Keibubapaan

Beli Susu Formula Untuk Anak, Dapat Tumbler Pintar Istimewa! Jangan Lepaskan Peluang Ini!

Share

Eiiii.. Susahnya nak cari susu formula yang sesuai untuk anak. Kalau boleh nak yang terbaik untuk tumbesaran dan perkembangan mereka. Dengan pelbagai pilihan yang ada di pasaran, mama mungkin merasa keliru. 

Apa sebenarnya ciri-ciri susu formula yang bagus untuk anak? Nak kena cari yang ada perisa sedap atau pilih yang ada jenama diyakini? Buntulah! 

Semak Kandungan Nutrien

Pastikan susu formula yang dipilih mengandungi nutrien penting untuk perkembangan kanak-kanak:

  • Protein: Untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu.
  • Lemak: Sumber tenaga dan penting untuk perkembangan otak.
  • Karbohidrat: Untuk tenaga dan perkembangan mental.

Vitamin dan Mineral: Seperti vitamin D, zat besi, dan kalsium, yang penting untuk tulang dan sistem imun.

Konsultasi dengan Pakar Pediatrik

Sebelum membuat keputusan, berbincanglah dengan doktor atau pakar pediatrik. Mereka boleh memberikan panduan berdasarkan kesihatan dan keperluan khusus anak mama. Jika anak mama mempunyai masalah kesihatan tertentu, nasihat perubatan adalah sangat penting.

Pertimbangkan Harga dan Jenama

Walaupun harga bukanlah satu-satunya faktor, pastikan anda memilih susu formula yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Jenama yang sudah lama di pasaran lebih dikenali malah kualitinya juga diyakini dan selamat untuk anak. 

Friso® Gold Jadi Pilihan Ramai Mama!

Sebab itulah mama seharusnya memilih Friso® Gold! Jenama yang diyakini dengan untuk membantu si manja membesar dengan baik. Friso Gold adalah susu formula untuk kanak-kanak yang direka untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan keseluruhan mereka.

Friso® Gold diperbuat daripada susu lembu berkualiti dan diproses hanya sekali dengan Teknologi LocNutri™ untuk memelihara lebih daripada 90% nutrien. Friso® Gold menggabungkan kebaikan semula jadi dengan sains untuk menghasilkan susu yang mudah dihadam dengan lebih daripada 50 nutrien penting yang membantu anak anda tumbuh lebih kuat dari dalam.

Friso® Gold mengandungi Susu NOVAS™ Signature yang mempunyai molekul kecil secara semula jadi dan struktur lembut serta bebas daripada perisa tambahan untuk memudahkan penghadaman. Selain itu, ia kini mengandungi 2’-FL untuk menyokong pertahanan semula jadi badan anak anda. 

Nak Tahu Kebaikan Friso® Gold?

  • DHA, AA, Omega 3 & 6 – Untuk merangsang pertumbuhan pembelajaran. DHA penting untuk perkembangan visual dan kognitif yang optimum. AA diiktiraf kerana peranannya dalam kesihatan, kognisi, dan perkembangan semasa anak membesar. Asid lemak Omega 3 dan 6 penting untuk perkembangan normal otak, sistem saraf, organ deria, dan kecerdasan.
  • Kalsium, Protein, Vitamin & Mineral – Untuk pertumbuhan otot dan tulang. Kalsium membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan tulang serta gigi. Protein penting untuk pertumbuhan, penyelenggaraan, dan pembaikan badan anak. Vitamin dan mineral penting untuk pertumbuhan dan metabolisme.
  • 2′-FL, GOS, Nukleotida & Bifido Lactis – Membantu penyerapan nutrien penting & membina sistem imun yang kuat. GOS adalah prebiotik yang dapat membantu dengan sembelit dan lain-lain. Nukleotida dapat mempromosikan pertumbuhan gastrointestinal dan imunologi yang sihat pada anak.

Bifido Lactis penting untuk pencegahan cirit-birit serta pematangan imun dan usus. 2′-FL, juga dikenali sebagai 2′-fucosyllactose, bertindak sebagai prebiotik, membantu menggalakkan bakteria baik dalam mikrobioma usus anak yang sedang berkembang. Nutrisi yang disasarkan ini penting untuk menyokong pematangan sistem imun dan sistem pencernaan anak semasa tahun-tahun awal pertumbuhan mereka.

Eyra Hazali Approved!

Bahkan selebriti Eyra Hazali juga memilih susu ini untuk anak sulungnya, Hayder Qhalish, kerana kandungan nutrien semula jadi yang ada di dalam Friso® Gold.

“Susu ini menjadi pilihan Eyra untuk Hayder dan Endra sebab susu ni mengandungi nutrient semula jadi memastikan anak-anak kuat dari dalam. Dengan NOVAS signature milk, susu ni mudah dicerna dan diserap memastikan Hayder and Endra sihat, selesa untuk aktiviti seharian!

Dan paling penting, Friso Gold kini mempunyai formula tambahan iaitu 2’-FL yang membantu menyokong perlindungan usus anak-anak.”

Secara keseluruhan, Friso Gold direka untuk memberikan nutrisi yang seimbang yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan holistik anak-anak kecil, memastikan mereka mempunyai kekuatan dan ketahanan untuk meneroka dan belajar tentang dunia di sekeliling mereka.

Sempena kempen “Berikan mereka kekuatan dari dalam untuk meneroka dunia luar”, Friso® Gold menawarkan promosi istimewa! Dengan setiap pembelian 2 unit Friso® Gold Langkah 3 atau 4 (900gm atau 1.2kg), anda akan menerima sebuah tumbler pintar dengan paparan LED yang diperbuat daripada bahan anti-karat yang memastikan ketahanan dan keselamatan pengguna. Juga dapat mengekalkan suhu panas atau sejuk sehingga enam jam! *Cepat dapatkan sekarang selagi stok masih ada.

Eyra Hazali pun beri anaknya Friso® Gold, mama tunggu apa lagi? Nak tahu maklumat lanjut tentang susu ini, boleh layari https://www.frisogold.com.my/

IKLAN