“Berat Hati Meninggalkan Isteri Kesayanganku”. Ustazah Shadiya Abbas Meninggal Dunia

Share

Siapa tidak kenal Ustazah Shadiya Abbas yang terkenal sebagai pendakwah dan sentiasa aktif melakukan program-program amal bersama suaminya. Namun pemergiannya secara mengejut jam 5.05 pagi (5 April) benar-benar dirasai oleh semua.

Menerusi perkongsian di Facebook suami arwah, Ustaz MK Azman, beliau memaklumkan jenazah arwah kini berada di Hospital Sungai Buloh untuk beberapa prosedur sebelum ditentukan bagaimana dan di mana akan dikebumikan.

Meninggal sebab sesak nafas

Innalillahi wainna ilahi rojiun..

Dukacita dimaklumkan isteri kesayanganku Shadiya Abbas baru disahkan telah meninggal dunia jam 5.05am sbb sesak nafas (asma).

Terpaksa buat ujian Covid untuk pastikan positif atau tidak

“Berat hati nak meninggalkan guru, teman, buah hati saya di Hospital Sungai Buloh ini. Oleh kerana kematian musim Covid, pihak hospital terpaksa buat ujian sama ada arwah buah hati saya positif atau tidak. Saya perlu tunggu 24 jam untuk dapatkan result tersebut, bermakna esok bagi jenazah akan ditentukan bagaimana dan di mana akan dikebumikan.

Jadi jenazah akan disimpan dahulu di Hospital Sungai Buloh. Insya Allah saya kuat kecuali jika anda call saya. Doakan yea sahabat² sekalian..

Sementara itu, menerusi perkongsian dari teman seperjuangan arwah ramai yang terkejut dengan pemergian pejuang Islam ini tanpa sebarang tanda.

Moga Allah kurniakan Syurga Firdaus

Semoga ditempatkan bersama mujahidah

Sempat sambut ulang tahun perkahwinan ke-17

Apa yang cukup menyentuh perasaan, nukilan oleh Ustaz MK Azman sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17 tahun pada 30 Mac lalu adalah yang terakhir untuk arwah Ustazah Shadiya.

Pemergian arwah pasti akan dirasai oleh ketiga-tiga anak arwah yang masih kecil dan belum puas bermanja lagi. Difahamkan anaknya yang ketiga paling rapat dengan arwah ustazah.

“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..”

Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga Ustazah Shadiya Abbas.

Sumber: FB Ustaz MK Azman

 

 

Published by
Wan Amy