Bella Terima Tali Pinggang Merah-Hitam Taekwondo, Dr Halina Rasa Emo Menatapnya. Netizen Kata Dah Boleh Bodyguard Mommy!

Share

Bella atau Sophea Isabella adalah anak sulung pasangan Datuk Dr Sheikh Muszaphar & Datin Dr Halina. Baru berusia 7 tahun tapi pencapaiannya dalam taekwondo amat mengagumkan kerana sudah menerima tali pinggang merah hitam.

Datin Dr Halina berkongsi perasaannya di Instagram dengan memuat naik gambar yang memaparkan baju & tali pinggang taekwondo Bella. Rasa sebak bagi ibu apabila melihat pencapaian anak dan secara tidak langsung merasakan anak sudah membesar dengan pantas.

drhalina So proud of Little B… Poom belt with her name on it! Not so little anymore.. Why am I so emo looking at the belt.. ?

Pencapaian Bella sangat baik bagi kanak-kanak seusianya.

Netizen mengucapkan tahniah kepada Datin Dr Halina & Bella atas pencapaian ini. Manakala mereka yang di kalangan ibu berkongsi pengalaman dan perubahan emosi ketika melalui momen sebegini dalam perkembangan anak. Ada netizen berseloroh, Bella dah boleh jadi bodyguard mommy!

MOMMIES SYNDROME

DAH BOLEH JADI BODYGUARD MOMMY!

Bella di samping adiknya, Tasha.


Sumber: Instagram drhalinadrsheikhmuszaphar


Keajaiban anak kembar menjadikan ia sangat unik. Nak tahu lanjut mengenai anak kembar dan kelahiran anak kembar, boleh ikuti rancangan TV  Pa&Ma bertajuk ‘Dunia Si Kembar’ Selasa depan, 23 Oktober 2018 jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima dan Astro Maya HD.

Published by
Azma ML