Ibu bapa mana tak teruja bila anak kecil-kecil lagi sudah pandai berenang. Kebanyakan ibu bapa muda hari ini, sudah mempunyai kesedaran tentang kelebihan menghantar anak mereka belajar berenang seawal usia bayi lagi.
Pelakon popular Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar tak terkecuali telah menghantar anak sulung mereka, Wan Khair Amir belajar berenang sejak usia lima bulan lagi di sebuah pusat renang terlatih.
Dalam hantaran di laman Instagram, Mira berkongsi gelagat Amir yang sedang mengikuti kelas renang bersama mama dan papanya.
Dalam kapsyen hantaran tersebut menjelaskan Amir semakin bagus dalam pelajaran kayuh dan tendangan di dalam kolam renang.
Hari ini, saya semakin bagus belajar tendangan dan kayuhan. Yeay! Oh oh saya juga sudah boleh masukkan kepala dalam air sekarang!
Ads
Wajah comel Amir yang berani dan berkeyakinan semasa belajar berenang membuktikan beberapa tip dikongsi jurulatih berenang yang mengesyorkan ibu bapa untuk mengajar anak berenang seawal usia bawah enam bulan kerana pada usia ini bayi masih mempunyai refleks untuk menutup mulut saat berada di bawah air.
Refleks ini dinamakan sebagai Bradycardic Effect. Akibat refleks ini, bayi akan secara semula jadi menahan nafas dan membuka mata ketika berada di dalam air.
Selain daripada itu ketika usia bayi enam bulan, dia juga sudah ada kemahiran untuk mengangkat kepala.
Antara kebaikan berenang bagi bayi iaitu membantu perkembangan otak mereka kerana berenang merangsang kelima-lima deria (rasa, bau, sentuhan, penglihatan dan bunyi).
Ads
Tip Ajar Bayi Berenang
1. Mulakan Dengan Tab Mandi
Ini cara mudah untuk membuatkan bayi anda terbiasa dengan air. Duduk sekali dengannya untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyeronokkan.
2.Cari Masa Yang Tepat
Anda boleh mula memperkenalkan bayi anda kepada air seawal mungkin mengikut keselesaan anda, asalkan pusat perutnya atau kemaluannya (jika disunat), telah sembuh. Lebih awal anak anda bermula, lebih selesa dia berada dalam kolam renang.
Ads
3. Periksa Suhu Air
Bayi tidak dapat mengawal suhu badan mereka seperti orang dewasa, jadi suhu kolam yang selesa diperlukan untuk memastikan suhu badan mereka tidak terjejas.
4. Bina Hubungan Dengan Bayi
Anda atau orang dewasa lain harus sentiasa berada dalam air, memegang bayi anda. Bukan sahaja untuk keselamatan, memegang bayi anda secara kulit ke kulit dan berinteraksi dengannya di dalam air akan menguatkan ikatan dengan bayi.
5. Elakkan Pelampung
Pelampung air memberikan rasa selamat yang salah. Selain itu, pelampung juga memastikan bayi dalam kedudukan menegak, sedangkan kedudukan mendatarlah yang lebih baik untuk berenang.
Bekas ratu cantik Russia, Rihanna Oksana Petra berkongsi berita gembira apabila anak sulungnya, Ismail Leon akhirnya dapat bertutur dengan baik.
Sebelum ini Rihana pernah menyatakan rasa risau apabila anaknya, Ismail Leon masih belum dapat bertutur.
Akhirnya! Leon mula menyebut frasa pertamanya!
Saya sangat risau dengan kelewatan Leon untuk bercakap. Walaupun saya faham dia baru berusia 2 tahun dan terlalu awal untuk risau. Tetapi saya tetap berasa risau.
Oleh itu, kami ke kelas perkembangan terapi pertuturan. Guru kami, dia juga ahli terapi pertuturan dan mengatur kelas pengembangan pertuturan. Tambah pula Leon tinggal bersama neneknya kini dan disitu nampak ada kemajuan dalam pertuturan.
Rihana mengakui selepas anaknya menghadiri kelas pertuturan, Ismail mula menunjukkan tanda positif dalam pertuturan.
Leo mula membina frasa! Ya, sebahagian besarnya hanya orang yang dekat dengannya yang dapat memahaminya, tetapi dia boleh meminta sesuatu atau menjawab sesuatu.
Dengan penuh emosi, saya menyaksikan kemarin bagaimana dia berkomunikasi dengan rakan-rakan di luar rumah, bertanya “Bolehkah saya mengambilnya?” sebelum mengambil mainan orang lain .
Dia turut menasihati agar ibu bapa diluar sana mengambil tindakan pantas sekiranya melihat perkembangan anak tidak seiring usia.
Oleh itu, ibu-ibu yang dikasihi, jika anda bimbang tentang anak anda yang masih tidak boleh bercakap pada usia dua tahun, maka anda tidak seharusnya menunggu saja 🙏
Rihana Oksana Petra pernah mendirikan rumah tangga bersama Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan perkahwinan tersebut telah berakhir pada tahun 2019.
