Pelakon cantik, Datin Intan Najuwa, baru-baru ini menarik perhatian peminat apabila memuat naik satu hantaran penuh makna di Instagram.
Dalam posting tersebut, Intan menyampaikan rasa terima kasih kepada suaminya, Datuk Asyraf Azman (@asfazm), yang setia menjaga beliau dan anak mereka, Lunara, sepanjang berada di hospital.

 

“Thank you for taking care of me & Lunara. We love you, daddy!” tulis Intan dengan penuh kasih sayang.

Namun, di sebalik penghargaan itu, Intan juga memaklumkan bahawa beliau masih belum dibenarkan untuk keluar dari hospital sehingga benar-benar sihat.

Belum Discharge, Intan Najuwa Kongsi Coretan Sweet Untuk Suami

Ads

“So berkampung la kita kat sini” selorohnya dengan nada ringan, menggambarkan situasi yang mungkin mencabar, tetapi tetap diharungi dengan senyuman dan sokongan keluarga tercinta.

Kekuatan Dari Sokongan Suami

Belum Discharge, Intan Najuwa Kongsi Coretan Sweet Untuk Suami Belum Discharge, Intan Najuwa Kongsi Coretan Sweet Untuk Suami

Ads

Dalam situasi seperti ini, peranan suami sebagai penjaga memang sangat penting. Asyraf bukan sahaja menjaga Intan, tetapi juga memastikan keperluan anak mereka, Lunara, tetap terjaga. Sokongan seperti ini pastinya memberikan kekuatan mental dan emosi kepada Intan untuk terus berjuang mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

Ads

Peminat juga tidak ketinggalan membanjiri ruangan komen dengan doa dan kata-kata semangat. Banyak yang mendoakan agar Intan cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa.

Sumber: IG Intannujawa

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI