Berkebun antara aktiviti yang memberikan banyak manfaat kepada anak-anak. Proses seperti menanam, menyiram, menyentuh tanah semuanya ada kaitan dengan motor halus anak-anak.
Kebanyakan mereka menikmati waktu-waktu berkebun di luar rumah dengan menggali tanah, menggembur tanah, mengotorkan baju, meneroka penemuan baru dan menghayati proses pembesaran tanaman mereka. Kanak-kanak boleh belajar kemahiran baru, bergembira, bermain dan membina keyakinan diri dengan menghabiskan banyak masa di kebun tanaman untuk menanam sendiri tanaman untuk makanan mereka sendiri.
Berkebun adalah satu proses pembelajaran dan ia turut mengembangkan kemahiran baru si comel termasuklah:
1. TANGGUNGJAWAB
Ia melatih sifat bertanggung jawab pada diri mereka untuk menjaga tanaman daripada sekecil-kecil biji benih sehinggalah pokok tumbuh membesar.
Ads
2. MEMAHAMI
Mereka akan mula belajar tentang sebab dan akibat. Tumbuh-tumbuhan perlukan air, jika mereka tidak menyiram pokok, pasti ia akan layu dan mati. Jika mereka tidak bersihkan rumpai-rumpai lain di sekeliling pokok, pasti rumpai-rumpai itu akan bersaing untuk mendapatkan air dan nutrien untuk hidup juga. Si comel secara tidak langsung akan belajar ilmu tumbuh-tumbuhan, serangga perosak, cuaca, persekitaran dan nutrien.
3. CINTA ALAM
Berkebun boleh memberi peluang dan pendedahan kepada si comel untuk belajar mengenali, menghargai dan menyayangi alam sekitar. Aktiviti ini boleh membuang rasa geli kanak-kanak dengan tanah dan cacing.
4. KERJASAMA
Bercucuk tanam baik untuk kesihatan fizikal si comel. Ia adalah satu terapi yang merangsang kesihatan fizikal dan emosi kanak-kanak. Apa yang penting, kanak-kanak akan belajar untuk bekerja secara berkumpulan dan tolong-menolong berbahagi tugas ketika bercucuk tanam.
Ads
5. SABAR
Pokok memerlukan perhatian untuk tumbuh subur. Jika dibiarkan sahaja tanpa disiram, dijaga mahupun dipantau, ia pasti akan terbiar ataupun mati. Ia melatih si comel untuk sabar menunggu setiap fasa perkembangan pokok yang ditanam oleh tangan mereka sendiri. Jika mereka tidak sabar dengan menyiram air sebanyak-banyaknya, pasti pokok akan mati kelemasan juga.
Ads
6. RANGSANGAN DERIA
Deria simanja masih baru dan memerlukan rangsangan yang berterusan. Aktiviti ini mampu merangsang deria terutama sentuhan dan bau. Mereka mampu mengenali apa itu kasar, lembut, busuk dan cantik. Ini adalah pembelajaran secara semulajadi yang tiada nilai harganya,
Berkebun adalah aktiviti menyeronokkan dan baik untuk kanak-kanak. Bermain dalam kotoran mungkin perkara pertama yang menarik kanak-kanak untuk berkebun, tetapi proses itu mengandung manafaat yang banyak untuk mereka dan seisi keluarga. Selamat bercucuk tanam!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelat merupakan masalah pertuturan di mana kanak-kanak sukar bertutur dengan bunyi pertuturan yang betul dan bersesuaian dengan umurnya, yang menyebabkan percakapan mereka sukar untuk difahami oleh ibu bapa. Ini sering dilihat dalam kanak-kanak yang masih kecil dan ia seringkali dianggap ‘comel’ di mata ibu bapa.
Bagi kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah, kesukaran untuk menyebut sesetengah perkataan masih boleh dikatakan sebagai normal kerana mereka sedang melalui proses perkembangan bahasa dan pertuturan. Namun, apabila usia mencecah tujuh tahun, kanak-kanak sepatutnya sudah mampu bercakap tanpa pelat, jelas dan mudah difahami.
Menurut Aishah Kassim, pasti ramai ibu bapa yang berasa risau dan bimbang akan pertuturan pelat anak mereka. Beliau berkata bahawa kanak-kanak yang berusia dua tahun ke bawah itu masih normal jika mereka mempunyai kesukaran untuk bertutur.
Aishah Kassim berkongsikan beberapa tip yang boleh membantu para ibu bap ajika mempunyai anak yang bertutur pelat, antaranya:
1. Teknik Acoustic Highlighting * Tekankan bunyi yang anak salah sebut. * Bantu anak untuk menghasilkan bunyi yang betul. * Contohnya: boya > bola, matan > makan
2. Kenal pasti bunyi yang tidak dapat disebut oleh anak * Ajar anak kenali bunyi dalam bentuk individu. * Contoh: anak ada masalah sebut “S” > bantu anak buat bunyi sebutan “ssss” (bunyi ular)
3. Bantu anak betulkan kedudukan lidah * Perlukan konsistensi * Latih anak biasa dengan sebutan betul * Contoh: “lidah di belakang gigi dan rasakan angin untuk sebut sssss”
4. Tambah suku kata * Re-train kongnitif anak. * Latih anak tukar tabiat pelat. * Contoh: sa, si, su, se, so
5. Beri input perkataan sesuai dengan bunyi yang dilatih * Bantu anak hasilkan perkataan dengan jelas. * Contoh: huraf “K” jadi “T” >> latih anak sebut perkatan kakak, katak, kuku, kepala.
Ibu bapa juga digalakkan untuk bertutur dengan anak menggunakan perkataan yang betul. Jangan bertutur pelat dengan mereka hanya disebabkan anak-anak masih kecil dan mahu mengikuti “slang” mereka.
Semoga tip-tip yang dikongsikan dapat membantu ibu bapa untuk memperbetulkan pertuturan anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melatih anak kecil bertudung dari awal bukanlah suatu perkara yang mudah. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Tetapi anak-anak kecil rimas dengan pemakaian tudung. Rata-rata mereka suka dalam keadaan ‘free hair’ kerana itulah baginya lebih selesa berbanding menutup kepala.
Berikut dikongsikan 3 tip dari TudungSiComel.com bagaimana kita mahu melatih anak kecil bertudung. Ia pasti mengambil sedikit masa, namun sangat berbaloi apabila anak kecil boleh menerima perubahan yang baik untuk dirinya.
Pendekatan secara berhikmah
Sebagai seorang ibu yang mahukan anaknya bertudung, ibu perlulah bermula daripada dirinya sendiri. Kita perlu tunjukkan contoh kepada anak-anak ketika mereka masih di usia kecil lagi. Rajinkan diri memakai tudung di hadapan anak-anak.
Sama jugalah seperti bersolat berdekatan dengan mereka. Hal ini supaya mereka terdedah dengan suasana bertudung.
Meminta tetapi tidak memaksa
Ibu ataupun ayah boleh membuat permulaan membeli tudung untuk si kecil. Setiap kali ingin keluar ke rumah atau mahu berziarah ke rumah kawan, sarungkan tudung di kepala si kecil.
Pada permulaan mereka akan membiarkan, tetapi apabila berada dalam keadaan suhu yang panas, si kecil akan meronta supaya membukanya.
Apabila terjadi situasi ini, bukalah tudung si anak. Tidak mengapa. Tetapi amalkan setiap kali ingin keluar, sarungkan kepala walaupun ia bertahan walaupun 5-10 minit. Itu sudah memadai bagi permulaan. Nanti secara tidak langsung, ia akan boleh menyesuaikan diri.
Teknik memuji
Kita juga boleh melatih si kecil memakai tudung ketika berada di rumah. Apabila mereka memakai tudung, berikan mereka barang mainan atau berikan makanan yang membuatkan ia sedikit khayal. Teknik ini akan menyebabkan mereka memakai tudung tanpa sedar.
Selain itu, berikan pujian manja kepada si kecil seperti panggilan sayang atau comel. Hal ini kerana ia akan membangkitkan rasa mesra sebab si kecil memerlukan perhatian. Jika tidak diberikan perhatian, mereka akan menangis. Semoga dengan cara ini akan dapat memberikan mereka masa untuk menyesuaikan keadaan.
Sebenarnya ada banyak lagi cara yang boleh kita buat untuk melatih anak perempuan bertudung. Walau apa pun yang penting semuanya ikhlas dari hati. Jika inginkan kebaikan, Allah akan permudahkan. Selagi namanya latihan, biar ada kekurangan di mana-mana namun tetap ada perubahan positif selepas itu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu bapa berfikir bahawa memukul anak adalah salah satu cara menunjukkan keseriusan mereka setelah marah mereka tidak diendahkan. Atau sekurang-kurangnya, ia untuk mendapatkan perhatian kanak-kanak terbabit dan membuatkan kanak-kanak itu lebih taat.
Satu analisis baru yang merumuskan kajian hampir 50 tahun tentang kesan memukul anak mendapati cara ini tidak berkesan untuk mengubah anak secara total. Malah, lebih malang lagi, ia berkemungkinan menimbulkan kesan sampingan yang negatif.
Kajian tersebut mendapati, kanak-kanak yang selalu dipukul membesar menjadi anak yang lebih degil dan lebih melawan ibubapa. Mungkin ia tidak kelihatan seperti itu dihadapan ibubapa mereka menyebabkan ibubapa merasakan tindakan mereka memukul itu adalah berkesan dan betul. Ini kerana kebanyakkan mereka melawan dibelakang ibubapa mereka. Mereka juga mempunyai keadaan mental yang kurang positif, dan berkemungkinan untuk anti sosial.
“Kami juga mendapati bahawa dengan memukul kanak-kanak, ia memberi lebih banyak keburukkan dari kebaikkan dan ianya memudaratkan jika perubahan jangka panjang yang ibubapa inginkan. Ia hanya memberi kesan segera ketika itu sahaja”
– Elizabeth Gershoff, Profesor Madya Sains Pembangunan Manusia dan Keluarga di University of Texas, Austin.
Mungkin ada ibubapa yang perasan, ada anak yang setelah dipukul dengan agak keras, masih mengulang perbuatan yang sama yang menyebabkan mereka dipukul itu. Ada sebahagian kanak-kanak pula yang makin dipukul, makin menjadi-jadi kenakalannya. Ini menunjukkan memukul bukanlah cara yang efektif mengubah perbuatan mereka.
“Fokus analisis kami adalah dikalangan ibubapa di Amerika, dari sisi perbuatan memukul anak sahaja dan bukan memaki atau lain-lain” kata Elizabeth Gershoff, Profesor Madya Sains Pembangunan Manusia dan Keluarga di University of Texas, Austin.
“Kami juga mendapati bahawa dengan memukul kanak-kanak, ia memberi lebih banyak keburukkan dari kebaikkan dan ianya memudaratkan jika perubahan jangka panjang yang ibubapa inginkan. Ia hanya memberi kesan segera ketika itu sahaja”.
Sumber: islamicparentingnetwork
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
"Bersih mayat (jenazah) dia, bang. Tak ada darah pun. Kecuali di dagu sikit ja. Itu pun nampak seolah-olah cedera ringan."Kongsi saksi kejadian kemalangan maut...