Bengkak susu, elak letak kubis dan guna pam. Masalah bengkak susu adalah keadaan biasa yang dialami oleh ibu yang menyusukan bayi, terutamanya dalam minggu-minggu awal selepas bersalin.

Bengkak Susu, Elak Letak Kubis Dan Guna Pam

Walaupun ia merupakan sebahagian daripada proses penyusuan, bengkak susu boleh menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan, dan kadang-kala komplikasi yang lebih serius seperti mastitis.

Kebanyakan ibu-ibu mesti pernah mengalami masalah bengkak susu, puting melecet, puting tersumbat dan sebagainya. Antara tanda bengkak susu adalah rasa sakit dan tegang pada payudara, terasa keras, sedikit panas, dan jika disentuh, ada ketulan di dalamnya.

Bengkak Susu, Elak Letak Kubis Dan Guna Pam

Keadaan ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi kondisi puting payudara. Bayi mungkin akan berasa sedikit sukar untuk melekap seperti biasa akibat puting yang tenggelam.

Nampak remeh, tetapi sebenarnya bengkak susu tidak patut dianggap ringan kerana ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti mastitis sehingga memerlukan pembedahan.

Menurut Kaunselor Laktasi, Ziela Juzaila, bengkak susu memang sakit dan jangan dibiarkan lama. Boleh melarat dan jadi lebih teruk lagi. Daripada bengkak boleh jadi mastitis. Jika tidak dirawat awal jadi  bernanah sehingga perlu pembedahan.

Bagaimanapun, ada ibu yang mengamalkan petua dari orang tua-tua untuk menghilangkan bengkak tersebut tetapi tak tahu kesan disebaliknya.

Berikut dikongsikan cara yang betul dan boleh diamalkan:

Bengkak Susu, Elak Letak Kubis Dan Guna Pam

ELAK MAKAN KUBIS

Kubis ada enzim yang boleh mengecutkan kilang susu dan boleh mengurangkan susu ibu. Sekiranya masih mahu letak juga, sekejap cukup.

ELAK GUNA PAM

Ads

Elak guna pam sebab memerah guna pam boleh menyebabkan bengkak lambat surut dan malah boleh makin melarat. Perah guna tangan. Tangan kita boleh merasai setiap satu saluran pada breast. Tangan kita juga panas yang boleh melancarkan aliran susu yang tersumbat. Sedutan pam tidak sama langsung dengan perah guna tangan. Bila breast dah berasa agak lembut, gunalah pam dengan mode yang ringan.

TUKAR POSISI MENYUSU 

Tukar posisi menyusu, supaya semasa menyusu sebelah tangan boleh urut perlahan-lahan di bahagian yang tersumbat. Susu dapat dikeluarkan dari pelbagai arah. Hisapan baby ni efektif membantu melancarkan susu yang paling dalam.

Bengkak Susu, Elak Letak Kubis Dan Guna Pam

ELAK GUNA TUAM PANAS 

Elak guna tuam panas sebab tuam panas semasa bengkak/saluran tersumbat boleh menyebabkan saluran susu meradang. Tuam sejuk dulu hingga kebas barulah urut. Guna ice pack. Urut perlahan2 hingga susu keluar di nipple, bengkak surut dan tidak mengeras lagi. Dah kurang sakit barulah tuam suam2 panas. Hot shower pun membantu.

KERAPKAN DORECT FEEDING 

Ads

Kerapkan direct feeding. Dapat cuti lagi bagus boleh direct feeding 24jam. Baby mampu mengeluarkan susu yang paling dalam.

USAHA SUNGGUH-SUNGGUH 

Usaha sungguh-sungguh. Susu sentiasa dihasilkan jadi kena konsisten keluarkan susu dan rawat bengkak susu hingga sembuh dan jika ada ketulan rawat sehingga hilang.

Moga dipermudahkan usaha merawat bengkak susu. Usah bertangguh.

Sumber: Ziela Juzaila

Baca artikel penuh: Masyallah Menggelupur Kejap Hari Ke-3 Kena Bengkak Susu, Wany Hasrita Kongsi Cerita!

Ads

Bahaya Kalau Bengkak Susu Dibiarkan, Boleh Jadi Infeksi

Pernah Buang Susu Sebab Tak Ada Peti Masa Outstation, Menangis Bengkak Susu Nad Zainal Kongsi Pahit Manis Penyusuan

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI