Ramai yang sedia maklum buah hati rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah yang pernah mendapat perhatian sebelum ini kerana ketumbuhan di mulut sudah pulang ke rumahnya minggu lalu.
Bagaimanapun, menerusi IG Story bapa Ainul semalam, Ahmad Safiuddin memberitahu bahawa anaknya telah dimasukkan ke hospital kembali apabila mengalami jangkitan kuman.
Disebabkan tidak mahu mengambil risiko kerana kesihatannya sedikit terjejas, pihak hospital membuat keputusan untuk Ainul ditahan di wad buat sementara waktu sehingga kesihatannya betul-betul stabil. Walau bagaimanapun, Safiuddin memaklumkan bahawa anak kesayangannya itu dalam keadaan baik-baik sahaja.
Sebelum ini, selepas empat bulan mendapatkan rawatan sehingga ke London, England, dari sehari ke sehari perkembangan si comel ini semakin bertambah baik.
Menurut Ahmad Safiuddin, sejak pembedahan itu berjalan lancar, anaknya menunjukkan perkembangan positif termasuk berat badan bertambah dari 2.3 kilogram (kg) kepada 3.8kg selain memberikan tindak balas terutama apabila namanya dipanggil dan mula pandai bermain.
Katanya, apa yang berlaku segalanya dengan keizinan ALLAH SWT yang memanjangkan usia permata hatinya dan yakin segala perkembangan anaknya termasuk meniarap dan sebagainya akan berlaku namun ia memerlukan masa.
Harap orang ramai faham
Berdasarkan laporan media Ahmad Safiuddin ada berkongsi, memandangkan anaknya belum pulih sepenuhnya, dia dan isteri perlu menitikberatkan aspek kebersihan dengan kerap kali mencuci tangan dan mandi.
Menurutnya, dia juga memohon maaf dan meminta orang ramai memahami dengan tidak mendukung anaknya sekiranya bersua atas faktor kesihatan.
“KAMI TAHU RAMAI YANG MENGAMBIL BERAT TENTANG AINUL MARDHIAH DAN MAHU MENDUKUNGNYA NAMUN KAMI HARAP MASYARAKAT FAHAM, BUKAN KAMI MENGHALANG ATAU SOMBONG TAPI KESIHATAN AINUL MARDHIAH PERLU MENJADI KEUTAMAAN.
Terdahulu ketumbuhan seberat 200 gram di mulut bayi itu berjaya dibuang pada 10 Jun lalu selepas menjalani pembedahan selama lima jam.
Pembedahan itu dilaksanakan oleh sekumpulan pakar bedah dan bius diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Penderitaan Ainul Mardhiah juga mendapat perhatian orang ramai yang menyumbang sehingga RM4 juta bagi membolehkan bayi itu diterbangkan ke London untuk menjalani pembedahan.
Sumber : IG Ahmad Safiuddin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI