Belum sempat buat pembedahan, jantung William Daud Mckienzie, anak pelakon Lana Nodin terhenti selama 10 minit. PEMBEDAHAN jantung akibat masalah injap (Aortic Stenosis) William Daud Mckienzie, dua bulan terpaksa ditangguhkan.
Tiba-tiba jantung anak berhenti
Anak dibawa ke bilik pembedahan jam 2.30 petang, isnin. Ketika persediaan pembedahan dibuat, secara tiba-tiba jantung anak berhenti.
Kemudian doktor memberikan bantuan pernafasan resutasi kardiopulmonari (CPR). Selepas beberapa minit, jantung anak kembali berfungsi.
Ads
Dibawa ke ICU
Selepas itu, anak terus dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) bagi pemantauan rapi selama 48 jam. Jadi, pembedahan anak tak boleh dibuat hari ini.
Mohon Doakan anaknnya
Ads
Saya memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak saya.
Hanya Allah saja tahu perasaan saya apabila mendapat berita yang disampaikan suami. Ketika itu saya sedang solat.
Saya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan. Saya juga mengharap bantuan orang ramai untuk sama-sama mendoakan anak
Ads
Anak kedua Lana dan suaminya, Mohd Daud McKienzie dimasukkan ke wad Institut Jantung Negara (IJN), di sini, Isnin lepas sebelum menjalani pembedahan yang dijadual petang semalam.
Kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah selamanya. Itulah yang dilalui sekarang oleh pelakon dan penyanyi kontroversi Aliff Aziz yang mengakui mula merindui anak kesayangannya, Mohamad Ayden Adrean, 2 selepas seminggu bercerai dengan isterinya, Bella.
Aliff menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya meluahkan isi hatinya selain memuat naik foto bersama Ayden.
Foto tersebut merakamkan Aliff sedang mencium putera kesayangannya itu.
“I miss you, Junior. Keep Daddy in your heart as how you’re always beating in mine. ? @aydenadrean17 #MyOtherHalf #AydenAdrean,” tulisnya.
Sebelum ini semasa selesai prosedur mahkamah, memang nampak hubungan ayah dan anak ini begitu akrab.
Ayden dilihat begitu manja dan rapat dengan Aliff dengan melentokkan kepalanya di bahu sebelum diserahkan kepada Bella.
Semasa Bella mengambil Ayden dari dukungan Aliff ternyata Ayden seolah-olah faham yang dia akan berpisah dengan daddynya. Sewaktu itu, Ayden sempat bersalaman dan memberi lambaian terakhir menandakan mereka akan berpisah dan tak akan merasai lagi keakraban seperti sebelum itu.
Detik perpisahan itu telah membuatkan orang ramai sebak dan menitiskan air mata melihat gelagat Ayden.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Aliff belajar daripada kesilapan sebelum ini.
“It’s okay people learn from mistakes no worries just perbaiki balik apa yang kurang kat diri kita,” tulis @i.nurfarhanaz
“Pergi la jumpa dia berbaik-baik balik satu family, bina hidup baru buang jauh-jauh yang lama jangan diulangi lagi… Bulan mulia nak raya jadi la family yang perfect. Berkumpul semua,” nasihat @marryanna_ann
“Masih sempat nak selamatkan rumah tangga, masih ada peluang nak berubah menjadi lebih baik… Fikir anak masih kecil tak faham apa. Kesian rasa…” komen @waaawaa
Terdahulu, Aliff dan Bella telah sah bercerai talak satu di Mahmakah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada 16 Mei ekoran penularan pelbagai kisah curang.
Pasangan itu telah berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayden.
Foto: Instagram @aliffaziz91
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jutawan kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri memuatnaik sebuah video di instagramnya dimana Ameena tertolak adiknya, Yusoff. Ameena dilihat cuba untuk mendodoikan adiknya dan tertolak agak kuat sehingga Yusoff terjatuh.
Dato’ Aliff dilihat memberi hukuman dan amaran dalam nada yang lembut dan tidak berkasar kepada Ameena.
Dato’ Aliff Syukri mendirikan rumah tangga bersama Datin Shahida dan dikurniakan 3 cahaya mata lelaki (Amar, Ibraheem Adham, Yusoff Alqardawi) seorang perempuan (Qadejah) dan seorang anak angkat perempuan, Ameena.
kesian @yusoffalqardawi_terlajaklaris minah dah mula akal panjang.. menah ni manja dan kuat cemburu.. tag anak siapa mcm minah
Menerusi video tersebut, rata-rata netizen berpendapat Meena cuba nak dodoikan Yusof supaya tidur tapi tertolak kuat.
Minah Jealous tu dengan adiknya
Dia nak suruh adik tido tu dato, tu dia cakap “do do” bijak, tapi tertolak kuat
Comel je yusof tengok kakak kena marah
Budak-budak memang kuat drama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada apa yang melegakan ibu ayah tatkala melihat si kecil makin pulih. Ainul Mardhiah, bayi 10 bulan yang menghidap kanser Germ Cell Tumor kini makin menunjukkan perkembangan yang baik seperti bayi lain.
Dalam kemaskini Instagram ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi, dikongsikan video bayi kesayangan rakyat Malaysia ini yang sedang diangkat dan diletakkan dalam posisi berdiri.
Kata Erwani dalam video tersebut sambil memegang Ainul;
Manakala pada pada ruangan kapsyen, ibu ini turut berkongsi tentang Ainul yang sangat teruja kerana dapat berdiri. Ainul juga dikatakan bermain dengan mama & walid sebelum melelapkan mata. Kata Erwani, Ainul anak yang cerdik.
Manakala pada ruangan IG story, ibu ini turut berkongsi kesedihannya ekoran daripada sesetengah pihak yang tidak dapat menerima keputusan yang dilakukannya untuk Ainul Mardhiah.
Erwani dan suaminya Ahmad Safiuddin telah melalui pelbagai pancaroba untuk anak mereka dan ada beberapa perkara yang tidak kongsikan kepada umum bagi menjaga aib & tugas masing-masing.
Perkembangan terbaru Ainul mendapat reaksi positif warganet dan mendoakan si kecil ini terus pulih dan sembuh.
@mrscebalton “Luka dah makin kering. InshaAllah kalau dia dapat makan ikut mulut nanti lebih berisi dan sihat. Cepat baik ye Ainul.”
@nasihin.abdhalim “Sayang Ainul..to mama & walid Ainul. Abaikan semua pandangan negatif sebab doa dan support dari kami yang sayangkan Ainul lebih banyak. Ainul kesayangan ramai orang, insyaAllah.”
@faezah.sulaiman “Masha Allah, Alhamdulillah. cepatnya progressive. insha Allah baby ainul will get stronger & stronger. such a fighter ?“