“Adakah anak saya speech delay atau memang dia saja tak mahu cakap?” Soalan ini antara yang sering ditanya ibu bapa yang ada anak antara usia 12 bulan hingga 3 tahun.
Nak tahu anak anda ada masalah pertuturan di peringkat awal, Terapis Cara Kerja, Puan Maryam Jamadi memberi tanda-tanda masalah pertuturan yang boleh dikesan dari anak 12 bulan hingga 3 tahun:
12 BULAN:
❌ Anak tidak mengenal nama mereka sendiri.
❌ Anak tidak boleh menyebut 1 atau 2 perkataan bermakna.
15 BULAN:
❌ Anak tidak reti menunjuk pada objek apabila penjaga menyebut nama objek.
❌ Masih tidak menyebut perkataan memerlukan sesuatu, contohnya “Nak”.
18 BULAN:
Ads
❌ Anak masih tidak reti mengikut arahan mudah seperti “Ambil botol susu”.
❌ Anak tidak menyebut perkataan “Mama”/”Papa” atau perkataan panggilan yang lain.
2 TAHUN:
❌ Anak masih tidak menunjukkan anggota badan apabila disebut.
❌ Anak tidak menggunakan sekurang-kurangnya 25 perkataan bermakna.
2 TAHUN 6 BULAN:
Ads
❌ Anak tidak mengangguk ataupun bersuara apabila ditanya pertanyaan mudah seperti, “Nak susu?”
❌ Anak tidak menggunakan 2 patah perkataan dalam satu ayat seperti, “Nak mandi” walaupun pelat.
3 TAHUN:
❌ Anak tidak menggunakan sekurang-kurangnya 200 perkataan atau membuat ayat menggunakan 3 patah perkataan dalam satu ayat.
Ada satu kajian yang dijalan selama 29 tahun tentang masalah lewat bahasa reseptif (yang difahami) semasa zaman kanak-kanak menyebabkan risiko masalah emosi, tingkahlaku dan sosial apabila dewasa. Kajian ini dilakukan terhadap 6, 941 kanak-kanak berumur 5 tahun yang mempunyai masalah bahasa reseptif, kajian susulan dilakukan selepas 29 tahun.
Ads
Hasilnya terbukti kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa reseptif mempunyai risiko lebih tinggi bagi masalah mental apabila mereka berumur 34 tahun berbanding kanak-kanak lain yang tidak mempunyai masalah terlewat. Kanak-kanak lelaki lebih berisiko berbanding perempuan.
Kebanyakan kes yang saya terima tentang kes lewat bercakap, perkara pertama yang saya akan lakukan adalah penilaian perkembangan. Apa yang mak ayah selalu risau ialah anak lambat cakap, tapi bila lakukan penilaian barulah kebanyakan mak ayah tahu yang anak juga ada terlewat perkembangan lain juga seperti Skil Urus Diri, Skil Motor Halus, Skil Motor Kasar atau Skil Sosial.
Sebab itulah penilaian awal sangatlah penting kerana ada banyak sangat faktor yang perlu dikenalpasti dan diselesaikan sebelum terapis fokus kepada skil pertuturan seperti Reflex, Sensori (memilih makan, gayat, tak fokus, penggeli, terlampau aktif dan sebagainya), Faktor Persekitaran (kurang rangsangan, “overprotective”, tv, gadget dan sebagainya) ataupun faktor masalah perkembangan yang lain.
Maka, untuk menjayakan kes lewat bercakap ada 1001 cara bergantung kepada setiap kes.
Jika mak ayah dapati anak mempunyai tanda-tanda berikut, sila dapatkan bantuan awal supaya intervensi awal dapat dilakukan. Semakin lambat lakukan sesuatu, semakin jauh perkembangan anak. Letakkan target untuk selesaikan masalah perkembangan anak sebelum anak berumur 5 tahun untuk mengelakkan masalah psikososial apabila dewasa kelak.
Bagi mak ayah yang sedang berjuang untuk anak, semoga dipermudahkan segala urusan.
Selebriti, Eyra Hazali menjawab kecaman sesetengah individu yang mempersoalkan kenapa dia memasukkan anak sulungnya ke sekolah walaupun baru berusia 2 tahun.
