Akhirnya penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar kembali ke pangkuan keluarganya yang tersayang selepas bebas sepenuhnya dari Covid-19. Alif dibenarkan keluar dari Hospital Melaka pada 2 Disember lalu.

Menerusi satu entri di instagram miliknya hari ini serta dalam satu kenyataan media, Alif memaklumkan perkhabaran itu kepada seluruh pengikutnya di instagram. Dan kini Alif sudah pun berada di pangkuan keluarganya.

“Beratnya Perasaan Rindu Ni,” Alif Satar Kembali Sihat, Mahu Luangkan Masa Dengan Isteri & Anak-Anak!

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas segala nikmat, rezeki, kesihatan dan kebahagiaan yang dikurniakanNya.

“Sukacita saya ingin berkongsi, selepas 12 hari dikuarantin di Hospital Melaka serta atas berkat doa seluruh rakyat Malaysia buat saya sekeluarga, saya kini kembali sihat dan sudah berada di pangkuan keluarga tersayang,” katanya.

Pun begitu, Alif khabarnya akan meluangkan masa bersama kedua ibu bapanya terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan isteri dan tiga anak-anaknya hari ini.

Difahamkan isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad Ali, 1, akan menjalani ujian swab Covid-19 kali kedua hari ini. Dan selepas masing-masing disahkan negatif, barulah keluarga ini bakal bersatu setelah 12 hari terpisah. Pastinya ia satu momen yang cukup bermakna buat Alif yang keluarga.

“Beratnya Perasaan Rindu Ni,” Alif Satar Kembali Sihat, Mahu Luangkan Masa Dengan Isteri & Anak-Anak!

Dalam pada itu, kata Alif lagi, walaupun sudah kembali sihat, dia mahu melepaskan rindu bersama keluarganya terlebih dahulu. Alif mengambil keputusan untuk bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga beberapa hari sebelum memulakan kerja.

IKLAN

“Selepas berjauhan dengan isteri dan anak-anak, saya yakin ramai yang tahu dan dapat rasakan betapa berat perasaan rindu, jadi saya mengambil beberapa hari untuk meluangkan masa bersama seluruh ahli keluarga sebelum saya kembali bekerja seperti biasa,” katanya lagi.

“Beratnya Perasaan Rindu Ni,” Alif Satar Kembali Sihat, Mahu Luangkan Masa Dengan Isteri & Anak-Anak!

Dalam satu kenyataannya hari ini, Alif juga turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa menitipkan doa dan mesej kata-kata semangat untuknya serta tidak kurang yang sentiasa menyokong membantunya dan keluarga.

Alif juga turut meminta agar semua turut menjaga dan mematuhi SOP serta menghentikan stigma negatif terhadap pesakit Covid-19.

“Saya ucapkan terima kasih dan penghargaan buat semua pihak. Saya pasti ada hikmah atas apa yang berlaku, saya cukup terharu apabila menerima banyak titipan doa, mesej kata-kata semangat dari seluruh rakyat Malaysia.

IKLAN

“Keluarga saya yang turut terkesan, menerima sokongan dari ahli keluarga, rakan-rakan malah komuniti jiran tetangga saya turut membantu tidak kira dari sokongan moral dan tenaga bagi meringankan bebanan dan kerisauan yang harus kami lalui.

“Beratnya Perasaan Rindu Ni,” Alif Satar Kembali Sihat, Mahu Luangkan Masa Dengan Isteri & Anak-Anak!

“Di sini, ada sesuatu yang serius saya ingin tekankan. Saya menyeru agar seluruh rakyat Malaysia menghidupkan cogan kata ‘kita jaga kita’ dengan sepenuh jiwa bukan sahaja bagi membendung wabak ini, tetapi ‘kita jaga kita’ melalui kerjasama komuniti dalam melawan Covid 19.

“Maka, hentikanlah stigma negatif, memulau, mengasingkan dan memandang serong mereka yang terkesan dengan wabak ini. Tiada siapa yang minta untuk dijangkiti.

“Budaya negatif ini bukanlah ciri-ciri yang baik sebagai rakyat Malaysia terutama sekali buat kita yang beragama Islam, agama yang menitik beratkan sifat kasih dan sayang bukan sahaja menjaga hubungan dengan Allah tetapi juga sesama manusia,” pinta Alif menerusi instagramnya.

IKLAN

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Semoga yang baik-baik sahaja buat Alif dan keluarga serta pastinya perkhabaran lebih gembira untuk cepat bertemu dengan isteri dan tiga anak-anaknya.

Artikel berkaitan: Allah SWT Makbulkan Doa Kalian Semua, Isteri & Anak-Anak Negatif, Alif Satar Luah Rasa Syukur

Nak relaks, jom cuci mata di SINI. 

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Kredit: @alifsatar & Gempak

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI