“Biarlah anak tengah selera nak makan” Selalu kita dengar ungkapan sebegini dari orang-orang tua kita bila mana kita larang anak dari makan banyak dan berlebih-lebihan. Hakikatnya kenaikan berat badan dan mencapai paras obesiti sebenarnya amatlah tidak sesuai untuk anak kita.
Paling terkesan pastinya tisu otaknya yang makin mengecut. Apa jadi kalau tisu otak anak mengecut? Inilah yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan.
Bila berat badan bertambah lebih dari paras normal, tisu otak anak akan makin mengecut.
Warna merah yang banyak, terang dan jelas dalam gambar sebelah kiri, itu untuk aktiviti otak yang normal. Sebaliknya pulak warna merah dalam gambar otak di sebelah kanan untuk anak yang obese.
Dopamin. Hormon yang mainkan peranan untuk kawal fungsi dan aktiviti otak. Dopamin yang cukup, sangat penting untuk kesihatan fizikal dan mental seorang anak.
Hormon ni akan rendah bila berat badan anak kita berlebihan. Otak tak dapat jalankan fungsi dengan baik, dan aktiviti otak akan menurun.
Anak nak kawal pergerakan pun dengan bantuan dopamin. Boleh bayangkan kalau dopamin rendah, signal lambat sampai, aktiviti anak akan jadi makin slow.
Hormon dopamin kalau rendah, boleh jugak tingkatkan risiko depression pada anak tau. Buat anak susah nak tidur pun ya jugak.
Ads
Sebab tu penting sangat kita jaga berat badan anak. Biar ideal. Tak nak overweight atau obese. Nanti akan bantutkan fungsi otak anak kita yang baru nak berkembang.
Kawan baik obesiti ada 2 je. Wajib korang elakkan 2 bahan ni kalau berat anak nampak macam tak boleh nak dikawal.
1. Karbohidrat – Gula, roti, nasi, kuih, kek, makanan bertepung, tak kisah gandum mahupun gluten free, ada yang masih tinggi dengan karbo contohnya tepung beras dan tepung kentang.
– Kurangkan sebanyak mungkin dari anak yang obese. Ini yang akan buat badan anak makin menaik. Nasi, bagi kuantiti yang anak perlu je, bukan selagi dia tak kenyang, kita biar anak makan. Bukan begitu tau.
2. Makanan ultra proses
– Paling perlu kita elakkan dari anak yang obese, sebab makanan macam ni bahan ramuannya bukan dalam kawalan kita.
Ads
– Biskut, roti, nugget, coklat, cereal, dan banyak lagi sampai tak tertulis kan. Kebanyakkan yang konsepnya makanan dalam pek, plastik, tin, dan disimpan pada suhu bilik hingga boleh bertahan 2 – 3 tahun, itu lah dia makanan ultra proses.
– Gula tinggi, transfat, pemanis tiruan seperti High Fructose Corn Syrup (HFCS), ini yang buat anak ketagih nak makan selalu dan buatkan dia susah nak dapat berat badan ideal.
Cukup je pantang dan kurangkan 2 bahan makanan ni. Cuba je dulu, 2 minggu. Hasilnya korang akan nampak sendiri. Berat badan anak confirm akan turun, dengan izinNya.
Tapi tulah, susah nak buat. Susah sangat. Kalau ada kemahuan yang jelas, kenapa nak anak dapat berat badan ideal, kenapa nak anak sihat, kenapa nak otak anak berfungi dengan baik, insyaAllah korang akan kuat untuk teruskan.
Ads
Kita yang anak berat ideal pulak, taknak lah beriya bagi anak ambil makanan ultra proses k. Makanan macam tu, memang kena elakkan jugak, tak kisah berapa berat pun anak kita. Tetap kena cuba elak sedaya mungkin. Tak ada yang baik pun kan dengan makanan macam tu.
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat!
Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuantiti makanan anak bukan ukuran untuk menilai bahawa anak sihat dan juga cukup nutrisinya. Tidak semestinya bayi perlu menghabiskan satu mangkuk puree. Dietitian, Puan Fizah Sobri berkongsi kuantiti yang betul mengikut tahap umur bayi tersebut.
KUANTITI BUKAN UKURAN
Salam mommies..Saya nak ingatkan lagi sekali ye; Kuantiti bukan ukuran anak makan sihat pada usia sebelum 8bulan!
Aim adalah untuk pengenalan tekstur lebih kepada kuantiti sebab diet kebanyakan masih dari susu baby; ❤Umur 6-8 bulan
perlu 1-3 sudu besar sahaja 2-3 kali sehari makan
❤Umur 9-12 bulan
boleh ambil 3-5 sudu besar 3-5 kali sehari makan (termasuk snek)
Saya melihat terlalu ramai mommies apabila mula sahaja pengenalan makanan pelengkap terus nak bagi sehingga satu mangkuk habis dan terus 3x sehari
Ini juga antara sebab bayi boleh jadi sembelit apabila memberi makanan pelengkap yang banyak dan terlalu kerap pada awal awal waktu
Usus bayi perlukan masa untuk biasakan diet baby yang baru..iaitu dari hanya mengambil susu selama 6 bulan kepada makanan yang pelbagai..
Bagilah masa…jangan banding anak anda dengan anak orang lain..sikit sikit bagi..sikit sikit naikkan..sikit sikit pengenalan kepada makanan lain..sabar ye mommies,tau excited tu.
Mommies juga jangan lupa fokus kepada perubahan tekstur makanan dari puree/kisar/cair kepada lenyek kepada cincang dan seterusnya makanan lembut
Ingat ye mommies fokus utama adalah untuk memperkenalkan tekstur serta makanan yang pelbagai kategori (karbohidrat,serat,protein)daripada kuantiti makanan
Jika anak mommies maintain kenaikan berat yang konsisten dan tidak jatuh ke line warna kuning mommies is doing a great job
Jangan stress ye..consistent..and keep up the healthy food intro
Malnutrisi ialah masalah kekurangan nutrien yang lazimnya berlaku kepada kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah. Penyusuan susu ibu diketahui dapat mencegah pelbagai masalah kesihatan dan kematian dalam kalangan bayi.
Mengikut kajian, bayi yang diberikan susu ibu sejak lahir kurang menghidap penyakit pada tahun pertama hayat mereka. Malah, bayi yang menyusu susu ibu juga kurang berisiko mendapat penyakit seperti cirit-birit, pneumonia, bronkitis, sembelit, jangkitan saluran kencing, ekzema dan masalah malnutrisi.
Malnutrisi atau kekurangan zat makanan adalah masalah yang lazim dialami oleh kanak-kanak. Namun, kebanyakan ibu bapa kurang sedar akan bahaya malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kekurangan nutrisi dianggarkan berkait dengan 2.7 juta kematian kanak-kanak setahun atau 45 peratus daripada semua penyebab kematian kanak-kanak.
Melihat kepada angka ini, tentunya ibu bapa perlu membuka mata dan mencari jalan bagi menangani masalah malnutrisi yang semakin pincang berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
Bagaimana penyusuan susu ibu boleh membendung malnutrisi kanak-kanak?
WHO dan Tabung Kanak-kanak Negara (UNICEF) menganggarkan lebih 800 ribu nyawa kanak-kanak di bawah usia lima tahun dapat diselamatkan setiap tahun sekiranya penyusuan susu ibu diberikan secara optimal.
Ini kerana, pemberian pemakanan yang optimal amat penting semasa dua tahun pertama hayat kanak-kanak bagi mengurangkan morbiditi dan kematian, mengurangkan risiko penyakit kronik, serta menggalakkan perkembangan dan tumbesaran yang sihat.
Konsultansi Pakar WHO telah mempertimbangkan bukti-bukti saintifik dan membuat kesimpulan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi bayi sejak lahir sehingga 6 bulan memberi pelbagai faedah kepada bayi dan ibu.
Pertubuhan ini juga menyarankan supaya penyusuan pertama dijalankan dalam tempoh satu jam pertama selepas bayi dilahirkan. Pengenalan kepada makanan pejal bermula semasa usia bayi enam bulan namun, amat disarankan supaya ibu meneruskan pemberian susu badan kepada si manja sehingga usia bayi dua tahun.
Apa yang ada dalam susu ibu?
Bermula lahir sehingga usia bayi enam bulan, ibu perlu menyusukan bayi secara eksklusif kerana susu ibu sudah cukup lengkap dan menepati keperluan nutrisi bayi. Eksklusif bermaksud bayi hanya diberikan susu badan sahaja dan tidak diberikan makanan atau minuman lain termasuk air. Penyusuan eksklusif ini memberi banyak manfaat kepada bayi dan ibu, termasuklah menyediakan perlindungan kepada jangkitan gastrousus.
Ibu baru bersalin disarankan untuk mula menyusukan bayi dalam tempoh satu jam selepas kelahiran bayi. Hal ini kerana, susu pertama yang keluar pada ibu adalah yang terbaik untuk si manja. Susu yang dikenali sebagai kolostrum ini telah mula dihasilkan pada hujung tempoh kehamilan dan merupakan makanan yang sempurna untuk bayi kerana mempunyai 400 jenis nutrien, hormon dan kuasa untuk melawan penyakit.
Malah, susu semula jadi ini juga mempunyai pelbagai ramuan penting untuk kesihatan bayi yang tidak boleh diperolehi dari mana-mana susu formula yang terdapat di pasaran. Penyusuan awal ini membantu melindungi bayi baru lahir daripada jangkitan dan mengurangkan risiko kematian bayi baru lahir.
Risiko kematian ini boleh terjadi disebabkan cirit-birit dan jangkitan lain yang boleh berlaku kepada bayi yang tidak diberikan susu badan sepenuhnya ataupun yang tidak diberikan susu ibu langsung.
Susu ibu juga merupakan sumber penting tenaga dan nutrien bagi bayi yang berusia 6-23 bulan. Susu ibu menawarkan separuh atau lebih tenaga yang diperlukan oleh bayi berusia 6-12 bulan, dan satu pertiga keperluan tenaga untuk bayi 12-24 bulan. Susu ibu ini juga menjadi sumber kritikal tenaga dan nutrien semasa sakit, dan mengurangkan kadar kematian di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan zat makanan.
Justeru, pemberian susu ibu yang optimum merupakan pencegahan awal kepada masalah malnutrisi kanak-kanak, selain memberikan kesan positif sepanjang hayat terhadap kanak-kanak dan ibu.
Memang susah bila anak tak mahu makan tapi tak semestinya kita cari makanan paling mudah dan senang sedia setiap hari untuk anak. Sosej, nugget dan sebagainya amatlah tidak sihat untuk anak kita.
Mengapa? Ini yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan. Berpada-pada nak berikan pada anak. Kita cuba pelbagaikan.
Elakkan bagi makanan frozen sosej, nugget, meatball, burger setiap hari untuk anak, jika kita tak dapat cari pilihan yang lebih baik untuk mereka.
Seminggu satu hari makan, mungkin takde apa-apa kesan. Tapi kalau tiga empat hari dalam seminggu anak dijamu dengan hidangan macam ni, banyak masalah kesihatan akan timbul di kemudian hari.
Dalam makanan frozen tinggi proses, selain dari pengguna garam dan MSG yang tinggi, kandungan nitrite dan nitrate sebagai pengawet pun tak kurang hebatnya.
Nitrite dan nitrate berlebihan, akan hasilkan N-Nitroso, yang mana akan rosakkan sel di lapisan usus, dan boleh tingkatkan risiko kanser usus.
Pengawet macam ni diguna atas 3 sebab;
1. Makin tinggi proses satu makanan, makin hilang zat warna rupa bentuk asal. Maka pengawet digunakan untuk kekalkan warna pada makanan tu.
2. Bantutkan oksidasi lemak yang akan buat makanan rasa tengik, maka rasa yang sedap masih dapat dikekalkan. Pengawet macam ni lah diguna untuk kekalkan rasa pada makanan.
3. Elakkan pertumbuhan bakteria dan sebagai penambah rasa.
Nampak remeh je kan, alah pengawet je pun.
Tapi, tanpa kita sedar anak makan 4 kali seminggu, pelbagai jenis daging tinggi proses, tak boleh bayang apa akan jadi kat anak 10 tahun akan datang.
Isnin spagheti meatball.
Selasa bihun goreng.
Rabu sandwich chicken slice.
Khamis nasi goreng.
Jumaat pizza topping sosej.
Sabtu mee sup.
Ahad steamboat banyak bebola tinggi proses.
Kita tak perasan banyak hari sebenarnya anak dah ambil makanan frozen tinggi proses. Anak suka, sebab sedap. Kita pun suka, sebab mudah, siap sedia tinggal nak goreng dan makan terus je.
Tapi yang mudah itu, tak semuanya baik untuk anak kita kan.
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!