Menurutnya, dia menghantar anak sulungnya, Hayder ke sekolah walaupun terlalu awal bagi sesetengah pihak namun niatnya hanyalah mahu anaknya didedahkan dengan skil sosial dan juga perkembangan awal kanak-kanak.
“Awalnya Eyra hantar Hayder school”
“Dia trauma la Eyra. Kenapa hantar awal sangat?”
“Tunggu la 6 tahun,tak puas manja lagi tu”
“First of all,Alhamdulillah syukur,You did it Hayder ! Mama and Papa surely proud of you.”
“Ibu bapa mana yang nak tengok anak menangis setiap hari dan Eyra pasti ramai juga parents yang nak anak capai milestones and developments mengikut usia. Dunia kita sekarang lain,anak kita expose pada technology yang canggih dan tak terlepas dari gadget yang boleh gantikan waktu main,waktu makan dan juga waktu tidur.”
“Hayder baru masuk 2 tahun dan ni dikira playschool,bukan belajar membaca terus. Otak anak sedang berkembang and macam sponge. Anak kita sentiasa curious,sentiasa ada perasaan ingin tahu. “Eyra tak boleh ajar dekat rumah ke?” Of course Eyra and Haziq tak terlepas untuk ajar Hayder sebab Hayder cumanya half day saja dekat playschool. Okay,still why? Sebab Hayder suka berkawan. Suka berborak,suka main dengan kawan sebaya dia so our decision untuk hantar Hayder ke playschool adalah untuk tingkatkan juga social skills Hayder.”
“Eyra and Haziq juga aware dengan separation anxiety and kami selalu communicate dengan Hayder supaya dia always be prepared. Journey ini juga supaya dia be ready untuk masuk tadika belajar menulis,masuk sekolah rendah untuk belajar membaca and belajar kira-kira. I’m sure by that time,Hayder dah improve his social,physical also languange developments and his emotional development will be our priority since every stage is a new step for him.”
“We appreciate your concerns, but please dont judge,criticise or underestimate our ways of raising our kids because Me and Haziq as parents dah amik masa untuk bincang lebih dalam and we want only the best for our kids.”
“Semoga Muhammad Hayder Qhalish membesar menjadi anak yang soleh,berjaya dunia akhirat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT”
Setiap anak-anak perlukan kasih sayang daripada ibu dan ayah. Namun tidak semua yang bernasib baik malah ada yang masih kecil sudah kehilangan ayah atau ibu tersayang. Sama seperti kisah seorang kanak-kanak yang berusia 5 tahun yang telah kehilangan ayah tersayang.
Dalam sebuah perkongsian di laman Facebook milik The Thirdforce Rantau Panjang, Kanak-kanak yang dikenali sebagai Adam merupakan seorang anak yatim yang telah kehilangan bapa tercinta.
Adam yang merupakan anak bongsu pastinya manja dengan arwah bapanya. Dalam perkongsian tersebut turut menyebut mungkin kerana rindukan arwah sampaikan si kecil ini ingin makan nasi ditepi pusara ayahnya itu.
Kongsi Kegembiraan Dengan Ziarah Kubur Ayah
Ketika posting tersebut dibuat, Adam khabarnya akan dibawa oleh guru-guru di sekolahnya ke balai Bomba berdekatan untuk program sekolah. Pastinya setiap kanak-kanak teruja untuk merasai sendiri pengalaman ke balai Bomba sekaligus dapat melihat sendiri secara dekat peralatan dan jentera yang digunakan untuk memadamkan kebakaran.
Untuk berkongsi berita gembira tersebut, Adam dilihat berkunjung ke pusara bapanya bagi berkongsi berita gembira tentang lawatan yang akan dibuat bersama rakan-rakan sekelas yang lain.
Dalam gambar yang dikongsi turut dimuat naik gambar Adam menadah tangan berdoa kepada Allah SWT buat bapanya yang kini berada di alam abadi.
Semoga Adam membesar menjadi anak yang soleh buat ibu dan arwah bapanya. Marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat ayah Adam Hanif Bin Abdullah semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman…Amin.
