Anak kurang berat badan berpunca daripada banyak sebab. Ada yang makan banyak pun tapi berat tetap tak naik.
Secara asasnya, adalah lebih baik jika kita dapat menumpukan kepada perubahan tingkah laku pemakanan kanak-kanak secara beransur-ansur dan menambah lebih kalori dalam diet harian mereka. Di sini ada beberapa petua untuk ibu bapa yang berasa risau tentang anak mereka yang kurang berat badan.
Fahami punca-puncanya
Berikut adalah antara sebab-sebab biasa yang menyukarkan kanak-kanak untuk mendapatkan berat badan ideal:
Isu hormon atau metabolisma
Penggunaan ubat- ubatan
Terlebih aktif yang boleh membakar kalori lebih daripada biasa
Alergi terhadap makanan
Tekanan psikologi daripada rakan-rakan sekeliling
Ibu bapa disarankan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kanak-kanak. Jangan ragu-ragu untuk bertanyakan sebarang soalan atau kebimbangan untuk pemahaman yang terbaik tentang keadaan anak-anak anda. Memandangkan punca-punca boleh berlaku daripada ubat atau alergik kepada makanan, pakar kanak-kanak adalah orang yang boleh memberi diagnosis dan rawatan yang betul.
Ads
Ubah gaya pemakanan
Ibu bapa seharusnya memberi makanan dengan lebih kerap kepada anak mereka yang kurang berat badan. Sesetengah kanak-kanak mempunyai saiz perut yang kecil, jadi mereka perlu mengambil masa untuk menghabiskan sesuatu makanan sebelum boleh makan makanan yang lain. Oleh itu, anda boleh cuba berikan 5 atau 6 hidangan makanan sehari dan tambah sedikit snek di antara setiap hidangan makanan. Ibu bapa juga seharusnya perlu menekankan kepada kepentingan jadual waktu makan. Kekalkan ia pada suatu tujuan khusus dalam sehari dan beritahu anak anda kepentingan pengambilan makanan yang sihat supaya mereka seronok mengambil makanan tersebut.
Berbanding memaksa kanak-kanak untuk meninggalkan gaya pemakanan yang tidak sihat, ibu bapa seharusnya cuba untuk menjadi contoh teladan yang baik buat anak mereka. Kanak-kanak selalunya akan meniru perbuatan ibu bapa mereka. Jadi, amalkan pengambilan makanan yang sihat dengan memasukkan makanan-makanan seperti buah-buahan dan makanan yang kaya dengan nutrisi dalam diet harian keluarga. Elakkan juga makan makanan segera.
Ads
Pilih makanan yang kaya dengan kalori dan nutrisi
Biskut, snek dan makanan ringan hanya kaya dengan kalori. Ianya tidak membekalkan sebarang vitamin yang sihat dan nutrisi kepada tubuh badan anak anda. Justeru itu, amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan kedua-dua kalori serta nutrisi, seperti berikut:
Ads
Mentega yang bersusu
Susu dan krim
Telur
Pisang
Avokado
Daging
Kentang
Buah-buahan tropika
Pilih snek dengan bijak kerana kanak-kanak kurang berat selalunya cepat berasa lapar. Mereka memerlukan jumlah kebiasaan untuk snek yang sihat seperti kekacang dan buah-buahan kering, fit bar atau bijirin penuh gandum.
Tambah lebih kalori dalam makanan
Keju dan susu sering menjadi pilihan yang terbaik untuk meningkatkan tahap kalori dan nutrisi anak. Ibu bapa seharusnya cuba untuk membuat pelbagai jenis makanan dan minuman untuk menukar cita rasa anak-anak mereka. Taburkan keju pada sebarang makanan, tambah susu ke dalam sup atau buatkan semangkuk sup berkrim untuk anak-anak anda. Langkah ini sepatutnya dilakukan secara perlahan-lahan atau kanak-kanak akan berasa tidak selesa dengan perubahan yang boleh membawa kepada kesan yang sebaliknya.
Perasan tak bila kita bawa anak ke kedai, pantang dia nampak sticker mesti minta kita belikan. Pelik juga kan, suka sangat dengan sticker. Main tampal sana-sini, buat bersepah rumah saja. Sebab itulah, kita ‘liat’ nak belikan bila anak minta sticker.
Kalau dapat main sticker, habis satu rumah dihiasnya! Jangan pula kita marahkan anak, kerana rupa-rupanya banyak manfaat apabila anak bermain tampal-tampal sticker.
