Berakhirnya perjuangan seorang anak kecil melawan jangkitan virus jahat yang masuk ke dalam tubuh badannya diterima dengan pasrah oleh ibu dan ayah.
Walaupun sedih dan pilu kerana kehilangan anak tersayang namun pasangan ibu bapa ini akur dengan kehendak takdir. Ternyata Allah lebih menyayangi anak syurga mereka.
Perkongsian Cik Sara mengenai kisah yang berlaku ke atas anaknya yang dijangkiti virus menjadi tular dan ramai yang menitiskan air mata apabila membaca perjalanan anak syurga ini.
Semoga ianya menjadi panduan kepada semua ibu bapa tentang bahayanya bila berlaku jangkitan kuman dan virus dalam tubuh si kecil.
10 MAC 2018:
Assalammualaikum..
Bermula 18 feb 2018, arwah adik Muhammad Izz Firdaus masih demam on off lagi. Ibu ingat hanya demam biasa terseliuh urat dan ibu abah bawa la adik izz Firdaus berurut. Bila tengah malam dan pagi esknya masih demam lagi walaupun sudah bagi ubat demam.
20 Feb 2018 Pukul 8.30pg :
Kami pegi Klinik Kesihatan Penerok buat ujian darah, dan mendapat result ada jangkitan kuman. Doktor suruh pergi hospital Pontian untuk dapatkan pemeriksaan lanjut. Dengan firasat ibu confirm mesti kena admit wad. Ku balik rumah untuk ambik barang-barang yang perlu bila kena admit. Bila di kecemasan adik izz Firdaus kena drip dan buat x-ray lung. Results x-ray ada jangkitan juga. Start on oksigen dan nebulizer kerana dalam badan kurang oksigen dan nafas sempit. Pada keesokkan hari, pernafasan adik izz Firdaus semakin membimbangkan kami termasuk nurse dan doktor.
21 Feb 2018 jam 8 malam lebih:
Doktor cina (lupa Nama doktor) datang jumpa saya agar pergi ke Hospital Sultan Aminah Johor Baharu dengan kadar segera jangan membuang masa lagi. Dalam pukul 10 malam lebih ambulance membawa kami ke HSA JB.
22 Feb 2018:
Nurse ambil sample hingus untuk buat kajian. Selang beberapa jam result keluar dan doktor pakar explain tentang result tersebut. Doktor bagitahu bahawa adik izz Firdaus kena jangkitan virus RSV (respiratory syncytial virus) yang tiada antibiotics untuk virus. Tapi adik izz Firdaus dapat juga antibiotic untuk kuman sahaja. Pertama kali dengar virus RSV, saya mula research di Mr.google.
24 Feb 2018 :
Doktor off antibiotic. Di malam hari izz Firdaus kene speed fever, terus makan ubat pcm. Nebulizer on 4jam sekali.
25 Feb 2018:
Doktor on antibiotic. Tidak demam lagi. Nebulizer tetap on 4 jam sekali.
27 Feb 2018 :
Doktor off antibiotic. Kena lagi speed fever pada tengah malam. Suami datang awal pagi ke HSA JB kerana terlalu risaukan keadaan adik izz Firdaus. Tengok keadaan anak semakin lemah. Suami dan abang ipar minta transfer ke KPJ ABD.SAMAD, doktor pakar izinkan tapi dengan syarat kena naik ambulance KPJ kerana adik izz Firdaus masih menggunakan oksigen. Masih tidak boleh off kan lagi.
27 Feb 2018 di KPJ :
Doktor start bg ubt demam,batuk,cairkan kahak,selsema dan 2 jenis antibiotics (melalui drip dan makan) begitu seterusnya sampai 3 Mac 2018.
3 Mac 2018:
Buat x-ray dalam pukul 8.45 pagi. Doktor bagitahu tinggal sikit sahaja kat paru-paru adik izz Firdaus..ada perkara yang ku amat kurang berpuashati dengan doktor tersebut.
4 Mac 2018:
Adik izz Firdaus demam lagi di rumah. Saya mula pelik dan berasa tak sedap hati. Tidur terkejut-kejut, saya syak macam kena gangguan. Ingat keesokan hari nak bawa pergi jumpa ustaz.
5 Mac 2018:
Jam2.30am, terima adik izz Firdaus kena sawan dalam 4-5 minit. Kami bergegas pergi ke Hospital yang terdekat di Pontian. Suami bawa kereta memang laju tak ingat la sampai lampu isyarat merah terpaksa dilanggar dengan menghidupkan lampu double signal. Di kecemasan, terus on drip ambil darah dan x-ray. Dr x-ray ada jangkitan baru di bahagian atas paru-paru adik izz Firdaus. Masuk wad peadatic.
Dalam wad bunga raya 3, depan doktor adik izz Firdaus kena sawan yang keempat dalam 3-4minit..selang beberapa minit saje adik izz Firdaus kena sawan yang kelima paling lama. Doktor bg 2 kali dos ubat sawan pun tak ok, terus doktor bagi ubat tidur dan dibawa ke wad PICU jam 6.50 petang. Jam 9.35 malam baru saya dapat masuk tengok anak, hanya Allah saja dapat tahu perasaan saya dan suami tengok keadaan anak kami mcm tu. Staff nurse suruh kami balik berehat dan datang esok pagi doktor pakar nak jumpa.
6 Mac 2018:
Doktor pakar bagitahu keadaan adik serius. Doktor nak buat ctscan brain pun tak lepas sebab keadaan adik belum stabil lagi. On antibiotics dan mesin oksigen 2 tong yang tinggi dengan speed 100%.
7 & 8 Mac 2018:
Setiap pagi doktor pakar akan jumpa kami. Pagi Rabu doktor explain keadaan anak tenat. B/p low, oksigen low, degupan jantung tak cantik. Saya dan suami kena bersedia dengan apa yang bakal terjadi. Tengahari doktor jumpa kami dan beritahu ade dua virus baru yang ada di paru-paru iaitu ARD (acute respiratory distress) dan ADENOVIRUS. Adenovirus adalah virus paling jahat dan susah nak mati. Ia boleh merebak ke buah pinggang, jantung, otak dan darah. Tu yg amat bahaya.
9 Mac 2018:
Macam biasa setiap pagi doktor akan update kat kami keadaan adik. Keadaan semakin tenat dan doktor harap ibu dan abah dapat teman dia di sisi. Waktu petang doktor bagitahu organ dalam dah tak dapat berfungsi dengan baik. Saya dan suami sudah redha, pasrah, sedia dan relakan adik izz Firdaus pergi menghadap Ilahi.
10 Mac 2018:
Tepat jam 1.30 am berakhirlah perjuangan anak ibu abah. Perginya seorang anak yang baik. Muhammad Izz Firdaus dalam kenangan.
Ibu yang kehilangan,
Muyassarah.