Kita selalu memperkatakan mengenai besarnya tanggungjawab dan pengorbanan ibu. Namun jangan dilupakan jasa seorang bapa dan suami yang amat besar pengorbanannya dalam keluarga kecil kita.

Bukan hanya menyediakan segala keperluan buat isteri dan anak-anak, bahkan jangan kita pernah lupa, suamilah orang kuat yang membantu kita menguruskan anak ketika berpantang. Malah dia jugalah yang sama-sama bersengkang mata dengan kita mengasuh dan mendidik anak sebagai satu pasukan yang kuat. Jangan kita pernah lupa. Begitu yang dikongsikan oleh Yasmin Sari, Team Ibu Rose-Mesejnya Kasih.

Berapa Pun Suami Beri, Usah Merungut Tapi Bersyukur, Dia Jodoh Terbaik Kita!


TERLUPA PENGORBANAN SEORANG SUAMI

Tadi, lepas hantar anak ke sekolah, berhenti di lampu isyarat merah. Terpandang barisan penunggang motosikal kemas berjaket seperti ke tempat kerja. Rata-rata mereka adalah lelaki yang mungkin bergelar suami dan ayah.

Hati ni tetiba rasa sayu, memandang mereka. Keluarnya mereka dari rumah masing-masing demi memenuhi tanggungjawab untuk keluarga. Menyara keluarga, memastikan anak isteri hidup dalam keadaan sejahtera.

Berapa Pun Suami Beri, Usah Merungut Tapi Bersyukur, Dia Jodoh Terbaik Kita!

Terus mendoakan mereka dalam hati, “Ya Allah, ampunilah dosa mereka, angkatlah darjat mereka, murahkan rezeki mereka, kurniakanlah mereka keluarga yang bahagia, mawaddah wa rahmah, berikan mereka rezeki melimpah ruah yang penuh keberkatan.”
Terus air mata mengalir tanpa dipinta.

IKLAN

Ada antara mereka yang mungkin punya isteri bekerja dan ada yang isteri surirumah sepenuh masa. Mungkin dalam hati mereka ada pelbagai persoalan hidup.

Teringat pada suami min, yang satu masa dahulu dia pernah berulang-alik ke tempat kerja dengan motosikal sekitar perjalanan 45 minit-1 jam tiap kali pergi dan balik kerja. Panas, hujan perlu ditempuhi demi menyara kami anak beranak.

Teringat juga arwah ayah yang berhujan panas berniaga apam balik di pasar malam demi membesarkan min dan adik-adik. Jelas terbayang wajah penatnya, kedut diwajahnya masa pulang dari berniaga. Tapi, dia selalu senyum.

Kalau tanya, “Macamana niaga hari ni, ayah?”. Katanya mesti macam ni, ”Alhamdulillah, syukur”.

Tak pernah dia mengeluh walaupun jualannya banyak tak habis, walaupun, banyak tepung bancuhan yang terbuang sebab kurang orang membeli.

IKLAN

Berapa Pun Suami Beri, Usah Merungut Tapi Bersyukur, Dia Jodoh Terbaik Kita!

“Ya Allah, Kau ampunilah dosanya, angkatlah darjatnya dan jadikanlah kuburnya seperti taman-taman syurga.”

Kadang kita isteri, terlupa pengorbanan suami sebab merasa kita sudah banyak berkorban. Bersyukurlah kita yang masih punya suami. Itulah ladang pahala kita. Redha dia pada kita, InsyaAllah syurga rumah kita.

Berapa pun suami beri, usah merungut. Banyakkan bersyukur. Dia bukanlah manusia terhebat, tapi dialah jodoh terbaik untuk kita.

Berapa Pun Suami Beri, Usah Merungut Tapi Bersyukur, Dia Jodoh Terbaik Kita!

IKLAN

Sayangi dan hormati suami tanpa syarat. Tapi, ketaatan yang diberikan kepada suami kerana mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. InsyaAllah hidup akan bahagia.

Setiap kita ada takdirnya sendiri. Tanya Allah, apa yang sedang DIA sampaikan pada kita sekarang…

Didoakan semoga yang membaca posting ini dikurniakan hati yang tenang dan rumahtangga yang bahagia penuh kasih sayang.

Artikel berkaitan: Suami Pandang Isterinya Bagaikan Bidadari, Ini Rahsianya, Kena Buat Ni

Isteri Jangan Kedekut Doakan Suami, Itulah Sumber Utama Rezeki Meriah, Hidup Bahagia

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI