
Dia pun melangkahlah ke meja jepun tempat kami buat kerja.
“Omar tak reti..” Yup, memang sangat awkward Omar pegang pensel. Bila mata pensel kena kertas langsung tiada tekanan.
Cikgu pun buatlah the next best thing. Cikgu terangkan macam mana hendak pegang pensel. Cikgu masukkan pensel dalam genggamannya dan turut menulis bersama-sama.
Dua tiga kejap, genggamannya lari dan kembali kepada cara pegangan yang salah.
Ha..mulalah dia bermalas-malas nak buat.
Ok, en Google mesti ada cara, atau tip untuk bantu anak biasa pegang pensel.
Cari punya cari, memang ada banyak. Tapi cikgu pilih ‘Teknik Setokin”. Sebab apa? Teknik ni memerlukan paling sedikit instructions kepada anak.
Macam ni;
Cari setokin lama (yang dah tak muat atau tak pakai). Kalau boleh yang getah masih elok. Jangan guna setokin bapak dia. Besor sangat.
Masukkan setokin ke tangan anak. Kenalpasti (agak-agak je) di mana ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu.
Buat 2 lubang dengan gunting. Satu untuk ibu jari, satu untuk jari telunjuk dan jari hantu.
Pakaikan setokin pada tangan anak. Yang keluar hanya 3 jari. Jari manis dan jari kelingking automatik akan bergulung di dalam setokin.
Buatlah apa-apa cerita tentang setokin tu. Cerita cikgu macam ni:
” Ada sekor dinasaur ni, gigi dia ada 3 je tau (sambil angkat tangan anak yang ada setokin). Dia ni dinosaur pelik. Dia ni tak macam dinosaur lain, makan daging ke, daun ke. Dia makan batang kayu. Kalau ada batang kayu, dia gigit kuat-kuat, tak bagi lepas.
Sambil-sambil cari batang kayu (baca pensel). Haaa….macam ni (tunjuk pensel). Kayu macam ni dia suka.
Hulur pensel ke tangan anak.
“Ha! Gigit kuat-kuat tau! Jangan lepas!”
Lepas tu, cubalah beberapa latihan tracing.
Hendak kata terus boleh tulis tu, memang tidaklah. Tetapi mood dia jadi lain sikit. Nak jugaklah menulis.
Tekanan pun kuat sikit. Jari-jari dia susah nak kembali ke pegangan yang salah. Dapatlah buat beberapa latihan.
Dapatlah juga siapkan homework.
Masih belum mahir lagi. Bak kata orang putih, practice makes perfect. Lama-lama buat, plus doa, Insya Allah boleh
Ps: bolehlah cuba kalau mahu. Kalau tahu ada yang nak cuba, boleh share.
Walaupun telah dicuci bersih dengan menggunakan sabun, namun botol susu bayi masih lagi tidak bersih sepenuhnya jika tidak disteril. Bagaimanakah cara mensterilkan botol susu bayi yang betul?
Kepentingan mengetahui cara mensterilkan botol susu bayi
Setelah bayi atau anak kecil di rumah menghabiskan susu dalam botolnya, kita biasa mencuci botol susu bayi tersebut dengan menggunakan air dan juga sabun.
Namun, cara ini hanya menyingkirkan sebahagian besar bakteria dan sisa susu yang melekat pada botol tersebut.
Masih terdapat sebilangan kecil bakteria yang berada pada botol susu tanpa anda ketahui.
Oleh itu, botol susu bayi bukan hanya perlu dicuci dengan air bersih dan juga sabun, tetapi juga dengan menggunakan kaedah pensterilan.
Kaedah steril boleh membantu menghapuskan bakteria berbahaya secara total pada botol susu anak anda.
Antara masalah yang boleh dicegah melalui pensterilan botol susu bayi ialah:
#1. Gastroenteritis
Botol bayi yang tidak dicuci bersih atau disteril boleh menjadi tempat berkumpulnya penyakit yang boleh membahayakan bayi anda yang baru lahir. Salah satunya ialah gastroenteritis.
Gastroenteritis virus adalah komplikasi dalam usus yang sering mengakibatkan sakit perut, muntah, dan cirit-birit.
Bayi mungkin dijangkiti gastroenteritis daripada botol bayi yang tidak bersih.
Selain itu, bayi juga mungkin mendapat penyakit ini daripada individu yang dijangkiti yang mencemari botol susu mereka melalui sentuhan langsung atau daripada batuk dan juga bersin.
Oleh itu, botol susu anak anda amat perlu disteril setiap kali selepas digunakan.
#2. Menghapuskan tempat pembiakan bakteria
Botol bayi yang tidak disteril juga boleh menjadi habitat yang sesuai untuk bakteria berbahaya membiak.
Antara bakteria yang boleh membiak dalam botol susu anak anda ialah E.coli dan juga Salmonella.
Sekiranya ini berlaku, ia boleh berpindah ke mulut bayi jika anda hanya menggunakan air dan sabun untuk mencuci botol tersebut.
Bakteria ini boleh menyebabkan penyakit kepada bayi anda seperti keracunan makanan dan muntah-muntah.
Salah satu sebab atau punca jangkitan bakteria dalam botol bayi anda adalah kebersihan yang buruk dan tabiat pencucian yang buruk.
Tambahan pula, botol bayi yang mengandungi susu ibu atau susu formula untuk tempoh yang agak lama sememangnya menjadi tempat bakteria membiak.
Jika anda tidak membersihkan botol si manja dengan kaedah pensterilan, ia boleh terdedah kepada organisma yang boleh membawa kepada penyakit berbahaya.
#3. Membunuh kuman dan juga virus
Botol bayi yang tidak dibersihkan dengan betul juga akan menarik kuman yang mungkin menyebabkan bayi jatuh sakit.
Virus hepatitis A dan rotavirus mungkin boleh menjangkiti botol bayi yang tidak bersih.
Ini kerana, kedua-dua jenis virus ini boleh berpindah kepada botol susu anak anda jika ia disanitasi dengan cara yang salah.
Untuk pengetahuan anda, virus hepatitis A boleh menjangkiti hati bayi anda, manakala rotavirus pula boleh menyebabkan dehidrasi dan cirit-birit.
Jangkitan virus-virus ini sangat kritikal dan boleh mengancam nyawa bayi anda.
Oleh itu, anda mesti membersihkan botol ini dengan teliti melalui pensterilan untuk mengelakkan masalah sedemikian daripada berlaku.
Cara mensterilkan botol susu bayi yang betul
Terdapat beberapa kaedah yang boleh diamalkan apabila anda mahu mensterilkan botol susu si manja.
Antaranya adalah melalui kaedah pendidihan, pensterilan bahan kimia, pensterilan wap dan juga pensterilan gelombang mikro.
#1. Cara mensterilkan botol susu: Kaedah pendidihan
Kaedah ini merupakan antara kaedah termudah dan biasa dibuat oleh ramai orang. Caranya ialah:
#2. Pensterilan bahan kimia
Anda juga boleh menggunakan bahan antibakteria untuk membunuh kuman pada botol susu anak anda. Caranya ialah:
#3.Pensterilan wap
Pengewapan panas juga boleh digunakan untuk mensterilkan botol susu anak anda.
Pensterilan wap menggunakan sejenis alat automatik yang berfungsi ‘memasak’ botol susu anda pada suhu yang tinggi untuk membunuh kuman.
Caranya amat mudah, anda hanya perlu letakkan botol susu di dalam alat tersebut, masukkan air, dan tekan butang ‘On’.
Alat tersebut akan berhenti secara automatik apabila ia selesai mensterilkan botol susu.
#4.Pensterilan gelombang mikro
Alat ini lebih kurang sama sahaja seperti alat pensterilan wap, cuma ia dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro. Caranya: