Siapa pernah kena bengkak susu? Hanya yang pernah merasai saja tau macam mana sakitnya bila kena bengkak susu yang teruk. Sampai boleh demam la.
Perkongsian Umi Aishah ini boleh dijadikan panduan untuk ibu mengetahui apa PUNCA BENGKAK SUSU dan apa PETUA UNTUK HILANGKAN BENGKAK SUSU.
PUNCA-PUNCA BENGKAK SUSU
Lambat memulakan penyusuan kali pertama.
Lambat memulakan penyusuan selepas bersalin boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di payudara, dan menyebabkan bayi sukar menyusu dalam keadaan payudara membengkak.
Ads
Lekapan yang tidak betul.
Lekapan yang tidak betul akan menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara.
Penyusuan / pemerahan yang tidak kerap.
Penyusuan yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan kerap dan jarak masa antara sesi memerah yang terlalu lama juga berpotensi menyebabkan saluran susu tersumbat dan meyebabkan bengkak.
Menetapkan masa menyusu di setiap belah payudara.
Bayi perlu menyusu di sebelah payudara sehingga dia melepaskan sendiri payudara itu. Kerap menukar payudara semasa menyusu menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari setiap payudara. Ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu.
Ads
Tertinggal sesi memerah.
Bagi ibu yang bekerja tertinggal sesi memerah ketika bekerja juga menyumbang kepada masalah bengkak susu.
Ads
Pam susu.
Penggunaan pam yang tidak sesuai terutamanya jika saiz corong pam terlalu kecil dengan puting ibu boleh menyebabkan susu tak dapat keluar dengan baik dari payudara, sekaligus menyebabkan masalah bengkak susu kerana susu dikeluarkan sehingga kosong.
TIPS/PETUA UNTUK HILANGKAN BENGKAK SUSU
Mandi air panas selama 15-20 minit. Halakan air panas ke bahagian breast. Semasa mandi, buat urutan secara membulat ke seluruh bahagian payudara dengan sedikit tekanan di bahagian ketulan.
Isi air panas dlm botol dan golek-golekkan di bahagian ketulan.
Lakukan urutan dari atas ke bawah, arah areola di seluruh payudara.
Susukan bayi/perah susu sekerap mungkin. Sambil golekkan botol air panas tadi di kawasan bengkak sepanjang sesi penyusuan/memerah.
Elakkan ais, tambahkan pengambilan AIR SUAM 1 gelas setiap 1 jam.
Urutan/tuam membantu melegakan bengkak dan meleraikan saluran susu supaya aliran susu kembali normal.
Jika kulit di bahagian payudara yang bengkak kemerahan, ini tanda-tanda anda mengalami radang payudara. Tuam dengan tuala sejuk/botol berisi air sejuk selama 10-15 minit dulu sebelum tuam menggunakan botol berisi air panas untuk menghilangkan radang.
p/s: Jangan main-main tau dengan bengkak susu ni, bahaya. Kerapkan sesi penyusuan kepada ibu suri rumah dan kerapkan sesi memerah kepada ibu yang bekerja.
Sumber: Kelab Ibu Hamil, Menyusu & Berpantang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melalui facebook Tiffany dari US, yang keguguran bayi dia telah memuatnaik gambar anaknya yang telah meninggal (photo). Apa tujuan dia sebenarnya? Dia ingin menyampaikan pesanan kepada semua ibu diluar sana bahawa jangan bersedih sekiranya anda pernah kegugurkerana anda juga seorang ibu yang melahirkan anak-anak syurga! Anda patut bangga dan bersyukur katanya.
Berikut adalah kata-kata Tiffany..
Facebook / Tiffany Burns
“This is my hand. Holding my sweet baby, Ezekiel. I delivered him on January 20, 2016. His heart stopped at 11 weeks 2 days. He had a heartbeat. Such a sweet sound. He had life! He was not a blob. He was not just a clump of cells. He was formed. Perfect. Look at the details. His sweet fingers. Toes. I am blessed to be his mother.”
“Ini adalah tangan saya. Saya memegang bayi comel saya, Ezekiel. Saya melahirkannya (gugur) pada 20 Januari, 2016. Degupan jantungnya terhenti ketika dia berusia 11 minggu 2 hari. Memang ada denyutan jantung. Masih kedengaran ketika itu. Inilah kehidupan. Dia bukan segumpal darah..dia juga bukan hanya sel telur..dia mempunyai tubuh badan yang lengkap. Sempurna. Jari jemari dia..kaki2 dia..Lihatlah..Sebagai seorang ibu..saya bersyukur melahirkan dia..”
Ingin Hamil Semula Lepas Keguguran?
Pengalaman menyedihkan dan rasa kosong akibat keguguran boleh membuatkan seseorang wanita itu berasa serik mencuba untuk hamil semula. Akan tetapi, untuk anda yang masih inginkan kehadiran cahaya mata dalam kehidupan, berikut disediakan beberapa tips untuk anda hamil semula dengan selamat selepas keguguran.
Pulihkan semula rasa kehilangan
Kehilangan bayi dalam kandungan sukar untuk dihadapi. Jadi, persediaan emosi adalah amat penting untuk setiap ibu. Wanita yang mengalami keguguran akan rasa lebih lemah dan berdebar-debar untuk mula hamil kembali.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Walaupun tiada sebarang cara mudah untuk berhadapan dengan ketakutan menghadapi satu lagi keguguran, namun dengan bersikap terbuka kepada pasangan anda dan doktor mungkin boleh membantu anda melalui masa-masa genting sebegini. Janganlah putus asa untuk mencuba hamil kembali. Jika anda tiada masalah kesihatan yang menghalang anda untuk hamil, peluang untuk kehamilan berlaku semula adalah tinggi.
Pilih masa yang betul
Selepas keguguran, anda dan pasangan berkemungkinan mengalami kesukaran untuk bersedia dengan kehadiran bayi baru. Bagaimanapun, jika kedua-dua anda sudah bersedia, anda perlu mengira masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim.
Bersama dengan suami pada waktu yang tepat adalah kunci yang boleh membantu anda hamil dengan cepat dan selamat. Sebaik sahaja anda tahu waktu bila anda akan mengalami ovulasi dan telur anda akan dilepaskan, anda sudah boleh merancang kehamilan dengan sewajarnya. Melakukan hubungan seks terlalu awal atau terlalu lambat boleh menurunkan peluang anda untuk mudah hamil.
Tambahan pula, sperma hanya boleh bertahan selama tiga hingga enam hari dalam tubuh anda, sementara telur pula hanya boleh bertahan selama satu hari. Jadi, anda perlu melakukan hubungan seks satu atau dua hari sebelum ovulasi. Kebanyakan penyedia penjagaan kesihatan juga menyarankan pasangan untuk melakukan hubungan intim selang sehari jika anda tidak boleh mengagak bilakah waktu ovulasi anda. Ini akan menambahkan peluang anda untuk segera hamil.
Kesan jendela kesuburan anda
Cara lain untuk berjaya hamil adalah dengan mengetahui masa ovulasi anda. Peluang anda untuk hamil terletak dalam masa lima hari sebelum ovulasi dan hari ovulasi tersebut. Akan tetapi, bagi mengenal pasti hari ovulasi mungkin sedikit mencabar. Pelbagai faktor boleh mempengaruhi masa sebenar ovulasi anda, termasuklah tekanan dan aktiviti fizikal yang berlebihan.
Anda boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk mengenal pasti waktu ovulasi anda, termasuklah:
Periksa kalendar: Kaedah ini sesuai jika anda mengalami haid teratur dan stabil. Pertama, kenal pasti bilakah waktu haid anda seterusnya akan bermula. Tandakan hari tersebut. Jika kitaran haid anda 28-hari, maka anda berkemungkinan mengalami ovulasi pada hari ke-14.
Kesan suhu badan anda: Suhu asas badan adalah suhu tubuh terendah dalam tempoh 24-jam. Beberapa hari selepas ovulasi anda, suhu asas badan anda akan meningkat. Anda boleh menggunakan termometer untuk mengukur suhu asas badan. Peluang kehamilan anda akan menjadi lebih tinggi semasa dua hingga tiga hari sebelum suhu badan anda meningkat.
Perhatikan perubahan dalam lelehan faraj: Pada hari-hari biasa, anda akan mengalami sedikit lelehan faraj dan rasa kekeringan. Namun, semakin dekat anda dengan waktu ovulasi, anda akan mengalami lebih banyak lelehan mukus serviks. Lelehan ini akan kelihatan jernih, berlendir, dan meregang seperti telur putih.
Sebelum mencuba untuk hamil semula, adalah lebih baik jika anda berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca yang menyebabkan anda mengalami keguguran sebelum ini. Dengan mengetahui keadaan kesihatan anda dan mendapatkan rawatan yang betul boleh membantu anda untuk berjaya hamil.
Masalah jerebu yang melanda negara kita dikhuatiri semakin serius. Boleh dikatakan setiap tahun Malaysia dilanda jerebu yang teruk. Puncanya masih lagi tidak diketahui secara rasmi. Bila dah jerebu aktiviti anak-anak juga menjadi terhad kerana bimbang akan memberi kesan kepada kesihatan mereka
Ummi Nazeera melalui laman Instagramnya berkongsi juga terkesan dengan keadaan jerebu yang semakin teruk melanda Semenanjung Malaysia hari ini. Menurutnya dia kasihankan kanak-kanak yang perlu lalui keadaan jerebu yang teruk. Orang dewasa sepertinya juga terkesan apatah lagi anak-anak yang masih kecil.
Tambahnya lagi, keadaan ini berlaku setiap tahun dan ia menyebabkan kanak-kanak tidak dapat membuat aktiviti luar kerana udara yang tercemar.
