Seawal usia anak satu tahun, sudah ada sebutan perkataan yang keluar dari mulut anak. Seronoknya bila dengar anak ‘membebel’ dalam bahasanya sendiri. Bila kita asyik bersembang dengan anak, lebih cepatlah mereka akan dapat bercakap.
Besar peranan ibu ayah untuk menggalakkan anak untuk bercakap mengikut fasa perkembangannya. Ada sesetengah anak mungkin akan mengambil masa untuk mahir bercakap, tetapi jika konsisten diberi galakan mereka pasti boleh!
Biarpun anak-anak masih kecil dan tak boleh bercakap, sangat penting untuk ibu ayah berborak dengan mereka. Dengan cara ini sebenarnya dapat memberi pendedahan kepada anak untuk belajar pelbagai perkataan baharu.
Melalui penulisan Pn. Wawa Shauqi, ada beberapa kesilapan yang dibuat ibu ayah menyebabkan anak mejadi lewat pertuturan.
10 Kesilapan Mak Ayah Punca Anak Speech Delay
1️⃣ Tidak berkomunikasi dengan anak ketika bayi. Kerana menganggap anak tidak faham dan tidak mampu respon.
2️⃣ Tidak belajar teknik rangsangan pertuturan. Kerana merasakan anak akan pandai bercakap dengan sendirinya.
3️⃣ Tidak mendedahkan anak dengan aktiviti dan ransangan yang secukupnya kerana tak tau tentang keperluan sensori.
4️⃣ Menganggap gajet sebagai alat yang berkesan untuk bantu anak bercakap dan berkomunikasi.
5️⃣ Menganggap dialog kartun yang ditiru anak sebagai sebahagian tanda komunikasi.
6️⃣ Terus memberi anak objek yang mereka mahu bila anak meminta dengan cara merengek/ menunjuk dengan jari/ menarik tangan kita.
7️⃣ Bercakap pelat atau ‘baby talk’ dengan anak.
8️⃣ Sering membiarkan anak bermain bersendirian tanpa kita terlibat.
9️⃣ Menjadi wakil untuk menjawab soalan yang diajukan orang kepada anak.
🔟 Membiarkan anak terdedah dengan skrin lebih dari 2 jam sehari. (Termasuk TV, smartphone, tab dan laptop)
Baca Juga:
Bangga Dengan Kerja Ayah! Kanak-Kanak Ni Gayakan Uniform Ayah Untuk Tema Kerjaya
“Anak Tu Kan Rezeki Dari Allah.” 14 Tahun Berkahwin, Beto Kusyairy Bahagia Bersama Isteri
‘Kantoi’ Tengah Seronok Makan Tepi Fridge, Menangis Bila Butter Kena Rampas. Lucu Sungguh!
Tahukah anda?
Anak Speech Delay yang tidak segera dibantu berisiko untuk lewat membaca apabila mereka mula bersekolah nanti.
Berikut adalah milestone untuk anak berusia 7 bulan sehingga 4 tahun;
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)