Tanyalah mana-mana isteri, perkataan pertama yang keluar dari mulut isteri bila ditanya apa yang diinginkan daripada seorang suami adalah memahami, ringan tulang dan boleh membimbing.

Tiga ciri ini jika ada kira lengkap dan boleh mengembirakan hati isteri. Nampak simple tapi impaknya sangat berkesan.

Berikut antara perkongsian dari Azlan Noor yang suka berkongsi kisah inspirasi dan motivasi di facebooknya.

‘Benda simple yang semua suami dalam dunia patut buat kepada isteri’

  1. Perlakukan dengan baik

Layan isteri dengan sabar, kasih sayang dan lemah lembut. Paling penting, tak bersikap kasar.

  1. Bimbingan berterusan

Selalu bagi nasihat ke jalan kebenaran untuk bahagia dunia dan akhirat.

  1. Luangkan masa

Mengutamakan isteri dengan sentiasa ada masa untuk berbual, melayan dan bergurau senda.

Benda Simple Suami Patut Buat Pada Isteri. Dari Hidup Berdua Hingga Dapat Anak

Ads
  1. Pendengar yang setia

Satu kelegaan bagi isteri bilamana suami sedia mendengar keluhan dan luahan rasa yang terbuku di hatinya.

  1. Komunikasi dua hala

Suami dan isteri duduk berbincang dan terbuka dengan pendapat masing-masing tentang masalah keluarga dan mencari jalan penyelesaian terbaik bersama-sama.

  1. Suami yang tenang dan rasional.

Isteri perlukan suami yang sentiasa tenang dan bertindak mengikut fikiran rasional dan bukan emosi semata-mata. Tidak baran dan meninggikan suara.

  1. Akhlak dan Ilmu agama

Isteri perlukan suami yang memberikan contoh akhlak yang baik serta mampu beri bimbingan dan nasihat agama kepada isteri dan anak-anak.

  1. Sumber motivasi dan semangat

Setiap kali isteri dalam masalah, suami ada untuk memberi motivasi, dorongan dan kata-kata semangat kepada keluarga.

Ads
  1. Terima isteri seadanya

Tak mengungkit kesilapan dan kelemahan yang pernah isteri lakukan, dan terima baik dan buruk isteri sepenuhnya.

  1. Sama-sama uruskan hal rumah tangga

Suami yang tak berkira dan ringan tulang membantu isteri dalam menguruskan keperluan asas rumah tangga.

  1. Selalu menghubungi ketika berjauhan

Isteri akan berasa lega andai suami menghubungi dan memberitahu keberadaan mereka kerana isteri risau keselamatan suami.

  1. Jujur dan setia itu kuncinya

Semua yang diatas tadi akan sia-sia jika suami berlaku tak jujur dan tidak setia dengan ikatan perkahwinan. Berlaku jujur dan setia lah dengan isteri mu wahai suami.

Sumber: Azlan Noor

Ads

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI