Alhamdulillah syukur pada Allah! Bayi yang alami pendarahan otak akibat kemalangan di lebuh raya PLUS Ipoh baru-baru ini kembali sihat dan telah dibenarkan pulang ke rumah. Bagaimanapun, rawatan susulan masih diteruskan untuk kecederaan yang dialami di beberapa bahagian badan.
Berkongsi perkembangan terkini Aqasha Alhaq, ibunya, Natasya Nadia memberitahu selepas lebih sebulan menerima rawatan, akhirnya Aqasha sudah dibenarkan pulang ke rumah.
Alhamdulillah syukur anak kami Aqasha Alhaq bin Aiman Hazim dah discharge hari ni.
Berakhir 36 hari di HRPB (3 hari di PICU & selebihnya di Wad Pembedahan Pediatrik)
Terima kasih kepada keluarga kami, sahabat, pakar/doktor, staff nurse & semua yang membantu kami dari segi semua aspek.
Tak terbalas jasa dan doa anda semua. Rawatan susulan masih diteruskan setiap minggu di sini sehingga Aqasha Alhaq pulih seperti sediakala.
Keajaiban & kuasa yang Maha Esa menyelamatkan anak kami. Tak lupa juga untuk anda semua.
Ada yang tanya Aqasha masih meniarap ke? Sampai bila?
Ya masih meniarap untuk kurangkan najis masuk ke tempat tampal kulit(skin graft). Jadi bila meniarap najis akan turun ke depan. Tempat skin graft masih lembab (kawasan yang paling dekat dengan anus tu)
Kulit tu tengah struggled nak hidup sebab lembab tu. Kawasan atas dah kering dah.
Aqasha boleh tidur mengiring jugak tapi kami bagi mengiring masa menyusu ja. Kalau malam tu memang meniarap sbb takut mama papa tak sedar bila dia berak. Setakat sekarang dia okay ja meniarap takda meragam jadi kami akan teruskan sampai betul-betul pulih skin graft tu.
Setiap minggu perlu ke klinik plastic untuk cuci & tengok perkembangan kulit tu.
Rupa tempat skin graft : pinggul kiri leper sebab dah operation 1st dah buang semua kulit mati & berparut.
Tulang peha (femur) yang patah tu macam mana?
Alhamdulillah tulang dah tumbuh semula (bercantum). Mungkin ada senget sikit tapi utk budak Doc ckp tak perlu risau. Masih ada appointment lagi 3 minggu untuk x-ray balik dengan pakar ortho.
Pendarahan dalam kepala?
Lagi 3 minggu akan jumpa semula dengan pakar neurologi. Buat masa sekarang tak da tanda-tanda yang abnormal. Alhamdulillah.
Aqasha aktif gerakkan kaki dia sendiri jadi maksudnya sakit tu dah berkurangan jadi Doc cadangkan ubat tahan sakit makan bila perlu saja.
Boleh dukung macam biasa tapi kena berhati-hati. Selagi tak menangis maksudnya dia okay. Balik rumah tak ada meragam langsung, baik sangat. MasyaAllah.
Kami sekeluarga masih di Meru, Ipoh (rumah mentua) & belum balik ke Putrajaya sebab esok papa Aqasha akan operation yang sama macam Aqasha : skin grafting di tangan kanan.
Terima kasih semua yang doakan Aqasha ❤️
Kredit: IG Natasya Nadia
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)