Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini pastinya membuatkan pergerakan terbatas. Untuk menikmati scone sedap, gebu dan segar di Cameron pastinya tidak tercapai. Apa kata anda sediakan sendiri scone di rumah untuk anak-anak dan suami.

Cukup mudah kerana hendak menyediakannya hanya menggunakan tiga bahan sahaja. Simple dan cukup sedap. Nak tahu bagaimana membuatnya? Resipi langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Umie Nurhayati ini pastinya membantu. Jom cuba!

Beli RM4 Sebiji, Buat Sendiri Scone Simple 3 Bahan Ni, Lagi Puas Makan!


Ni kakak share resepi scone ringkas jerk taw, ada resepi lain juga tapi ni paling simple dan sedap pun sedap. Kalau beli sebiji kat Cameron ni RM4 seketui. Buat sendiri puas sikit makan ha gitu.

Resepi scone 3 bahan
=====================================
115g mentega (sejuk)
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan krim @ susu segar
* kalau nak manis korang boh la gula perang sikit (akak tak letak)

Beli RM4 Sebiji, Buat Sendiri Scone Simple 3 Bahan Ni, Lagi Puas Makan!

1. Gaulkan tepung bersama mentega sehingga jadi macam serbuk roti.

2. Masukkan susu sedikit demi sedikit.

Beli RM4 Sebiji, Buat Sendiri Scone Simple 3 Bahan Ni, Lagi Puas Makan!

IKLAN

3. Uli sampai jadi doh dan tak lembik.

Beli RM4 Sebiji, Buat Sendiri Scone Simple 3 Bahan Ni, Lagi Puas Makan!

4. Canaikan doh tipis sikit, dan lipat macam korang lipat baju tu.

5. Uli balik doh dan ikut step pertama tu.

Beli RM4 Sebiji, Buat Sendiri Scone Simple 3 Bahan Ni, Lagi Puas Makan!

IKLAN

6. Terap doh guna acuan bulat, kalau tak ada korang bulat-bulatkan jelah senang.

7. Susun di atas dulang pembakar, tak payah nak jarakkan sangat pun tak apa.

Beli RM4 Sebiji, Buat Sendiri Scone Simple 3 Bahan Ni, Lagi Puas Makan!

8. Sapu permukaan scone dengan telur yang dicampur dengan sedikit susu segar.

9. Bakar pada suhu 250° c selama 15 minit @ sehingga bahagian atas keperang-perangan.

IKLAN

Beli RM4 Sebiji, Buat Sendiri Scone Simple 3 Bahan Ni, Lagi Puas Makan!

10. Bolehlah dihidangkan nanti, makan bersama jem strawbery, sedikit butter dan krim putar.

P/s: Jangan bakar sampai garing pulak, nanti keras kejung scone korang hakak tak taw yer.

Selamat mencuba!

Artikel menarik: Resipi Donat Kampung Gebu Gebas, Paling Mudah Dan Ringkas, 6 Bahan Saja

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI