Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menerusi laman Instagram miliknya mendedahkan wajah terbaru anak keduanya yang diberi nama Ara Adreanna.
Selepas hampir dua minggu menjalani proses berpantang, selebriti yang juga suri hati kepada penyanyi Aliff Aziz itu telah memuat naik beberapa keping gambar dirinya dan anak-anak.
Dalam kapsyen yang dibuat oleh Bella, dia mengucapkan selamat datang ke dunia buat puterinya itu dan sempat memaklumkan bahawa begitu bersyukur diatas kurniaan tersebut.
Bella turut menyatakan bahawa menjadi seorang ibu adalah sesuatu yang memenatkan, namun dia sentiasa bersyukur dan gembira kerana diberi amanat yang tidak berbelah bahagi ini.
“So precious and small..Welcome to the world, lil’ princess @araadreanna(mini me)
“Being a mom has made me so tired. AND SO HAPPY! I’m so blessed. Alhamdulillah
P/s: thank you mama @eina_astillah jahitkan baju untuk Ara pada malam sebelum photoshoot🙏🏻 mama jahit pakai tangan jak, so sweet of you :’),” tulisnya.
Menjenguk ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah dihujani dengan pelbagai komen positif daripada warga maya. Rata-ratanya memuji kecomelan bayi keduanya itu.
Bayi keduanya itu dilahirkan pada 18 Julai yang lalu. Aliff yang berada di Singapura bagaimanapun tiada dalam rakaman foto berkenaan berikutan masih berada di negara tersebut akibat sekatan sempadan ekoran Covid-19 yang berlaku.
Sumber: Bella Astillah