Kehamilan

“Berat Naik Agak Banyak & Tak Boleh Ambil Makanan Pedas”, Datuk Siti Akui Hamil Anak Lelaki Berbeza!

Share

Penangan mengandungkan anak lelaki, penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza mengakui kehamilannya kali ini agak berbeza daripada sebelumnya.

Kata Datuk Siti, berbanding ketika mengandungkan Aafiyah dahulu, kali ini dia langsung tidak boleh makan makanan yang pedas pada kandungan keduanya kali ini.

Malah menerusi satu sesi temubual bersama media dalam sidang media alam maya di GoShop, Datuk Siti turut menyatakan beratnya naik mendadak.

“Saya tak mengidam macam-macam kerana saya tak boleh ambil makanan pedas. Sedih jugaklah kerana saya memang peminat makanan pedas.

Jadi kebanyakkan makanan saya hanyalah sup dan masakan kampung yang ringkas sahaja,” kongsinya.

Menurut perkongsian Datuk Siti, dia akan mengalami ‘heart burn’ yang teruk jika mengambil makanan pedas. Jadi mengelakkan makanan ini adalah jalan terbaik untuk membuatkan dia lebih selesa.

“Saya akan mengalami ‘heart burn’ yang teruk jika mengambil makanan pedas. Jadi terpaksalah elakkan makanan sebegitu,”kongsinya lagi.

Pun begitu kata Siti lagi, kehamilan anak lelaki kali ini makin terasa penatnya. Malah katanya lagi, banyak simptom ibu hamil yang lebih dirasainya kini.

“Hamil anak lelaki ni pula bezanya saya lebih penat dan banyak simptom ibu hamil saya lebih terasa kini.

“Selain itu perut saya kini juga lebih besar dan berat naik agak banyak berbanding hamilkan Aafiyah dahulu,” katanya lagi.

Kongsi Siti lagi, sejak hamil anak kedua ini, dia jarang masuk ke dapur kerana alah dengan bau-bauan tumisan dan bergoreng.

“Masa awal-awal trimester pertama, saya memang jarang masuk dapur. Saya akan loya bila bau minyak atau masakan bergoreng.

” Tapi sekarang bila dah masuk trimester ketiga ni saya dah mula masuk dapur semula untuk sediakan makanan Aafiyah dan masak untuk suami jika dia teringin nak makan makanan saya sekali sekala,” kongsinya lagi.

Siti mengumumkan kehamilan keduanya pada Disember lalu dan dijangka melahirkan bayi lelakinya itu pada April ini. Semoga dipermudahkan segalanya kelak.

Artikel berkaitan: Gagal Tu Banyak Kali, Menangis Selepas Disahkan Hamil Lagi, Siti Nurhaliza Kongsi Perjalanan IVF

Alhamdulillah Lengkap Sepasang, Siti Umum Bakal Dapat Anak Lelaki, Pilih Nama Bermula Muhammad A

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM