Berapa lama bayi saya nak kenyang bila menyusu badan? Bila dilepaskan menangis. Ini persoalan yang sering ditanya.
Sebenarnya pada awal-awal kelahiran bayi, ibu mesti selalu tertanya-tanya berapa lama masa untuk menyusukan bayi supaya rasa kenyang. Adakah bayi perlu menghisap kedua-dua belah payudara? Jadi berapa lama pula untuk bayi menyusu pada sebelah payudara sahaja?
Salah satu cara yang ibu boleh buat ialah susukan bayi mengikut selama mana yang bayi mahu sehingga bayi mendapat susu akhir(hindmilk) dan melepaskan sendiri payudara.
Biasanya bayi akan menghisap kedua-dua belah payudara sebelum tertidur. Tetapi ada bayi yang menghisap sebelah payudara sahaja. Biarkan bayi menyusu sebelah payudara sehingga kenyang terlebih dahulu sebelum dialihkan ke payudara sebelahnya.
Bagi first time mommies yang tiada pengalaman dan tak pasti berapa lama bayi perlu menyusu, digalakkan menyusu sebelah payudara selama 20 minit hingga 30 minit atau sehingga bayi melepaskan sendiri sebelum beralih ke payudara sebelahnya.
Pastikan bayi melekap pada payudara dengan betul untuk memastikan bayi mendapat susu.
Sekiranya bayi menolak payudara kedua, biarkan sahaja sekiranya bayi tertidur. Mulakan dengan payudara yang belum dihisap oleh bayi pada sesi penyusuan seterusnya.
Sekiranya payudara yang belum disusukan itu mula penuh dan mommies rasa tidak selesa, mommies disarankan untuk memerah susu itu dan disimpan.
Ada sesetengah bayi yang akan menghisap sebentar sahaja di satu-satu payudara dan kemudian melepaskannya. Untuk situasi seperti ini, mommies perlu membuatkan bayi sendawa terlebih dahulu dan kemudian biarkan bayi menghisap payudara yang sama sehingga bayi rasa kenyang.
Sumber: FEED by Ummi Najla
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI