Punya anak ramai sering dikatakan seumpama tidak punya masa untuk diri sendiri. Malah untuk tampil cantik seperti dulu juga terpaksa dilupakan kerana tidak sempat.
Hakikatnya anak ramai sememangnya cukup membahagiakan dan ini diakui sendiri oleh penyanyi Adira Suhaimi yang turut mempunyai empat orang cahaya mata dikala usianya baru menginjak 31 tahun.
Malah akui Adira, dia dan suami sebenarnya mensasarkan untuk punya anak sempat sebelum usianya 30 tahun. Namun tersasar dan melahirkan anak bongsunya pada usia 31 tahun.
Malah ibu kepada empat cahaya mata ini amat bersyukur kerana dikurniakan empat cahaya mata pada usianya masih muda iaitu 31 tahun.
“Memang saya rancang untuk beranak dulu, lepas tu berhenti untuk mulakan balik karier seni.
“Sebenarnya saya dah ‘ikat’ (peranakan) dah sebab keempat-empat anak bersalin Czer. Jadi saya ambil keputusan tu atas nasihat doktor dan suami juga. Saya bersyukur dah ada dua anak lelaki dan dua perempuan.
“Saya cadang nak berhenti beranak sebelum atau masa umur 30 tahun tapi sebab Covid dan sebagainya, lahir anak last umur 31 tahun,” katanya berkongsi.
Punya anak ramai bagi dirinya langsung tidak memberikan tekanan malah dakwaan punya anak ramai akan melenyapkan kecantikan dan awet muda seorang perempuan disangkal oleh ibu cantik manis ini.
“Tak semestinya anak seorang, dia akan nampak awet muda dan tak semestinya juga anak ramai, akan nampak lebih tua.
“Saya rasa yang penting, mental kita kena jaga dan emosi serta rutin harian kita. Begitu juga apa yang kita makan. Kadang-kadang orang muda tapi tak ada anak pun dah nampak tua. Mungkin dengan masalah tempat kerja atau sebagainya.
“Jadi saya rasa wanita khususnya ibu kena sihat mental dan fizikal. Diikuti rutin apa yang dia buat dan pemakanan.
Ads
“Kalau tanya saya sebenarnya, beranaklah ramai-ramai. Seronok ada anak ni sebab bagi saya, bila bujang dulu lain dia punya vibes.
“Bila dah jadi seorang ibu ni, lain lagi yang mana saya rasa ia sangat bagus untuk diri saya. Bila ada anak-anak, saya banyak belajar dari segi jadi matang seorang ibu dan jadi multitasking. Saya seronok buat semua tu,” kongsi Adira lagi.
Jangan takut beranak ramai
Malah isteri kepada Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red ini turut menasihatkan wanita agar jangan takut untuk berkahwin dan memiliki zuriat sendiri.
“Jangan takut untuk kahwin dan beranak. Beranak ramai sebab anak itu adalah rezeki,” ujar ibu cantik ini lagi.
Ads
Adira yang kini kerap muncul di media sosial sentiasa menghiburkan wargamaya dengan keletahnya bersama anak-anak. Ada sahaja sisi keibuan yang ditonjolkan Adira untuk perkongsian semua.
“Mungkin sebelum ini saya kurang aktif di media sosial. Sekarang, lepas kahwin dan beranak-pinak dengan permintaan terhadap media sosial, saya kena ikut peredaran masa,” katanya lagi.
Terdahulu, Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Anggrek berusia 6 tahun, Asan; 5 tahun, Anggun umur 4 tahun dan Ayub yang lahir pada September tahun lalu.
Tak sukar sebenarnya untuk jadi ayah yang hebat buat anak-anak kecil kita. Hanya berusaha untuk luangkan masa dan berusaha untuk menjadi pendamping setia anak-anak. Di usia anak kecil, mereka amat memerlukan kita sebagai ayah untuk membentuk anak menjadi lebih baik.
Itulah yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Samhan di Instagramnya. Belajar dan berusahalah untuk menjadi hebat di mata anak-anak. Apa seorang ayah perlu lakukan?
Berusahalah jadi ayah yang hebat di mata anak-anak.
1. Jadi pendengar setia setiap kali anak bercerita.
2. Pandang mata anak bila berbual.
3. Selalu guna nada suara yang lembut bila bercakap.
4. Tetapkan “Bonding Time” dengan anak.
5. Selalu peluk cium anak tanpa pilih kasih.
6. Jadi ayah yang selalu puji dan sokong usaha anak walaupun tak sempurna.
7. Rajin ambil dan kumpul gambar anak sebagai kenangan.
8. Jadi tempat yang selamat untuk anak bercakap, meluah rasa dan bermain.
9. Jadi pelindung anak-anak.
10. Jadi ayah yang sentiasa kagum dengan idea dan pendapat anak.
Pilih bonding dengan anak
Tidak hanya 10 senarai di atas bahkan cubalah luangkan masa bersama. Bonding buat anak rasa makin dekat. Apa aktiviti ayah boleh lakukan?
