Syawal kali ini mungkin tidak seperti tahun-tahun terdahulu. Maklum sahaja negara malah dunia sedang bertarung dengan virus pandemik Covid-19. Namun itu tidak menghalang rakyat untuk menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa dengan meriah dan tersendiri. Walaupun digalakkan hanya beraya di rumah bersama keluarga terdekat, itu semua bukan halangan untuk orang ramai bergaya cantik dan sedondon bersama keluarga tercinta.
Tidak terkecuali selebriti-selebriti tanah air yang masing-masing berkongsi foto raya bersama keluarga tercinta dengan pakaian yang cantik dan sedondon di hari raya yang mulia.
Ternyata PKPB bukanlah penghalang untuk kita menyambutnya dengan gembira sempena Syawal ini.
Pa&Ma kongsikan foto-foto selebriti bersama anak-anak mereka yang comel yang dikongsikan di laman Instagram sempena 1 Syawal yang disambut semalam. Semuanya meriah dengan warna baju yang sedondon dengan rekaan baju yang tidak kurang hebatnya citarasa masing-masing. Enjoy!
Sudah menjadi tanggung jawab ibu ayah untuk mendidik anak-anak sedari mereka kecil. Ajarkan pada mereka untuk berdikari dan rajin membuat kerja rumah supaya mereka membesar menjadi anak yang boleh diharap.
Seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, harapan dia untuk mengajar anaknya supaya menjadi anak yang rajin tapi suaminya tidak setuju dengan cara begitu.
Assalamualaikum semua pembaca Pa&Ma. Kalau perkongsian saya ni disiarkan oleh min, alhamdulillah. Saya sangat memerlukan pendapat awak semua. Saya buntu, tak tahu apa nak buat. Stres pun ada.
Saya dan suami dah berkahwin selama 7 tahun, kami ada anak yang sekarang dah berumur 5 tahun. Saya dan suami mempunyai sedikit percanggahan tentang cara mendidik anak kami. Suami lebih relax dan dia tak suka nak ajar anak untuk susah-susah. Contohnya, kalau anak nak minum air dia yang akan ambilkan. Saya pula, kalau anak rasa haus, saya akan suruh dia ambil sendiri di dapur.
Bukanlah sebab tak sayang anak, tapi saya percaya kalau nak lentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sejak kecil kita patut didik anak-anak untuk berdikari sendiri. Selagi tak susah mana dan tidak mendatangkan bahaya kepada anak, pada saya tak ada masalah.
Sejak PKP ni makin susah. Sebab suami sama-sama ada di rumah. Jadi anak pun naik lemak. Kalau dengan saya, rajin je. Saya suruh tolong masukkan baju kotor dalam bakul, angkat pinggan sendiri lepas makan. Semuanya dia boleh buat (tak ada mengamuk atau protes).
Tapi bila suami ada di rumah ni, semua benda dia tolong buatkan. Kadang-kadang saya pun dia suruh buatkan untuk anak. Cara macam ni saya tak suka. Sebab ia akan buat anak jadi pemalas dan terlalu bergantung pada kami. Benda-benda simple, sepatutnya dia boleh buat sendiri.
Dari segi akedemik, alhamdulillah anak saya sejenis yang cepat tangkap. Dia dah mula membaca sejak tahun lepas dan dia boleh bercakap bahasa Korea juga sikit-sikit (memandangkan saya boleh bercakap bahasa Korea sebab pernah belajar di sana dulu). Jadi saya ajar pada anak.
Dia dah boleh menulis banyak perkataan dan bila saya buat ujian mnegeja, biasanya dia akan dapat markah penuh. Tapi pada saya, biarlah seiring bijak akademik dan skil berdikari tu. Kalau pandai pun, tapi hal remeh semua tak boleh buat tak guna.
Saya pernah bincangkan hal ni dengan husband. Tapi dia kata, biarlah. Belum masa nak ajar anak semua benda tu, dia pun masih kecik. Jadi saya katakan pada husband, sebab itu kena ajar dari sekarang. Nanti dah besar tak payah cakap, dia dah tahu buat semua sendiri.
Tapi awak semua jangan salah faham ya. Peribadi suami saya, dia seorang yang rajin. Selalu bantu saya. Kalau saya letih, basuh baju semua tu dia akan bantu. Baju-baju pun dia yang rajin lipat. Dia juga suka mengemas rumah.
Saya pernah tanyakan pada dia, siapa yang ajar dia buat semua tu. Katanya, Mama (ibu mertua saya) yang ajarkan dia. Saya tanya lagi, sejak bila dia belajar buat kerja rumah. Dia cakap, sejak kecil.
Sebab itulah saya kata semula pada dia, “Saya nak anak kita jadi macam awak. Rajin bantu isteri, tak kekok buat kerja rumah. Tapi kalau awak manjakan dia macam sekarang, saya takut terlambat nak ajar bila dia dah besar.”
Tapi suami tak setuju, sebab dia kata waktu kecik dulu dia buat sebab takut Mama rotan. Dia tak ikhlas pun nak buat. Kalau boleh, kata suami tunggu anak bersedia. Waktu itu bolehlah diajarkan anak semua kerja rumah.
Dah sebulan lebih tempoh PKP ni, rutin harian yang selalu saya ajarkan pada anak, kebanyakan dia dah lupa. kemas katil, angkat pinggan lepas makan, lipat baju sendiri, semua dah jadi ‘berat’ pada dia. Geram juga saya, sebab letih saya ajarkan pada anak. Tapi sebab suami terlalu manjakan, dia tak mahu buat dah sekarang.
Macam mana saya nak yakinkan husband saya tentang hal ni ya? Berilah pendapat awak semua, mana tahu boleh beri saya idea untuk handle masalah suami yang terlalu manjakan anak ni.
Saya yakin, jika anak diajar sejak kecil mereka akan jadi lebih matang dan berdikari. Sekarang saya cuma mahu suami bersama-sama dengan saya didik anak cara tu. Terima kasih kerana membaca, nanti berilah pendapat awak semua ya kalau sudi.
Pn Atiqah (Bukan nama sebenar)
Jika anda mempunyai sebarang cerita atau pengalaman yang ingin dikongsikan dengan Pa&Ma, sila klik KONGSI CERITA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada diantara anak-anak kita yang menerima alahan sebaik makan buah-buahan yang ada di pasaran. Semuanya kerana bahan kimia dari sisa racun perosak yang digunakan bagi membuatkan buah tahan lama dan elok.
Bagi mengelakkan anak terkesan dengan sisa racun perosak ini, ada baiknya buah dicuci dengan sebersih-bersihnya.
Bukan dicuci biasa sahaja tetapi cara paling baik adalah dengan menggunakan soda bikarbonat sebagai alat pencuci.
Jom ikuti perkongsian tip dari Public Health Malaysia ini untuk semua.
Jika buah-buahan mengandungi banyak sisa racun perosak, ia boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan.
Salah satu kesan awal yang mungkin dirasai adalah rasa sakit atau iritasi pada tekak selepas memakannya.
Ada cara mudah untuk menikmati buah-buahan dengan lebih selamat – gunakan baking soda!
1. Campurkan larutan baking soda:
Ambil 1 sudu besar baking soda dan campurkan dengan semangkuk air (sekitar 1 liter).
2. Rendam buah-buahan selama 10–15 minit:
Rendam buah-buahan seperti anggur, epal, atau sayuran. Baking soda akan bekerja untuk memecahkan sisa racun perosak.
3. Bilas bersih:
Selepas rendaman, bilas dengan air bersih untuk menghilangkan kesan baking soda. Kini, buah anda lebih bersih dan selamat dimakan!
Baking soda berfungsi dengan memecahkan molekul racun perosak. Ini lebih efektif berbanding air garam, yang hanya membersihkan permukaan tanpa tindak balas kimia.
Nikmati buah-buahan dengan lebih yakin, dan jadikan langkah ini sebahagian daripada rutin anda.
Sedikit usaha, hasilnya – kesihatan yang lebih terjamin!
Pemergian mantan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia.
Beliau dikenang sebagai pemimpin yang tenang, berjiwa besar, dan penuh kasih sayang. Namun, kehilangan ini lebih dirasai oleh ahli keluarga terdekat, terutama cucu-cucu yang pernah merasai kasih sayang seorang datuk yang penyayang.
Tular sebuah video TikTok berdurasi 21 saat tular apabila cucu kepada Allahyarham Tun Abdullah menerusi akaun tiktok mizz.not.miss berkongsi momen peribadi bersama datuknya yang merupakan tokoh negarawan yang dsanjung tinggi.
PERBUALAN MERUNTUN JIWA
Dalam video tersebut, cucu arwah menulis kapsyen, “Saya akan rindu pada Tok Wan, sambil berkongsi kata-kata semangat yang pernah diberikan oleh datuknya.
“Tell Tok Mama i said hi”
Perbualan ringkas namun penuh makna itu meruntun jiwa ramai yang menontonnya. Di penghujung video, cucu arwah menulis, “Kata say hi kepada Tok Ma’ yang terlebih dahulu meninggal dunia.
Ia merujuk kepada Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri pertama Tun Abdullah yang meninggal dunia pada 20 Oktober 2005 akibat kanser payudara.
Video tersebut telah mendapat hampir satu juta tontonan, dengan ramai netizen berkongsi rasa sedih dan simpati terhadap kehilangan yang dialami oleh keluarga Tun Abdullah.
Kisah ini mengingatkan kita tentang pentingnya menghargai masa bersama insan tersayang, kerana kenangan bersama mereka akan menjadi pengubat rindu apabila mereka tiada lagi.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.