Setiap perkahwinan pastinya mengharapkan kehadiran anak sebagai pelengkap hidup. Namun andai kata Allah uji, itu tandanya DIA sayang kita. Sama ada cepat atau lambat kehadiran anak dalam hidup, semua tu rezeki Allah.
Kisah yang dikongsikan oleh Puan Miza Tumiran mengenai penantiannya untuk mendapat anak benar-benar buatkan sesiapa pun rasa sebak. Bayangkan selama 7 tahun menunggu nikmat untuk mengandung tetapi dalam masa sama diuji pula dengan sakit gout dan perubahan hormon dalam badan.
Menurut Miza, sebagai wanita hamil alahan macam biasa tetap dialami juga. Contohnya seperti muntah-muntah, tak boleh bau masakan. Bagaimanapun, yang paling mencabar waktu tu juga saya kena pilih antara anak atau makan ubat gout.
“Ini kerana pain killer untuk gout ni agak kuat dosnya sehingga boleh menyebabkan keguguran. Namun disebabkan saya dan suami memang dah lama menunggu kehadiran zuriat sendiri, saya pilih untuk makan panadol dan menanggung sakit gout. Lagipun 7 tahun bukan tempoh yang singkat.
“Sepanjang tempoh kehamilan ini, walaupun sangat mencabar, saya mampu harunginya dengan sabar. Bayangkan dengan berat saya waktu hamil tu hampir cecah 90 kilogram, suami sanggup dukung saya Naik sampai ke tingkat lima kerana waktu tu diuji juga dengan sakit gout.
“Bukan itu saja, ketika saya nak balik kampung, datang sakit gout. Waktu tu berhenti sekejap di R&R sebab nak ke toilet. Saya cuba jalan sendiri pakai tongkat, tapi tak boleh. Akhir sekali, suami yang dukung saya masuk dalam tandas sekali. Risau saya jatuh dalam tandas.
“Sampai sekarang saya rasa sangat-sangat terharu dan cukup berterima kasih padanya kerana sanggup buat apa saja. Tanpa sokongan suami, tak mungkin saya kuat sehinggalah melahirkan anak,” kongsinya.
Tambah Miza lagi, sepanjang kehamilan itu juga, perubahan hormon turut membuatkan seluruh badannya berubah. Bermula kandungan 3 bulan, muka mula berubah perlahan-lahan. Dengan hanya jerawat di muka, lepas tu ada pula di belakang badan serta semua bahagian pelipat jadi hitam.
Ads
“Selepas itu, kulit muka dah mula gelap, hidung pun mengembang. Jika orang yang biasa tengok saya sebelum tu, akan terkejut jugalah. Sebab muka memang berubah terus. Sampai ada yang tak kenal saya. Waktu tu rasa down sekejap. Namun dalam waktu itu, suami tetap jaga hati saya dan sentiasa puji cantik.
“Walaubagaimanapun, perubahan muka ni semua ok lepas 3 bulan melahirkan anak, kecuali jerawat. Ambil masa juga dan parut jerawat sampai sekarang ada tapi alhamdulillah masalah tu makin baik.
“Kalau dikira-kira, dalam setahun jugalah untuk recover dan umur anak sekarang pun dah setahun 3 bulan,” katanya.
Ads
Sebagai seorang isteri yang melalui pengalaman macam ni sepanjang mengandung, Miza beritahu, percayalah Allah uji sebab dia sayang dan tahu kita kuat laluinya. Setiap orang ujiannya lain-lain.
“Jika kita yakin dan reda, setiap apa yang kita rasa susah, di penghujungnya pasti terselit kemanisan. Percayalah! Peranan suami pun sangat besar waktu ini kerana tanpa sokongan pasti emosi isteri pun cepat rasa down.
Ibaratnya orang kata susah sama-sama susah, senang sama-sama senang. Dia adalah seorang suami dan ayah yang terbaik untuk keluarga kecil kami, alhamdulillah,” akhiri Miza.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malam semalam kita dikejutkan dengan berita banjir yang berlaku di negeri-negeri sebelah pantai timur. Malah ada mangsa terperangkap banjir antaranya ibu hamil yang sarat menunggu hari bersalin.
Menurut penjelasan Dr Muhammad Izzat, ibu-ibu yang sedang menanti hari mahu bersalin, mereka perlu menyimpan segala kelengkapan bersalin di tempat yang mudah untuk dicapai.
PAKAR KONGSI 5 TIPS UNTUK IBU HAMIL MENGHADAPI BANJIR
1. Ibu hamil yang menanti saat bersalin, sediakan dan simpan kelengkapan bersalin dan barang-barang untuk anak yang bakal lahir di tempat yang mudah dicapai.
Lebih baik jika tempat tinggal semasa banjir berada berdekatan dengan hospital atau di luar kawasan banjir, sama ada di rumah saudara, hotel dan seumpamanya, senang untuk pergi hospital pada saat memerlukan.
2. Pastikan dokumen-dokumen penting seperti mykad, buku antenatal( buku pink) , sijil nikah, dan lain-lain dokumen penting dibawa bersama untuk kegunaan dan rujukan semasa bersalin.
Dapatkan nombor telefon bagi klinik, hospital dan orang yang boleh dihubungi ketika berlaku kecemasan. Bagi ibu hamil yang belum lagi dekat dengan tempoh untuk bersalin, kenal pasti tempat tinggal, pusat pemindahan atau rumah saudara yang selamat dan sehampir mungkin dengan bantuan jika berlaku kecemasan.
