Beli Set Pinggan Jangan Simpan! Rai Suami & Anak, Bukan Tunggu Tetamu Baru Guna

Share

Lumrah orang perempuan memang suka beli tapi sayang nak guna. Bila suami tanya “kenapa tak guna barang yang dibeli tu?” Jawapannya “yang lama elok lagi, sayanglah nak guna yang baru..”

Bukan saja pinggan mangkuk, kasut, beg tangan, baju atau apa saja mesti simpan dulu. Kadang bila mengemas baru perasan barang yang dibeli beberapa tahun lepas masih tak guna dan elok je dalam kotak atau plastik.

Sama juga set pinggan mangkuk atau tupperware kebanyakan ibu-ibu rela simpan dalam almari. Hanya guna sesekali jika ada tetamu datang, majlis tertentu ataupun ketika Hari Raya.

Kalau diikutkan, barang-barang yang kita beli jika disimpan saja dan tak guna, kita akan berat saat dihisab nanti. Na’uzubillahi min zalik. Ingat bukan tak boleh membeli, boleh tetapi jangan mengumpul harta.

Seperti perkongsian Puan Nurlia Mohd Nor, ada tiga perkara yang dia belajar dari arwah maknya sehingga buatkan diri tersedar dan cuba ubah untuk jadi lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN [Beli Baju, Handbag, Pinggan Mangkuk, Tupperware Jangan Simpan. Semua Ada Hisabnya]

Ada 3 benda saya belajar dari arwah mak:-

1) Pinggan mangkuk untuk kegunaan keluarga dalam rumah sebolehnya jangan tangkap muat. Kalau raikan tetamu kita kalut keluarkan pinggan mangkuk cantik, sebenarnya di rumah pun sama. Tak kisah la plastik/ kaca tapi make sure kalau boleh seragam.

Biasa kalau ada anak kecil kita prefer plastik kan. Mahal atau murah tak jadi isu, tapi biarlah sedap mata memandang. Yang sebenarnya family dalam rumah ni lagi kena raikan. Takkan tunggu tetamu datang baru suami atau anak-anak dapat merasa guna pinggan cantik kan. Mak dulu pinggan Pyrex kaler coklat dia guna untuk pakai harian. Kata abah,

“ Buat apa simpan. Dah beli guna. Bukan boleh bawa mati pun..”

2) Pastikan telekung kita bersih dan cantik. Mampu beli yang mahal, belilah. Bila nak jumpa orang kita beria pilih baju cantik, siap make up bagai tapi nak mengadap Allah kenapa tak boleh cantik jugak kan. Tetiba jadi berkira dan cincai saja.

Janganlah pakai telekung yang dah bertahi lalat, dah kuning dan kusam. Murah pun tak apa asalkan bersih. Mak dulu telekungnya sentiasa bersih. Kalau tak sebab reput/ kain dah jarang memang boleh guna lagi. Bila mak meninggal saya wakafkan telekung-telekung dia yang masih elok di surau- surau.

3) Sejadah. Ada masa sejadah perlu dicuci. Jangan biarkan berbau kepam. Macam mana kita nak perkara lain pun cantik dan elok, sama jugalah dengan sejadah. Nak menghadap Allah jangan ambil mudah. Sampai masa kalau perlu tukar baru, tukarlah. Baju boleh beli dan tukar, kenapa sejadah tak bolehkan.

Beberapa hari lepas saya beli set pinggan mangkuk ni memandangkan set pinggan mangkuk Ikea yang kami guna seharian dah banyak yang sumbing/pecah. Encik suami suggest beli yang baru. Senang, tetamu datang pun guna yang ni, orang dalam rumah pun pakai juga yang ni.

Harta benda dah beli, sila guna..

Kredit: Nurlia Mohd Nor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy