Chef Adam atau lebih dikenali sebagai Adamdidam yang berusia 29 tahun meninggal dunia akibat masalah jangkitan paru-paru bulan lalu. Arwah Chef Adam sangat rapat dengan anak-anak saudaranya iaitu Omar, Fatimah, Ali yang pernah viral kerana kepetahanya bertutur dalam dialek kelantan walaupun menetap di United Kingdom.
Menerusi posting terbaru The Family UK milik ibu bapa Fatimah yang juga abang kepada arwah Chef Adam memberitahu bahawa Fatimah kehilangan berat badan setelah bapa saudara kesayanganya pergi buat selamanya.
Namun begitu, mereka tetap memberikan semangat kepada Fatimah untuk menempuhi saat sukar ini. Chef Adam pernah berpisahan sementara pada tahun lepas untuk pulang ke Malaysia yang membuatkan Fatimah dan Ali sangat sedih sehingga jatuh sakit.
Kesayangan Mamajee…
She has lost a bit of weight. She is still struggling to cope with the loss of her Mamajee. But don’t worry, we’re all trying our best to bring this strong girl back to her normal cheerful self! Time will slowly heal her wound, InshaAllah. Please kindly keep Fatimah in your prayers.
Terjemahan:
Kesayangan Mamajee …
Fatimah telah kehilangan sedikit berat. Dia masih bergelut untuk mengatasi kehilangan Mamajee. Tetapi jangan risau, kami semua berusaha sebaik-baiknya untuk membuatkan Fatimah yang kuat ini kembali kepada diri sendiri yang ceria! Masa perlahan-lahan akan menyembuhkan lukanya, InshaAllah. Mohon maafkan Fatimah dalam doa anda.
Rata-rata netizen sangat kasihankan Fatimah dan Ali kerana mereka berdua sangat rapat dengan arwah Adam. Netizen mendoakan keluarga ini terus kuat dan bersabar.
Sumber: TheFamilyUK