Setiap bayi akan mengalami proses pembesaran daripada masa ke masa yang mungkin tidak disedari oleh kedua ibu bapa mereka. Sebagai ibu bapa pula, anda mungkin terlalu sibuk membesarkan anak dan memenuhi keperluan sehingga tidak menyedari anak anda semakin membesar daripada hari ke hari.
Jika semasa mereka masih bayi, anda sibuk menukar lampin dan memberi mereka makan, kini anda sibuk dengan persekolahan dan aktiviti harian mereka apabila mereka telah semakin meningkat dewasa. Oleh itu, semasa mereka masih bergelar kanak-kanak inilah, adalah lebih elok untuk anda menikmati setiap detik masa bersama sebelum mereka berpindah ke fasa keremajaan. Apa yang boleh anda lakukan sebagai satu cara untuk menikmati momen-momen penting ini?
Berpegangan tangan
Semasa mereka di peringkat kanak-kanak ini, inilah masa terbaik untuk anda memegang tangan anak anda bagi memimpin mereka berjalan. Sebagai contoh jika anda ingin melintasi jalan, berjalan-jalan di tepi pantai atau membeli-belah di pasar raya. Berpegangan tangan bukan sahaja bertujuan untuk memimpin mereka, malah ia juga untuk menjaga keselamatan mereka. Kami pasti kanak-kanak ini tidak lagi mahu berpimpin tangan apabila mereka sudah remaja.
Layan keterujaan dan semangat mereka
Jika mereka menunjukkan minat atau semangat dalam melakukan sesuatu, beri galakan kepada mereka. Jangan sesekali menyekat minat dan bakat mereka selagi mana ia tidak melanggar peraturan, adab dan budaya. Ikhlaskan hati anda melayani minat mereka sepertimana mereka ikhlas dalam melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Sekiranya mereka akan menyertai sesuatu pertandingan di sekolah mahupun di kejiranan anda, usahakan untuk hadir untuk melihat potensi mereka dan memberi sokongan. Ingatlah, setiap individu mempunyai minat dan potensi yang berbeza dan jangan sesekali memaksa mereka mengikuti semangat dan minat anda.
Sokong persahabatan mereka
Galakkan mereka berkawan. Jangan risau kerana anda tidak sesekali akan kehilangan anak anda jika membenarkan mereka berkawan dengan kanak-kanak lain. Sokong persahabatan anak anda dengan cara menjemput rakan-rakan mereka bagi menyambut hari jadi atau membiarkan mereka bermain di halaman atau di dalam rumah bersama-sama. Anda juga boleh membenarkan mereka untuk tidur di rumah rakan mereka atau di rumah anda pada hujung minggu sekiranya mereka seronok untuk melakukannya.
Makan bersama
Waktu mereka masih bersekolah adalah waktu yang paling baik untuk anda makan bersama-sama sebagai satu keluarga. Anda boleh menyediakan sarapan dan menikmatinya bersama anak anda sebelum mereka ke sekolah. Ketika waktu makan malam, tanya kepada mereka apa perkembangan mereka di sekolah, apa yang mereka makan sewaktu waktu rehat dan perancangan mereka pada hujung minggu. Kesemua aktiviti ini akan meningkatkan interaksi dan hubungan sihat antara anda dan anak anda. Nikmati waktu-waktu ini sebelum mereka mula menjejakkan kaki ke menara gading kerana pada waktu itu, ada akan mula kesunyian tanpa kehadiran mereka di sisi.
Sebagai ibu bapa, anda perlu bersedia dengan setiap perubahan yang akan anak anda alami. Pimpin mereka bagi setiap fasa dan pengalaman baharu seperti hari pertama ke sekolah, bagaimana untuk turut serta dalam sukan dan cara untuk berkawan. Anda akan menikmati setiap pengalaman dan cabaran ini kerana anda mungkin tidak lagi akan berpeluang mengajari mereka apabila mereka meningkat dewasa. Kesibukan tugasan dan kerja bukan alasan untuk meminggiri darah daging anda kerana keluarga adalah keutamaan setiap ibu dan bapa.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...