Riadah pagi hari
Melakukan aktiviti riadah biarpun agak remeh namun hakikatnya amat baik bagi membina keluarga bahagia. Malah bonding dengan anak-anak juga menjadi semakin rapat. Tidak perlu dilakukan dalam tempoh yang lama, hanya ambil masa di pagi hari pada setiap hujung minggu untuk membawa anak berjogging di taman dah cukup memadai.
Basuh kereta
Basuh kereta dengan anak nampak simple tapi ia aktiviti ayah dan anak yang paling menyeronokkan. Anak cukup suka bermain air dan dapat merasai pengalaman bersama.
Aktiviti indoor buat bonding kuat
Jika tak gemarkan aktiviti luar, cuba buat aktiviti bersama anak-anak di dalam rumah sahaja. Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan seperti bermain puzzle, permainan interaksi dan sebagainya bersama anak-anak. Jika ayah meneman anak bermain, ibu pula perlu jadi penyokong kedua-duanya.
Bedtime story
Di malam harinya berusahalah untuk membacakan anak buku sebelum mereka tidur. Besar kesannya pada anak-anak. Ayah yang cool buat anak suka dan mengingati momen itu.
“Walaupun tangannya mengeras, kami cuba bawa tangannya menyentuh bayi itu dan setiap kali melakukannya pasti air matanya akan mengalir,” kata adik kepada Jahidah Nordin, wanita yang koma selepas dipukul suaminya dalam kejadian pada Mei tahun lalu.
Fauziah Nordin, 40, berkata keadaan Jahidah, 43, masih tidak boleh bergerak dan hanya terlantar di katil serta masih belum melihat anaknya, Eshan Nufail yang dilahirkan pada 30 November lalu.
“Kakak masih tidak boleh bergerak dan bercakap dan hanya terlantar di katil, malah dia juga tidak dapat memberikan maklum balas apabila ditanya atau sebagainya.
“Namun terdapat tanda dia memahami percakapan atau pertanyaan kami berdasarkan bahasa tubuh apabila dia kerap mengalirkan air mata. Walaupun tangannya mengeras, kami cuba bawa tangannya menyentuh bayi itu dan setiap kali melakukannya pasti air matanya akan mengalir,” katanya.
Jahidah melahirkan anaknya di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini, pada 30 November lalu melalui pembedahan.
Fauziah berkata, Eshan berada dalam keadaan sihat dengan diberikan susu formula, malah berat badannya juga bertambah.
“Melihat keadaan kakak, memang rasa sebak kerana keadaan ini sudah berlarutan lebih enam bulan, namun saya dan ahli keluarga lain akan terus menjaganya sehingga dia pulih
“Jahidah mengalami masalah di tekak yang mungkin menyebabkan dia sukar mengeluarkan suara namun keadaan itu dalam pemantauan pihak kesihatan,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini gaji Jahidah tidak dapat dikeluarkan daripada bank kerana dipercayai berkaitan dengan masalah di bank dan urusan mahkamah.
“Buat masa ini kami terpaksa bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkannya menerusi akaun CIMB Bank Fauziah Nordin 7617797037.
Kisah Jahidah mendapat liputan media kerana pada Mei tahun lalu penjawat awam berusia 43 tahun yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor dilaporkan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu, Johor selepas dipercayai dicederakan suaminya.
Kredit: Metro Online
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lain anak, lain pula ragamnya kan? Begitulah yang dikongsi oleh pelakon cantik manis, Ozlynn Wati apabila bercerita tentang perangai anak-anaknya.
Bercerita tentang anak kelimanya, Moleiq Hanania yang kini berusia 4 tahun, Ozlynn mengakui Moleiq seorang anak yang sangat rajin dalam membantu membuat kerja rumah.
Ada suatu ketika Moleiq menangis jika kerja yang ingin dilakukanya sudah diselesaikan oleh orang lain. Malah si kecil pipi gebu ini juga lebih memilih membuat kerja rumah berbanding memilih barang permainan.
“Moleiq ni ada satu perangai yang kadang susah betul nak baca.”
“lepastu sejenis yang kalau dia nak makna dia nak.. contoh basuh pinggan.. kalau dia cakap, dia nak tolong.. dia akan tolong.. tapi kalau kita dah terbasuh pinggan tu.. dia akan melalak.”
“Sebab dia cakap tu kerja dia.. tak dapat toys pon takpe.. dia takkan melalak.. tapi kalau tak dapat buat kerja.. mesti melalak.”
Tambah ibu kepada 6 cahaya mata ini, anak kelimanya ini memang dari kecil suka membuat kerja-kerja rumah.
“Lipat baju ke angkat baju ke, memang dari kecik.. dia dengan haziq memang ada perangai nih. Haziq pon pandai masak tau, Haziq baru 9tahun. Suka tolong dekat dapur.”
“Kalau papa dia nak makan ramen dengan cheese.. memang dia la yang masak semua.. tak ada siapa tolog pon.. rasa perangai Moleiq ni memang ikut abg Haziq..kuat makan pun sama”
Ozlyn dan Johan Raja Lawak dikurniakan 6 cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq
Anak-anak kita bakal hadapi satu lagi cabaran besar dalam hidup mereka – peperiksaan. Sebagai ibu ayah, kita pun sama-sama akan rasa debaran, kan?Tapi sebenarnya,...