Pelakon, model dan juga ibu kepada dua anak lelaki, Anzalna Nasir nampaknya dah mula berkongsi gambar terbarunya selepas melahirkan cahaya mata kedua baru-baru ini.
Apa yang mencuri tumpuan adalah gambar terbaru itu sempena Hari Raya Qurban bersama anak sulungnya, Mohamad Eidrees yang kini mencecah usia 2 tahun.
Menerusi perkongsian terbaru Anzalna, dia mengakui berat badannya kini kembali kepada berat ideal selepas selesai pantang 44 hari bersalin bayi lelaki kedua, Mohamad Emirhan pada 20 Mei lalu.
“Selepas 44 hari berpantang Alhamdulillah dah turun berat badan back to normal.
Ads
“Selepas Aidiladha rasanya naik balik berat badan! Pi utagha mana boleh diet semua kasi hentam makan sampai pengsan!” tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata memuji penampilan finalis Dewi Remaja sezaman Neelofa dan ada yang berseloroh dengan Anzalna.
“Tertarik sungguh dengan gaya Anzalna 🤗”
“Cantikknnyyeee mommy”
Ads
“Tak apa jangan diet dulu. Baju still besar lagi tu. Muat lagi..”
Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Hanif Zaki pada 2016 sebelum mendapat anak sulung 3 tahun kemudiannya.
Hidup suami isteri ada indah dan sukarnya setiap hari. Namun bila kita berjaya menyempurnakan semua tanggungjawab dalam kehidupan kita dengan baik, tak kira suami atau isteri, semuanya terasa indah belaka. Malah perjalanan rumah tangga juga menjadi lebih aman bahagia.
Salah satunya adalah memberikan wang saku atau duit belanja pada isteri kita. Kita nampak tak penting tapi bagi isteri rasa teramatlah di hargai. Malah hati berbunga-bunga sepanjang hari walaupun jumlahnya tidaklah banyak. Banyak tak penting bagi isteri, rasa bahagia lebih diutamakan.
Ini yang dikongsikan oleh bapa ini, Firdaus Shakirin di facebooknya.
Duit belanja…
Kenapa perlu bagi duit belanja pada isteri? Duit belanja ni adalah sebagai upah untuk isteri setelah dia melakukan kerje-kerja rumah dimana bukanlah kewajipan isteri untuk melakukan kerja-kerja tersebut, tapi asbab disuruh suami dan dia taat kepada suami, maka dia buat kerja-kerja tersebut.
Gambar hiasan
Ketaatan kepada suami, ingin memudahkan urusan suami disamping ingin menjadi seorang isteri yang solehah.
Suami balik kerja, suami dah tak perlu buat kerja-kerja rumah sebab kerja-kerja tu dah dibuat oleh si isteri, suami bpleh terus rehat. S, suami tak payah buat terus la? Tanggungjawab tetap kena buat bila ada kelapangan dan masa untuk melakukannya.
Kalau isteri yang selalu buat, maka bagilah duit belanja, upah untuknya atas apa yang dibuatnya bagi pihak si suami. Duit belanja dan nafkah tak sama, perbelanjaan dapur, duit tambang anak, bil utiliti semua ni tak dikategorikan dalam duit belanja. Ini nafkah.
Duit belanja adalah untuk isteri, untuk dia gunakan beli apa yang dia inginkan yang selain daripada apa yang sepatutnya disediakan oleh seorang suami.
Contoh? Beli baja pokok, pasu, kelengkapan menjahit, acuan kek or kuih raya dan sebagainya.
Duit belanja ni sepenuhnya atas kemampuan suami, dan tiada nilai minimum yang patut diberikan kepada isteri. Bagi sekadar banyak mana yang ada, yang boleh bagi dan suami masih ada baki untuk kegunaan dirinya sendiri.
Buang duit tak bagi kat isteri? Rugi tak? Tak rugi dan bukan buang duit. Setiap satu sen yang dikeluarkan atau dibelanjakan untuk isteri, ada pahala disisi Allah s.w.t dan ianya akan menjadi asbab untuk kita diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dijauhkan dari bala bencana.
Tak percaya? Start esok, cuba bagi duit belanja kepada isteri.
Nota kaki : 3,4 hari sekali saya akan letak 50 untuk digunakan isteri. Tapi dia tak gunakan sampai hbis pun, dia akan simpan dan keluarkan bila suami dia tengah sesak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Adam Corrie Lee dan isteri, Fazima Fuad kini sedang berdebar menanti kehadiran cinta hati pertama mereka selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga. Harapannya adalah satu agar semuanya dapat mendoakan urusan kelahiran bayi ini dipermudahkan.
Melalui perkongsian Adam Corrie Lee, dia menyatakan isterinya dijangka akan melahirkan anak sulung mereka sekitar bulan Julai depan.
Sehingga kini pasangan ini masih merahsiakan jantina anaknya kepada umum dan tak menafikan perasaan teruja untuk memegang sendiri zuriat mereka.
Walaupun usia kandungan Fazima dah memasuki 36 minggu, Adam Corrie masih lagi membuat persiapan dengan membeli barangan bayi. Apa yang membuatkan peminat senang dengan sikap pasangan suami isteri ini, mereka tidak terlalu boros.