Kredit: Rihana Petra
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kadang-kadang bila kita suruh anak buat sesuatu dan anak tak nak atau susah nak buat apa yang kita suruh, sampai kita pula yang naik angin dan marah-marah, bebel kat anak….mungkin kita yang tak sedar satu perkara.
Ok berdasarkan perkongsian dari Dr Siti Ujila cara ibu bapa menyuruh antara salah satu sebab anak jadi susah nak ikut arahan.
Bila anak liat nak mengaji, mungkin kita yang tak perasan, cara kita semasa ajar anak mengaji garang mengalahkan guru disiplin dia kat sekolah.
Bila kita nak suruh anak lipat baju, bersihkan bilik, buang sampah dan anak muncung je mulut…mungkin kita tak sedar yang cara kita menyuruh anak itu yang buat mereka monyok.
Bahasa kita. Ayat kita. Nada kita. Memek muka kita.
Mungkin marah-marah, menyuruh macam big boss.
Kadang kita fikir anak degil, tak nak dengar cakap, tak nak ikut cara kita, tak nak buat apa yang kita mahu mereka buat…pernah tak kita fikir
“Mungkin cara aku yang salah”
Itulah kesilapan saya. Bila saya suruh anak macam saya ni ‘big boss’…monyok je muka dua beradik tu.
Tapi bila kena caranya…mereka sendiri akan suka buat apa yang saya suruh. Semua bergantung kepada kita sebagai ibu bapa.
Tak ada orang yang tak nak buat baik. Tak ada orang yang tak nak jadi baik.
Tapi mungkin cara kita yang tak kena…yang menjauhkan mereka dari kita.
Tegas memang perlu bila keadaan memerlukan. Tapi suasana yang menyeronokkan, membahagiakan, mendamaikan itu juga perlu. Bahkan sangat perlu dalam sesebuah keluarga.
Sumber: Dr Siti Ujila Official
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Allah itu adil! Di sebalik kekurangan pasti ada kelebihan yang Dia akan bagi pada seseorang itu. Hal ini dikongsi oleh pengguna Facebook Ruz Dyah, di mana dia berkongsi kemampuan anaknya untuk menulis tulisan jawi dengan sempurna dan kemas walaupun keadaan fizikal anaknya tidak begitu sempurna.
Menurutnya, anaknya yang bernama Muhammad Alif Firdaus itu menghidap penyakit Epidermolysis Bullosa iaitu salah satu penyakit kulit yang serius. Penyakit tersebut membuatkan jari jemari anaknya itu tidak terbentuk dengan sempurna di samping keadaan kulitnya yang mengelupas kemerah-merahan.
Kekurangan bukan penghalang
Alhamdulillah, dah masuk darjah 3 hero umi dan papa, cepat je masa berlalu. Syukur pada Mu ya Allah, Kau permudahkan segala urusan kami, walaupun terlalu banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa kami tempuhi.
Semangat adik yang terlalu kuat kadang-kadang membuatkn umi rasa terharu. Walaupun adik tak macam kanak-kanak lain tapi adik mampu berdikari, tak pernah merungut dan tetap bersemangat untuk mendapatkan ilmu.
Umi bangga dengan kekuatan yang Allah berikan pada adik, anugerah yang tak ternilai buat umi dan papa. Semoga tahun baru ni semangat adik bertambah kuat, ceria dan sentiasa tersenyum. Umi papa sayang adik dunia akhirat.
Menurut coretan si ibu, anaknya begitu semangat untuk menempuhi zaman bersekolah walau banyak dugaan yang menimpa mereka.
Kekuatan yang ada pada diri Aliff menjadi pembakar semangat buah ibu dan bapa untuk terus memberi sokongan penuh buat anaknya itu. Malah, anaknya itu sentiasa ceria dan tidak pernah merungut walaupun dia tidak seperti rakan-rakannya yang lain.
Tulisan kemas dan tersusun
Walaupun jari jemari adik tak sempurna seperti kanak-kanak lain tapi tulisan adik tetap cantik dan kemas, kalah abang dan kakak. Tulisan umi pun takleh secantik tulisan adik tau. Kalau ikutkan memang susah adik nak menulis disebabkan jari jemari adik yang dah melekat antara satu sama lain tapi adik tetap semangat. Semoga adik sntiasa dibawah lindungan Allah.
Bagaimanapun, anaknya tidak pernah mengalah untuk menjadi seperti kanak-kanak normal yang lain. Dia turut meluahkan rasa bangga dengan kelebihan anaknya yang mampu menulis ayat Al-Quran dengan baik walau dengan tangan tidak sempurna.
Anak pertama lambat nak bersalin, yang kedua pula lancar, mudah dan cepat. Betul ke? Sememangnya proses melahirkan bayi akan menjadi lebih cepat serta mudah untuk kelahiran kedua dan seterusnya.