Ikuti perkongsian dari seorang ibu, Wan Nur Syakira akan kebaikan aktiviti ini;
AKTIVITI ANAK-ANAK MENGGUNAKAN STICKER
Hari tu , ke kedai buku, belikan sedikit bahan nak buat aktiviti dengan anak-anak. Sticker antara favourite item bila buat aktiviti. Banyak boleh dibuat.
Ini antara aktiviti yang kami buat minggu ini.
1. Belajar bentuk dengan sticker.
Lukis bentuk dan ajak anak lekatkan sticker pada garisan bentuk itu. Adam suka sangat main yang ni. Boleh fokus lama.
2.Cabut sticker dan letak dalam bentuk yang dilukis.
Untuk Yusuf, yang umur 20 bulan, saya ajak dia main letak sticker dalam bulatan.
Nak latih kemahiran motor halus, bukan senang bagi kanak-kanak nak cabut sticker dari kertasnya. Perlukan fokus dan kemahiran motor halus yang baik.
3. Cabut sticker yang diletak pada anggota badan.
Adam dan Yusuf teruja dapat main ini. Main cabut-cabut sticker dekat badan.
4. Belajar nombor.
Buat kepala ulat. Minta anak lekatkan sticker untuk bentukkan badan ulat . Lekatkan sticker mengikut nombor.
Kalau pergi kedai, bolehlah borong sticker banyak-banyak. Nak lebih mudah, beli saja di SINI
Selamat beraktiviti dengan anak!
Jom tengok aktiviti tampal sticker ibu ini dan anaknya!
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Digigit anak semasa menyusukan bukan sesuatu yang menyeronokkan bagi ibu. Ia amat menyakitkan. Tapi kuatnya semangat Ameera Zaini, masih mampu berikan susu ibu buat buat hatinya Mateen.
Anak lelakinya, Mateen, 1 tahun 7 bulan mungkin secara tidak sengaja menggigit semasa menyusu. Tetapi bagi ibu-ibu ia tentulah amat menyakitkan dan kepada Ameera, ia menyebabkan payudaranya terhiris luka.
Ameera berkongsi perihal ini menerusi IG story beliau.
KENA GIGIT SAMPAI BERDARAH
LUKA TERBELAH DAN BERDARAH
Ameera ke klinik kerana luka sudah membengkak. Dia juga demam akibat gigitan ini dan doktor mengesahkan dia mengalami mastitis iaitu radang susu.
TETAP BERIKAN SEBELAH SAHAJA
Oleh kerana ia sudah bernanah, doktor menasihatkan Ameera supaya mengepam keluar susu tetapi tidak boleh berikan kepada anak. Bagaimana pun, Ameera tetap memberikan susu ibu daripada sebelah lagi payudara kerana Mateen tetap nak mommy!
TERPAKSA PAM KELUAR SUSU
Ameera juga terpaksa mengepam keluar susu untuk mengelakkan ketidakselesaan dan kesakitan akibat bengkak yang dialaminya.
Di samping itu, Ameera juga menunjukkan kesan gigitan Mateen pada sebiji oren bagi menggambarkan betapa sakitnya gigitan tersebut. Dalam juga gigitan pada buah oren itu! Kentalnya semangat ibu muda ini, masih meneruskan penyusuan pada sebelah lagi payudara.
“Anak nakal tu,mesti mak ayah tak ajar anak”. Sikap anak kecil yang susah mendengar kata sememangnya menyebabkan ibu bapa hilang kesabaran, naik darah dan geram. Justeru, perkongsian penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek untuk ibu bapa mendidik dan mentarbiah anak-anak dengan cara betul supaya beroleh anak yang soleh dan solehah.
Di zaman yang serba canggih, cara didikan kepada anak-anak adalah berbeza dengan cara didikan dahulu. Semua ibu ayah sentiasa mendoakan anak mereka membesar sebagai hamba Allah yang taat kepada perintahNya dan mendengar cakap ibu bapa. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Berikut bagaimana mendidik anak-anak nakal supaya mendengar cakap ibu bapa. 1.Doa
Doa kebahagiaan rumahtangga dan mendapat anak-anak yang soleh dan solehah. Doa yang patut kita amalkan daripada Al-Quran iaitu Surah Al- Furqan ayat 74 yang bermaksud “Ya Allah kurniakan kepada kami pasangan hidup dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata hati dan didiklah kami menjadi pemimpin kepada orang mukmin 2.Beri jawapan segera
Beri perhatian kepada anak jika anak bertanya kepada anda. Jangan pula sehingga anak bertanya atau panggil nama anda berulang kali. Seeloknya terus berikan jawapan setelah anak bertanya. “Ye sayang, apa dia. Mama dengar ni…”
Sesungguhnya anak-anak yang nakal adalah anak yang kurang diberi perhatian daripada ibu bapanya.
3.Teguran berulang kali
Namun jika kesalahan yang dilakukannya, anda harus menyampaikan mesej kepada anak-anak bahawa anda tidak suka sikapnya. Lakukan dengan cara teguran secara tegas. Beritahu kepada anak secara berulang kali ‘ tak suka’, ‘tak suka’. Contohnya, “Jangan tendang kucing, Allah tak suka, Allah tak suka. Manusia pun tak suka. Sakit kucing tu.” Tegur anak kecil dengan menggunakan pendekataan perasaan supaya mudah mereka faham.Buat baik diberi pujian dan sebaliknya akan dimarahi. 4.Pujian dan pelukan
Jika anak-anak melakukan kebaikkan berilah pujian dan pelukkan. Misalnya membantu anda membasuh pinggan. Berilah pujian berulang kali supaya anak berasa seronok atas kebaikkan yang dilakukannya. Juga peluk anak sebelum pergi sekolah atau bangun pagi supaya kasih sayang semakin menebal dalam diri anak-anak. 5.Hukuman
Sememangnya semua ibu bapa sayang kepada anak-anak. Namun ini tidak bermakna anak yang bersalah atau nakal tidak boleh dikenakan hukuman. Namun hukuman seperti pukul bukan sehingga boleh mencedera atau melukakannya. Adab memberi hukuman antaranya ialah pukul atau rotan di tapak tangan anda secara perlahan dan mesti dalam keadaan serius untuk menunjukkan ketegasan anda terhadap kesalahan yang dilakukannya. Katakan kepadanya, “Mama tak marah tetapi sebab adik buat salah, adik kena terima hukuman.” Bukan mudah untuk mengubah sikap anak menjadi seorang yang berdisplin dan mendengar cakap jika tidak dilakukan secara tegas. 6.Pujuk cara motivasi
Selepas hukuman, anda harus mengucapkan kata-kata motivasi bahawa ia adalah kesan akibat perbuatannya. “Salah adik kan kacau abang sedang tidur”. Namun pastikan anda tidak menghukum anak tanpa usul periksa untuk mengelak rasa tidak puas hati anak-anak sehingga menjejaskan hubungan kasih sayang antara adik beradik. Juga tidak salah jika anda memujuk anak selepas hukuman. Katakan kepadanya, “Mama minta maaf. Mama bukan nak rotan dan marah. Tapi mama nak nasihat adik, mama nak adik jadi orang baik. Bukan anak yang nakal dan tidak mendengar cakap ibu bapa”.
7.Penghargaan
Apabila anak melakukan kebaikkan, sekali sekali berikan penghargaan buat diri anak. Belikan makanan kegemarannya atau hadiah. “Jika adik nak lori tu, janji dengan mak atau ayah jangan gaduh-gaduh dengan abang lagi.” 8.Muhasabah diri
Anda sebagai ibu bapa harus semak diri sendiri adakah kita berjaya didik anak atau tidak. Adakah kita luangkan masa yang banyak bersama-sama anak. Suami juga perlu didik dan kerjasama dengan isteri supaya anak-anak dibimbing dengan cara yang betul. 9.Pemakanan tidak sihat
Cuba elakan memberi anak-anak minum kopi, gula-gula dan gula-gula getah sehinggga anak menjadi seorang remaja. Gula-gula getah dikatakan mempunyai radikal gula yang boleh memberi kesan negatif kepada sikap anak-anak. Gula-gula yang dikemam akan merangsang deria otak. Apabila anak-anak kemam gula-gula dalam mulut dia akan merangsang otak untuk membentuk personaliti yang dikenali sebagai sensitif yang melibatkan sikap pendiam, pendendam, memberontak dan pemarah. Kopi pula yang mengandungi kafein tidak digalakkan kerana ia akan membuatkan anak berjaga malam sehingga sukar bangun awal pagi. Didiklah anak tidur awal supaya anak dapat bangun awal kerana ia adalah ciri-ciri displin bagi seorang anak yang cemerlang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...