Mengambil pendekatan bersederhana, pasangan ini memberi keutamaan dengan membeli baju-baju terlebih dahulu. Manakala yang lain-lain dibeli mengikut keperluan semasa.
Selain itu, sama seperti ibu bapa lain, Adam Corrie dan Fazima juga tak melepaskan peluang untuk mengabadikan setiap momen bayinya sepanjang 9 bulan dalam kandungan.
Bak kata orang, bila dah ada anak apa sahaja aksi anak akan dirakam dan disimpan menjadi kenangan. Buat permulaan ini, mereka sama-sama membuat scrap book untuk menyimpan journey babynya bermula dari scan 2D hinggalah 6D. Seronok tengok kegembiraan pasangan ini.
Netizen juga turut memuji sikap Adam Corrie yang begitu menjaga perasaan isterinya sepanjang mengandung dan sentiasa mengingatkan bahawa hati wanita yang mengandung sangat sensitif.
Semoga urusan isteri Adam Corrie untuk melahirkan anak sulung dipermudahkan dan selamat kedua-duanya.
Sumber: Instagram Adam Corrie Lee
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Chef selebriti terkenal, Chef Wan menasihati orang ramai agar sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan terutama bagi golongan wanita.
Chef Wan atau mesra dengan nama singkatanya CW berkongsi gambar ketulan ketumbuhan yang diambil ketika pembedahan yang dilakukan pada ibunya dan dia berharap lebih ramai yang mempunyai kesedaran untuk melakukan saringan kesihatan seawal mungkin.
Tengok saiz ketumbuhan mak saya. Ini adalah antara salah satu bahagian besar dan terdapat juga beberapa ketumbuhan yang lebih kecil dari kelenjar limfa, juga di bawah ketiaknya. Dr Doreen sebagai pakar bedah yang terkenal datang berbincang dengan saya sebentar tadi untuk memeriksa ibu saya.
Dia berkata dia juga gementar dan perlu berhati-hati kerana ia terletak di sebelah rusuk tempat paru-paru. Terperangkap di sana.
Doktor: Saya terpaksa mengikisnya dengan berhati-hati dan mengeluarkannya. Jika kita telah menunggu dan ia masuk ke dalam paru-paru wah saya tidak tahu bagaimana untuk menyelamatkan nyawa ibu awak. Ini adalah izin dari Allah untuk membantunya.
Doktor: Saya kena jujur dengan anda CW. Walaupun kelenjar limfa di bawah lengannya, saya terpaksa mengambil dengan berhati-hati kerana ia melekat pada urat utama.
Sebarang kerosakan yang berlaku pada urat utama, ibu anda tidak akan dapat mengangkat tangannya.
Doktor: Jadi ia bukan satu pembedahan yang mudah untuk saya juga. Jadi kami semua bertuah kerana menyelamatkan ibu anda termasuk doa oleh ramai peminat ibu anda dimakbulkan oleh Allah.
Doktor: CW anda telah melakukan perkara yang betul.
Saya memeluk Dr Doreen dengan erat dan cuba untuk tidak menitiskan air mata saya. Alhamdulillah.
Saya berkongsi kepada anda sebahagian daripada sejarah ibu saya kerana saya mahu semua orang memahami bahaya kanser payudara yang menjejaskan begitu banyak kehidupan dan orang tersayang kita.
Lakukan mamogram, buat pemeriksaan, perhatikan diet dan gaya hidup anda. Jika anda menemuinya, dapatkan rawatan secepat mungkin.
Jangan tunggu sehingga terlambat. Saya membuat kesilapan dengan mendengar juga nasihat salah seorang doctor semasa pemeriksaan perubatan tahunan penuh ibu..
“Tidak perlu buat memmogram untuk ibu anda. Dia tua.. tidak perlu membazirkan wang untuk melakukannya.”
Ini nasihat beberapa tahun yang lalu. Lihatlah, Doktor juga boleh memberi anda nasihat yang salah!
Nota:
Mamografi (mamogram) adalah pengimejan sinar-X pada payudara dengan menggunakan sinar-X bertenaga rendah. Ia alat pemeriksaan untuk memeriksa payudara bagi pengesanan awal dan diagnostik jika wujud risiko kanser payudara.
American Cancer Society (ACS) mengesyorkan untuk mula menjalani mamografi atau berjumpa doktor berkaitan barah payudara kepada wanita:
Berumur 40-44 tahun: Mempunyai pilihan untuk memulakan pemeriksaan barah payudara tahunan dengan mamogram jika mahu melakukannya
Berusia 45-54 tahun: Harus menjalani pemeriksaan mamogram setiap tahun
Berumur 55 tahun ke atas: Boleh menjalani pemeriksaan mamografi sekali setahun atau 2 tahun sekali
Kebiasaannya, doktor tidak menyarankan pemeriksaan ini untuk wanita di bawah usia 40 tahun. Tetapi bagi wanita dengan mutasi yang dikenal pasti dalam gen barah payudara, perlu memulakan pemeriksaan seawal usia 25 tahun.
Doktor biasanya akan menasihatkan wanita hamil atau yang menyusu badan untuk melakukan kaedah pemeriksaan lain yang lebih selamat seperti imbasan ultrabunyi.
Seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan ramai kerana keberaniannya membuat aduan mengenai masalah tandas rosak di sekolahnya kepada PMX Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.