3. Jangkitan penyakit bawaan air adalah suatu kebiasaan semasa dan selepas musim banjir. Air banjir mengandungi banyak jenis kuman (virus, bakteria,kulat dan parasit ) akibat bercampur dengan air kotor dan air kumbahan.
Kehamilan sendiri meningkatkan risiko ibu hamil mendapat penyakit bawaan air seperti taun, kencing tikus dan seumpama dengannya. Dapatkan rawatan segera jika berasa tidak sihat.
4. Lindungi diri dari kecederaan. Kadang-kadang air banjir terdapat kaca, kayu, serpihan barangan tajam. Berhati-hati jika perlu meredah banjir. Gunakan kayu atau apa-apa objek jika anda ingin mengalihkan sebarang halangan di sekitar kawasan rumah bagi mengelakkan serpihan tajam dan ancaman binatang berbisa.
5. Air banjir atau air bertakung menggalakkan pembiakan nyamuk, sekaligus boleh menyebabkan wabak denggi. Jangkitan denggi pada wanita hamil jika tidak dikenalpasti dengan segera dan dirawat boleh menyebabkan kesihatan ibu menjadi merundum dan boleh membawa maut. Jika ibu hamil demam, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Saya doakan semua mak-mak mengandung yang terlibat dengan banjir sentiasa dalam perlindungan Allah. Ya Allah, turunkanlah kami hujan yang bermanfaat.
Dugaan dan masalah ketika hamil itu adalah lumrah buat ibu-ibu yang sedang melaluinya. Namun itu semua pengalaman berharga untuk ditempuh sekaligus dapat berkongsi dengan ibu hamil lain yang mungkin mengalami nasib yang sama.
Pelakon Yana Samsudin yang sedang sarat hamil anak kedua memaklumkan bahawa dia sedang alami masalah bacaan Hemoglobin darah (HB) rendah semasa membuat pemeriksaan berkala untuk kandungannya baru-baru ini.
Rentetan daripada masalah tersebut, isteri kepada penerbit, Fadzil Zahari ini menyatakan dia perlu mendapatkan keperluan zat besi yang cukup bagi memastikan bacaan darahnya kembali normal sebelum bersalin kira-kira tiga minggu lagi.
“Pada awal kehamilan, zat besi saya terlalu tinggi. Tiba-tiba sudah hujung-hujung tiga minggu sebelum due (tarikh jangkaan bersalin), zat besi rendah, HB (hemoglobin darah) rendah 9.9,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Dalam entri tersebut Yana berkongsi gambar dirinya ketika sedang menjalani rawatan drip untuk meningkatkan bacaan keperluan zat dalam badannya.
Katanya, itu merupakan pilihan yang terbaik dalam memastikan bacaan zat dan darahnya kembali stabil dalam tempoh yang singkat.
“Jadi, saya ambil drip multivitamin untuk rangsang vitamin D dan zat besi. Alhamdulillah kekal semula.
“Drip adalah alternatif paling cepat nak naikkan terus masuk dalam badan sebab dah nak due,” katanya.
Jelas Yana lagi, sebenarnya dia juga merupakan seorang yang mengamalkan pengambilan makanan tambahan sebelum ini.
Bagaimanapun, cara pemakanan yang salah menyebabkan dirinya tidak mendapat keperluan secukupnya.
“Selama ini memang makan multivitamin tapi tak perasan sebab mungkin makan ubat cara yang salah telah menghalang vitamin tu serap dalam darah.
“Jadi, kalau anda sedang ambil ubat atau makanan tambahan, tolong jarakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi atau susu lebih kurang dua jam sebelum dan selepas makan ubat, moga bermanfaat,” nasihatnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasangan selebriti Nadzmi Adhwa dan isterinya, Ardell Aryana memang diketahui umum sering melakukan kerja-kerja amal dan misi kemanusiaan. Dalam satu posting Nadzmi di Instagram, dia berkongsi tentang keadaan terkini kandungan isteri tercinta yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.
Kelihatan Nadzmi tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka dalam tempoh hanya beberapa minggu lagi.
Dalam perkongsian tersebut, Ardell dan Nadzmi bergambar bersama doktor yang dikenali sebagai Doktor Kam. Menurut Nadzmi kandungan isterinya itu berada dalam keadaan baik. Anak dalam kandungan isteri berada dalam keadaan sihat, kuat seperti ibunya.
Dalam perkongsian tersebut juga, Nadzmi menyatakan akan menyambung hantar bantuan. Bagi yang memerlukan, boleh DM kepada mereka berdua. Tiada balasan yang diharapkan, hanya mahu dititipkan doa buat mereka berdua.
Insyaallah another few more week to go 🥰 Doctor kata baby sihat , kuat macam umie dia semoga jadi anak soleh atau solehah. Aamiinn Thankyou Doctor Kam 🤲🏻❤️ Alhamdulillah🤲🏻🥰 Lepasni terus kami nak sambung hanta bantuan. Esok ke Kuala Selangor. Ada yang memerlukan DM kami tau 😊 Doakan kami ya 😘 #AdhwArdell
Dalam posting sebelumnya, Nadzmi memaklumkan dia dan isteri ada menghulurkan bantuan bagi yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga penguatkuasaan.
Difahamkan usia kandungan Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Binti Mohd Amin kini sudah 8 bulan.
Semoga segala urusan pasangan ini dipermudahkan Allah. Walau tengah sarat mengandung, Ardell tetap kuat untuk turun bersama suami tercinta menghulurkan bantuan pada yang memerlukan. Selamat bersalin untuk Ardel dan moga semuanya berjalan lancar.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.