“Pity our children have to go thru this Haze. It’s affecting me as an adult. Imagine how it affects children. Even tho in this photo ayra looks so happy hahaha”
“Every year same case. Sadly. Siapa tahu dari mana datangnya jerebu ni tiap tiap tahun? And r we NOT DOING ANYTHING about it? No more outdoor activities kids.”
Ternyata ramai yang setuju dengan apa yang dikongsikan oleh Ummi Nazeera di laman Instagramnya itu dan berharap keadaan ini akan segera pulih.
“Kan. Kita yang dewasa pun susah nak bernafas. Kanak-kanak lagi lah”
“Ya, anak-anak nak main outdoor pun tak selesa”
“Yes…kesian anak-anak. Tambah-tambah yang ada penyakit asthma like me and my kakak… So struggle to go outside”
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggariskan 10 langkah pencegahan untuk diikuti ikuti sepanjang keadaan berjerebu ini:
Elakkan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu. Aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan dan keadaan ini boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu.
Selari dengan saranan di dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, penganjuran melibatkan aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihatkan supaya ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.
Banyakkan berada berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (face mask) yang sesuai.
Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.
Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.
Gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.
Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).
Jika mampu pasanglah alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar.
Sentiasa awasi kesihatan anak-anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana mereka lebih mudah terjejas akibat pendedahan kepada jerebu.
Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya tidak sihat.
KKM turut menyarankan orang ramai mengikuti perkembangan semasa jerebu melalui laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenai fenomena berjerebu di kawasan atau daerah masing-masing.
sumber: Instagram Ummi Nazeera & Utusan Online
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memasuki minggu kedua sejak dilahirkan, keadaan baby Danial nampaknya ada perubahan. Memandangkan kelahirannya awal dan berat tak sampai satu kilogram penjagaan rapi perlu untuk memastikan anak Abby Abadi dan Faizal Zakaria terus kuat.
Beberapa hari lalu Abby ada berkongsi yang baby Danial terpaksa bergantung pada mesin pernafasan 90% dan dotor mengesahkan keadaannya 50-50.
Bagaimanapun pasangan ini sangat positif dan sentiasa yakin hanya doa dan pertolongan Allah mampu mengubah segala-galanya.
Terbaru melalui perkongsiannya semalam, Abby menjelaskan keadaan baby Danial nampaknya menunjukkan perkembangan baik.
“Hari ke 12, syukur alhamdulillah. Dalam pada hati tak berhenti menangis teringatkan keadaan kesihatan Baby Danial yang turun naik, siang tadi pergi melawat dia, terubat sikit hati bila tahu Baby Danial boleh tolerate dengan susu badan dan pembuangan pun lancar. Dari hari ini pernafasannya nampak macam stabil sikit..dah turun 65% bergantung pada mesin (semalam 90% guna mesin). Saya dan suami baca sendiri sebab takut nak bersembang dengan doktor)” kongsinya.
Jelasnya lagi, bayi yang lahir pada usia kandungan enam bulan ini semakin kerap menyusu dan dia turut berterima kasih kepada Memey Suhaiza atas pengorbanannya menyediakan bekalan susu ibu buat Danial.
” Tadi…sebelum ke NICU, Hospital Sungai Buloh, nak jenguk Baby Muhammad Danial Firman untuk sesi malam..singgah rumah @normanhakim_786 & @memeysuhaiza ambil susu lagi. Sebab? Sebab susu kita tiap-tiap hari hantar pun tak cukup..tak terkejar Baby Danial minum banyak sekerang. TQ tau Mey, hanya Allah dapat membalasnya. TQ Oman juga sebab bagi keizinan bagi susu pada Baby Danial saya.
“Sempat sembang dengan beberapa orang staff nurse je tadi. Baby Danial pun nampak terjaga baik. Walaupun saya tahu nurse dalam tu sibuk, diaorang tak sempat nak belau baby saya, tapi saya yakin ramai yang mengambil tanggungjawab nakkan yang terbaik untuk baby yang ada di situ termasuklah baby Danial kami. Tak belai pun takpelah.
“Tolong beri perhatian yang sewajarnya pun dah cukup baik untuk baby kami terus bertahan”, tulisnya lagi.
Dia turut berharap agar Allah terus memberikan kekuatan untuk membesar dengan sempurna.
Semoga Allah terus kuatkan baby Danial dan dapat membesar dengan jayanya ye sayang. Mama Abah Abang Kakak semua sayang sangat kat Danial dunia akhirat. Tak sabar nak peluk cium Danial sayang. Sekarang tak boleh..
Sebelum ini Abby dimasukkan ke hospital selepas mengalami tekanan darah tinggi sehingga doktor terpaksa membuat pembedahan untuk melahirkan bayinya bagi menyelamatkan nyawa Abby dan bayi dalam kandungannya.
Sumber: ig abby abadi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...