Punya anak ramai sering dikatakan seumpama tidak punya masa untuk diri sendiri. Malah untuk tampil cantik seperti dulu juga terpaksa dilupakan kerana tidak sempat.
Hakikatnya anak ramai sememangnya cukup membahagiakan dan ini diakui sendiri oleh penyanyi Adira Suhaimi yang turut mempunyai empat orang cahaya mata dikala usianya baru menginjak 31 tahun.
Malah akui Adira, dia dan suami sebenarnya mensasarkan untuk punya anak sempat sebelum usianya 30 tahun. Namun tersasar dan melahirkan anak bongsunya pada usia 31 tahun.
Malah ibu kepada empat cahaya mata ini amat bersyukur kerana dikurniakan empat cahaya mata pada usianya masih muda iaitu 31 tahun.
“Memang saya rancang untuk beranak dulu, lepas tu berhenti untuk mulakan balik karier seni.
“Sebenarnya saya dah ‘ikat’ (peranakan) dah sebab keempat-empat anak bersalin Czer. Jadi saya ambil keputusan tu atas nasihat doktor dan suami juga. Saya bersyukur dah ada dua anak lelaki dan dua perempuan.
Menarik: “Macam Fasha Junior” Anak Fasha Sandha Tunjuk Minat Berlakon Macam Ibu, Tak Dapat Green Light Dada!
Kami Masih Belajar, Anak Genap Setahun, Banyak Mengajar Ernie Zakri Jadi Ibu Terbaik!
Tiap Kali Mengemop Kena Berebut, Anak Kedua Shukri Yahaya Suka Mengemas, Ramai Nak Buat Menantu!
“Saya cadang nak berhenti beranak sebelum atau masa umur 30 tahun tapi sebab Covid dan sebagainya, lahir anak last umur 31 tahun,” katanya berkongsi.
Punya anak ramai bagi dirinya langsung tidak memberikan tekanan malah dakwaan punya anak ramai akan melenyapkan kecantikan dan awet muda seorang perempuan disangkal oleh ibu cantik manis ini.
“Tak semestinya anak seorang, dia akan nampak awet muda dan tak semestinya juga anak ramai, akan nampak lebih tua.
“Saya rasa yang penting, mental kita kena jaga dan emosi serta rutin harian kita. Begitu juga apa yang kita makan. Kadang-kadang orang muda tapi tak ada anak pun dah nampak tua. Mungkin dengan masalah tempat kerja atau sebagainya.
“Jadi saya rasa wanita khususnya ibu kena sihat mental dan fizikal. Diikuti rutin apa yang dia buat dan pemakanan.
“Kalau tanya saya sebenarnya, beranaklah ramai-ramai. Seronok ada anak ni sebab bagi saya, bila bujang dulu lain dia punya vibes.
“Bila dah jadi seorang ibu ni, lain lagi yang mana saya rasa ia sangat bagus untuk diri saya. Bila ada anak-anak, saya banyak belajar dari segi jadi matang seorang ibu dan jadi multitasking. Saya seronok buat semua tu,” kongsi Adira lagi.
Jangan takut beranak ramai
Malah isteri kepada Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red ini turut menasihatkan wanita agar jangan takut untuk berkahwin dan memiliki zuriat sendiri.
“Jangan takut untuk kahwin dan beranak. Beranak ramai sebab anak itu adalah rezeki,” ujar ibu cantik ini lagi.
Adira yang kini kerap muncul di media sosial sentiasa menghiburkan wargamaya dengan keletahnya bersama anak-anak. Ada sahaja sisi keibuan yang ditonjolkan Adira untuk perkongsian semua.
“Mungkin sebelum ini saya kurang aktif di media sosial. Sekarang, lepas kahwin dan beranak-pinak dengan permintaan terhadap media sosial, saya kena ikut peredaran masa,” katanya lagi.
Terdahulu, Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Anggrek berusia 6 tahun, Asan; 5 tahun, Anggun umur 4 tahun dan Ayub yang lahir pada September tahun lalu.
Menarik: “Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI