Susu terkenal sebagai minuman sihat yang kaya dengan nutrien. Selain berkhasiat dalam membantu menguatkan tulang dan gigi, susu juga adalah minuman baik yang menyokong pergerakan otot, pembelajaran dan memori.
Pun begitu, kebanyakan ibu bapa berdepan dengan dilema dalam pemberian susu kepada kanak-kanak. Selepas diperkenalkan kepada makanan pejal, ada kanak-kanak yang berhenti mengambil susu kerana lebih tertarik kepada minuman lain. Dan, tidak dapat dinafikan juga, ada kanak-kanak yang gemar minum susu. Jadi, sebenarnya, berapa banyak susu yang perlu diberikan kepada kanak-kanak?
Berapa gelas susu yang diperlukan untuk kanak-kanak?
Ads
Susu merupakan sumber baik kalsium, vitamin D, dan protein. Meskipun susu diketahui merupakan minuman yang baik untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak, namun pengambilan susu untuk kanak-kanak ada hadnya; tidak boleh diambil berlebihan, dan juga tidak boleh terkurang.
Sebenarnya, jumlah pemberian susu untuk kanak-kanak adalah bergantung kepada peringkat usia mereka. Dalam lingkungan usia kanak-kanak, mereka disarankan untuk minum susu antara 2 dan 4 gelas setiap hari. Pengambilan susu meningkat terutama jika anak anda jenis yang tidak minum atau makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti yogurt, keju, dan susu.
Menurut kajian yang dilakukan di University of Toronto, biarpun susu baik untuk membina tulang, namun pengambilan susu yang berlebihan adalah tidak elok untuk tahap zat besi kanak-kanak. Ini kerana minum susu berlebihan boleh mengurangkan simpanan zat besi, sekali gus menyebabkan kanak-kanak cenderung mengalami kekurangan zat besi yang teruk.
Ads
American Academy of Pediatrics (AAP) menyarankan supaya kanak-kanak yang tidak minum empat cawan susu sehari mengambil suplemen vitamin D, bagi menggantikan kandungan vitamin D yang boleh didapati daripada susu. Walau bagaimanapun, saranan zat besi oleh AAP adalah kanak-kanak perlu minum hanya dua hingga tiga cawan susu sehari sahaja.
Berikut adalah saranan lazim pengambilan susu mengikut peringkat usia kanak-kanak:
2-8 tahun: minum 2 cawan susu setiap hari
9-18 tahun: minum 3 cawan susu setiap hari
Yang mana lebih baik? Susu rendah lemak atau susu penuh?
Ads
Pelbagai jenis susu yang terdapat di pasaran. Namun, yang mana satu terbaik untuk kanak-kanak? Ketahuinya jenis-jenis setiap susu dan kesesuaian pemberian kepada anak:
Susu penuh: Bukan semua kanak-kanak boleh diberikan susu jenis ini. Hal ini kerana, susu penuh mempunyai banyak lemak di dalamnya, berbanding dengan susu rendah-lemak dan susu tanpa-lemak. Kanak-kanak yang mengambil terlalu banyak susu penuh cenderung mendapat obesiti semasa alam kanak-kanak. Walau bagaimanapun, berikut merupakan antara golongan kanak-kanak yang perlu diberikan susu penuh:
Anak kecil yang berusia lebih setahun dan di bawah 2 tahun, yang tidak minum susu ibu
Kanak-kanak yang memilih makan (tetapi bukan kategori terlebih berat badan)
Susu rendah-lemak: AAP menyarankan semua kanak-kanak diberikan susu rendah lemak sebaik sahaja usia mereka dua tahun. Sesetengah bayi yang berusia antara 12 bulan dan 2 tahun perlu dikurangkan pengambilan lemak susu jika mereka sudah sedia terlebih berat badan, atau jika ada dalam kalangan ahli keluarga yang terlebih berat badan ataupun mempunyai kolesterol tinggi.
Hanis Zalikha masih dalam fasa berpantang bersalin anak keduanya. Namun ramai yang tertanya-tanya bagaimana selebriti ini boleh slim dalam masa yang singkat dan mempunyai perut yang rata.
Hanis yang melahirkan anak keduanya, Alisa Aisyah pada 24 Mei 2019 lalu berkongsi foto dirinya bersama suami, Hairul Azreen telah keluar berdua tanpa anak-anak untuk menonton teater. Hanis berkongsi sekeping foto bersama Hairul dengan kapsyen berikut;
“Bila Alisa bagi kita keluar rumah kejap, kita cari peluang tidur walaupun berdiri.”
Jika si comel anda sedang asyik menangis dan tiada tanda yang menunjukkannya akan berhenti, cuba dukung mereka dan lihat apa akan berlaku. Pasti sahaja bayi akan berhenti menangis serta-merta. Bukan? Ikuti artikel ini untuk mengetahui punca bayi berhenti menangis apabila didukung.
Mengapa bayi berhenti menangis apabila didukung?
Melalui sebuah kajian yang pernah dijalankan terhadap 12 bayi sihat yang dipasangkan electrocardiogram (ECG), perkara ini telah diteliti dengan lebih lanjut. Para pengkaji kemudiannya meletakkan bayi-bayi tersebut ke dalam beberapa posisi iaitu:
Bayi baring di atas katil
Bayi duduk di atas kerusi
Bayi didukung dan dibawa berjalan selama 30 saat
Keputusannya, bayi yang baring di atas katil dan bayi yang duduk di atas kerusi masih menangis manakala bayi yang didukung dan dibawa berjalan akan berhenti menangis dengan serta-merta. Bagi mengukuhkan lagi kajian ini, ECG yang dipasang pada bayi ketika kajian dijalankan juga menunjukkan bacaan kadar degupan jantung yang lebih tenang jika mereka didukung dan dibawa berjalan.
Ini menunjukkan bahawa bayi secara semula jadinya akan berasa lebih tenang jika berada dalam dakapan ibu bapa ketika didukung dan dibawa berjalan. Ini juga dipengaruhi oleh faktor degupan jantung bayi yang akan berkurangan secara mendadak apabila didukung oleh ibu bapa mereka sekali gus menyebabkan mereka berhenti menangis.
Walaupun situasi ini kelihatan seperti akan meletihkan ibu bapa, ia sebenarnya adalah satu ketentuan yang sangat menguntungkan individu yang bergelar manusia. Ini kerana respon ibu bapa yang akan mendukung bayi tatkala bayi menangis berkemungkinan dapat meningkatkan kebarangkalian bayi untuk terselamat dalam kes melarikan diri dalam situasi kecemasan.
Adakah terdapat penjelasan lain?
Ya, namun ia memerlukan kita untuk berfikir berjutatahun ke belakang. Pada zaman primitif, jika seseorang manusia itu ingin melarikan diri dari binatang buas, bayi yang didukung oleh mereka akan diam sahaja agar tidak menganggu ibu bapa yang sedang berlari. Pendek kata, ia merupakan proses survival untuk menyelamatkan diri mereka.
Namun begitu, ini hanya teori sahaja. Penjelasan yang tepat adalah bayi secara semula jadinya akan berhenti menangis dan berasa lebih tenang apabila didukung oleh individu yang paling mereka kenali dan percayai iaitu ibu bapa mereka kerana kadar degupan jantung bayi akan berkurangan secara mendadak.
Oleh itu, jika si comel anda menangis tidak berhenti, cuba dukung dan bawa mereka berjalan-jalan. Selepas itu, lihat sahaja senyuman mereka setelah berhenti menangis.
Mak-mak yang keletihan menguruskan anak dan rumahtangga pasti adakalanya kalah dengan tubuh sendiri yang terlampau penat. Demam urat biasanya buat ibu terbaring lemah dan lenguh seluruh badan.
Akibatnya bukan hanya tidak mampu berdiri kuat bahkan gagal menguruskan segalanya. Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar yang sering berkongsi tip cara alami turut berkongsi tip untuk mak-mak.
PETUA DEMAM URAT
Tanda demam nak menyinggah. Badan mula rasa sengal sengal. Sakit urat mula mengaduh sana sini.
Ini petua mudah buat teh untuk legakannya. Amal 1 hingga 2 kali dalam seminggu.
Bahan:
Serai
Halia
Daun pandan (nak bagi wangi)
Madu asli
Serai tu ketuk ketuk sikit. Dalam 2 batang. Halia sebesar ibu jari potong halus halus. Daun pandan sehelai dua ikat.
Rebus semua ni dalam periuk. Cukup untuk minum seorang. Bila dah sejuk sikit baru masukkan madu.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.