Mengenali personaliti Lara Alana, anak kepada pengacara terkenal Scha Al Yahya dan Awal Ashaari dia seorang anak yang bersahaja dan sukakan cabaran. Tidak hairanlah ketika ditanyakan oleh team Pa&ma tentang makanan paling pelik yang Lara suka, jawab Scha anaknya itu sukakan sashimi ikan salmon.
Tambah Awal, si manja Lara juga sukakan mi ramen pedas. “Saya yang dah dewasa ni pun baru nak cuba-cuba makan sashimi ikan salon, tetapi pada usia lima tahun dia Lara boleh makan dan sukakan rasanya,” kata Scha.
Pun begitu, Lara seorang yang cerewet ketika makan. Dia hanya makan apa yang biasa dimakannya. Jika mereka sekeluarga makan di luar, Scha dan Awal akan memesan apa yang diminati Lara sahaja. Kata Awal lagi, jika tiada pilihan cukup sekadar untuk dapatkan nasi putih, telur goreng dan sedikit lauk berasaskan sayur untuk Lara.
Scha mengakui dia jarang memasak. Pun begitu, sekiranya dia masuk dapur setiap permintaan suami dan anaknya akan dipenuhi. Kata Scha, suaminya tidak makan nasi. Awal sukakan ‘nasi kobis bunga’ manakala Lara pula gemarkan makaroni keju. Menambah kenyataan isterinya itu, Awal memberitahu masakan Scha yang paling digemarinya adalah ayam masak lemak dan gulai ketam.
Pa&Ma kembali untuk musim ke-5, dengan kupasan topik episod 2 ‘Urus Simpanan Anak Dengan Bijak” bersama pasangan pengacara Scha & Awal, setiap Rabu jam 9 malam hanya disaluran Astro Prima (ch 105) , Prima HD (ch 121) dan Astro Go (apps). #majalahpama#pamatv #pamamusimke5