Setiap pasangan yang bakal mendapat bayi pastinya teruja dengan kehadiran si comel di dalam rahim. Si kecil inilah bakal penyeri rumahtangga kelak. Bila disahkan hamil, tentu sekali persiapan untuk menyambut si kecil dilakukan dengan penuh teliti. Segala barang keperluan akan di beli.
Kebanyakan ibu dan ayah akan membeli barang kelengkapan bayi serta baju bayi setelah mengetahui jantina bayi tersebut. Namun pastinya ramai yang mengalami situasi dimana keputusan scan menunjukan jantina mungkin perempuan, tetapi apabila lahir sebaliknya.
2 KALI SCAN, 2 KALI PEREMPUAN.
Sama seperti ibu ini, dia telah melakukan imbasan jantina (scan) sebanyak 2 kali untuk melihat jantina bayinya dan 2 kali jugalah keputusan menunjukan bayinya mungkin bayi perempuan.
Ads
IBU BELI BAJU PINK SEMUA, BILA KELUAR BABY BOY RUPANYA
Segala kelengkapan telah dibeli. Yelah, bila baby girl mesti teruja nak belikan barang warna pink.
“Sekali keluar lelaki pula Alhamdulilah. Ibu dah beli baju semua Pink”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa berpantang Hanis Zalikha menjaga penampilan. Bukan untuk siapa-siapa tetapi untuk kesihatan.
Hanis yang baru melahirkan anak kedua, Alisa Aishah 24 Mei lalu sedang dalam proses berpantang. Ibu kepada dua cahaya mata ini memberitahu dia masih lagi berada di hospital kerana menunggu perawat pantang.
Isteri kepada Hairul Azreen ini juga turut berkongsi tentang jadual hariannya di wad. Doktor sempat berpesan kepada Hanis agar bangun pagi terus mandi bersiap. Jangan selekeh walaupun dalam pantang sebab tidak bagus untuk kesihatan mental.
SUAMI JAGA DI HOSPITAL
Masih di hospital sebab confinement lady belum available. Jadi suami yang jaga dekat hospital, senang dengan bantuan ramai.
BANGUN PAGI TERUS MANDI BERSIAP
Doktor pesan bangun pagi terus mandi bersiap. Jangan selekeh walaupun dalam pantang sebab tak bagus untuk mental health. That is the update. Bye guys.
Para peminat juga memuji penampilan Hanis cantik dan nampak segar walau pun sedang berpantang. Kecantikan semula jadi terserlah, seri ibu selepas bersalin.
Tidak dinafikan, tubuh seorang ibu pasti akan berubah bentuk selepas dia melahirkan. Itu adalah normal. Kebanyakan wanita yang pernah bersalin akan cuba untuk menerima hakikat ini, (bahawa tubuh kita tidak akan sama seperti zaman anak dara dahulu). MAsalah kenaikan berat badan selepas melahirkan anak adalah perkara biasa yang berlaku dalam kalangan ibu.
Penulis blog Mum On The Run, Laura Mazza dari Sydney berkongsi perbualannya bersama suami mengenai bentuk badan selepas dia melahirkan anak mereka. Laura bukanlah wanita pertama yang memikirkan tentang soal bentuk badan selepas bersalin, tetapi kata-kata dari suaminya yang menjadi inspirasi.
“Kita Nak Suami Selalu Cakapkan Hal Ini Pada Isteri.”
Di laman Facebook Laura, dia bercerita bagaimana dia merungut pada suaminya. Dahulu suaminya jatuh cinta dengan Laura kerana tubuhnya yang seksi, tiada kesan regangan di perut dan payudara serta boleh mengenakan jean ketat. Kini, selepas melahirkan anak tubuhnya sudah berubah bentuk sedangkan suaminya kekal seperti dahulu. Kata Laura, hal ini tidak adil!
“Ini bukan badan yang kamu cintai,” kata Laura kepada suaminya.
“Betul, ini bukan tubuh yang buat saya jatuh cinta dahulu. Tetapi, tubuh inilah yang mengandungkan anak-anak kita, yang menyusukan anak kita. Yang membuat anak-anak berasa selesa. Inilah kehidupan. Tubuh awak sekarang buat saya jatuh cinta setiap hari. Saya tak tahu apa itu cinta sehinggalah saya lihat tubuh awak dan tahu pula macam-macam yang ia boleh buat. Jadi, terima kasih Sayang.”
‘Cair’ bila baca perkongsian Laura ini. Suaminya memberi keyakinan kepada Laura. Sebenarnya inilah yang perlu ibu baharu bersalin dengar. Selepas melahirkan, ibu merasa letih, beremosi dan mula kehilangan dirinya yang lama (kurang yakin). Seorang isteri hanya perlukan sokongan dari suaminya. Kata-kata sokongan dari suami boleh buat seorang isteri terus kuat dan rasa dirinya disayangi setiap hari.
Jangan malu dengan apa yang anda miliki atau bagaimana bentuk tubuh anda sebagai seorang ibu. Nikmati setiap apa yang anda ada dan bersyukurlah setiap kesan regangan yang ada pada tubuh anda mengesahkan yang anda seorang ibu! Jika anda perlukan peringatan, maka pandanglah tubuh anda. Hargai ia!
Sebenarnya soal bentuk badan berubah selepas bersalin bukan menjadi kegusaran Laura seorang bahkan semua wanita yang bergelar ibu. Sebaiknya suami banyakkan menyokong serta banyak memberi galakan kepada isteri. SUAMI, TOLONG UCAPKAN RASA PENGHARGAAN KEPADA ISTERI DAN PUJILAH TUBUH MEREKA WALAUPUN TIDAK SAMA SEPERTI DAHULU.
Perasankah anda, bau pada bayi baharu lahir sangat menyenangkan? Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, tetapi aroma pada badan mereka dapat menenangkan sesiapa sahaja yang menciumnya. Umpama ada satu aura pada bau tersebut.
Bau badan bayi yang baru lahir sangat disukai. Bukan sahaja ibu bapa yang sukar untuk menahan godaan mencium bayi, tapi adik beradik lain pun sama. Mengapa aroma bayi begitu menyenangkan? Sebuah artikel di portal Women’s Health ada menjelaskan perihal ini.
Menurut penganalisis kimia dari Monell Chemical Senses Centre di Philhadelphia, Amerika Syarikat, George Preti, aroma badan menyenangkan berasal dari bahan kimia yang berasal dari kelenjar bayi baru lahir. Satu lagi sebab mengapa aroma bayi sangat menyenangkan adalah metabolismenya.
Malah menurut pendapat lain, pada masa kelahiran, pengambilan makanan bayi hanya datang dari susu ibu sahaja. Bagaimanapun, selepas dia mula makan dan minum, aromanya mulai berbeza.
Selain itu, aroma tubuh unik bayi ini juga adalah disebabkan kerana lapisan putih pada kulit bayi baru lahir. Walaupun beberapa hari kemudian bayi itu dimandikan dan perlahan-lahan salutan itu longgar, aroma bau bayi masih ada lagi.
Apa pun alasan di sebaliknya, Preti menyakini aroma tubuh bayi yang menyenangkan ini merupakan cara ibu bapa makin jatuh cinta pada si kecil ini dan ia antara tarikan untuk orang sekeliling.
Preti juga menyatakan, aroma tubuh bayi membantu ibu menyedari kehadiran bayinya dan boleh mengukuhkan ikatan dengan kehadiran buah hati baru.
Hal ini terbukti melalui kajian yang menunjukkan ketika ibu mencium aroma tubuh bayi, ia secara tidak langsung membuatkan ibu rasa tenang. Ini menjadikan ibu mahu menghabiskan masa yang lama menjaga bayi dan tidak kisah menghabiskan masa bersama si comel.
Walaupun begitu, berhati-hatilah ketika mahu mencium bayi. Sistem imunisasi mereka masih lemah dan mudah terdedah kepada jangkitan bakteria. Pernahkah anda mendengar tentang ‘PENYAKIT MENCIUM (MONO)’?
Mononucleosis ditafsirkan sebagai penyakit berjangkit yang disebarkan melalui perpindahan air liur yang mengandungi virus Epstein-Barr viruses (EBV). Pendedahan paling biasa kepada penyakit ini adalah melalui tindakan mencium. Namun, pesakit juga boleh mendapat virus ini melalui seseorang yang mengalami batuk, bersin atau berkongsi perkakas makanan dengan orang yang dijangkiti.
Walaupun mononucleosis tidak berbahaya, namun ia boleh menyebabkan komplikasi dan mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan betul. Antara komplikasinya termasuklah:
+ Pembesaran limpa – organ kecil berdekatan dengan perut yang bertanggungjawab kepada kualiti sel darah. Dalam kes yang teruk, pesakit mungkin memerluakn pembedahan kerana ia boleh menyebabkan limpa pecah.
+ Masalah hati – pesakit boleh menderita sama ada Hepatitis (radang hati sederhana) atau Jaundis (kulit dan mata bertukar kuning)
Komplikasi biasa lain seperti anemia, masalah jantung, thrombocytopenia (kurang platelet dalam darah) atau bengkak tonsil sehingga menyebabkan kesukaran bernafas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.