Siapa sangka penantian pasangan suami isteri ini sejak 1993 berhasil apabila si isteri akhirnya berjaya melahirkan juga seorang anak perempuan, selepas 14 kali melahirkan anak lelaki berturut-turut sebelum ini.
Kateri Schwandt, 45, menikmati detik indah itu bersama suaminya, Jay Schwandt dengan menamakan bayi perempuan pertama mereka dengan nama Maggie Jaynie.
“Kami sangat gembira dan begitu teruja untuk menerima ‘kehadiran’ Maggie Jayne dalam keluarga kami.
“Tahun ini mempunyai banyak memori, tapi Maggie adalah anugerah terbesar yang kami bayangkan,” kata Jay, memetik laporan Mail Online menerusi Indiatimes.
Sementara itu anak sulung mereka, Tyler Schwandt, 28, berkata, “Ibu bapa saya akhirnya dikurniakan seorang anak perempuan yang mereka sendiri tidak pernah sangka.
Selepas Tyler, 13 lagi adik-adiknya juga ialah lelaki iaitu Zach, Drew, Brandon, Tommy, Vinny, Calvan, Gabe, Wesley, Charlie, Luke, Tucker, Francisco dan Finley.
Ads
Menurut laporan itu lagi, anak lelaki termuda mereka (sebelum kelahiran Maggie), Finley mempunyai nama penuh yang menarik, iaitu Finley Sheboygan.
‘She’s a boy again’. Ingatkan anak ke-14 perempuan, rupanya lelaki lagi
Kisah menarik di sebalik nama Finley Sheboygan ini pernah menjadi perbualan hangat dan tular pada 2018 lalu.
Memetik Buzz Feed News, Kateri pada waktu itu sedang mengandungkan anak yang terakhir (sebelum Maggie).
Ads
Dengan 13 anak yang kesemuanya lelaki sebelum itu, Kateri begitu berharap yang anaknya ke-14 itu ialah anak perempuan.
Namun, ‘rezekinya’ sudah tercatat, anak yang lahir kali ke-14 itu masih lagi seorang lelaki.
Maka Kateri dan suaminya nekad menamakannya sebagai Finley dan nama tengahnya (middle name); Finley Sheboygan.
Ads
‘Sheboygan’ itu adalah singkatan daripada ‘she’s boy again’ yang bermaksud, anak perempuan yang diidamkan akhirnya ‘menjadi’ lelaki juga.
Mengimbas kembali, Jay Schwandt bertemu dengan isterinya Kateri Schwandt pada usia muda mereka dan berkahwin pada 1993.
Hasil perkahwinan itu, mereka ‘sempat’ memperoleh tiga anak (kesemuanya lelaki) sebelum bergraduasi di kolej pengajian mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk merelakan pemergian seseorang yang kita sayang. Lebih-lebih lagi, jika insan tersebut adalah pasangan yang sangat kita cintai. Bolehkah kita bayangkan. Insan yang setiap hari kita tatap wajahnya. Bangun tidur keesokan pagi dia tiada di sisi.
Tidak terdengar suara dia mengejutkan kita. Kita boleh hantar SMS padanya, namun tiada balasan. Kita boleh cuba call nombornya, tapi tidak akan lagi berangkat.
Rindu. Rindu yang terlalu jauh. Pasti setiap hari akan mengharapkan agar semua ini hanya mimpi. Pasti setiap berharap agar kelibatnya akan muncul kembali. Namun itu takkan terjadi. Kerana dia sudah pergi buat selama-lamanya.
Dalila yang baru setahun lebih mendirikan rumah tangga bersama arwah suami menitipkan pesanan buat semua.
“Hargailah pasangan masing-masing dan semua orang yang kita sayang. Tunaikan hak sebaik mungkin. Minta maaf setiap malam. Try avoid unnecessary merajuk ke bergaduh ke cause we’ll never know bila ajal kita. Spread love”
Menurutnya lagi, akhirnya hajat arwah suami tercapai juga walaupun hanya 15 minit dia menunggang motosikal Yamaha R15 terpakai yang baru dibelinya daripada seorang kenalan.
“Selepas selesai urusan pembelian dilakukan, saya mengekori motosikal suaminya dari belakang dan merakam detik manis suami bersama motosikal itu menggunakan telefon bimbit dan tak sangka itu kenangan yang terakhir”
“Ini instastory penuh yang saya share semalam.Untuk tambahan, arwah sempat menunaikan umrah pada bulan Feb 2020. Alhamdulillah seminggu sebelum PKP. Ya, perjalanan hidup dia sangat tersusun indah.”
Alfatihah untuk arwah
Terlalu ramai yang mendoakan dan menceritakan kebaikan arwah. Tersenyum saya baca semua komen. Terima kasih atas doa kalian
Hati isteri mana yang tak luluh apabila mendapat perkhabaran suami telah pergi buat selamanya setelah terlibat dalam kemalangan ketika bekerja. Lagi perit, arwah juga tak berkesempatan untuk melihat bayi yang bakal dilahirkan tak lama lagi.
Pemergian secara mengejut ketika suami sedang mencari nafkah keluarga itu benar-benar dirasai oleh isteri yang sedang sarat hamil. Hancur impian untuk sama-sama membesarkan cinta hati mereka ini.
Menurut laporan Harian Metro, kemalangan di Kilometer 301.1 Lebuhraya KL-Seremban menghala selatan membabitkan seorang posmen, Muhammad Radzi, 28, yang ketika itu sedang melakukan tugas penghantaran.
Terlanggar bucu lori
Dalam kejadian 11.30 pagi itu, Muhammad Radzi, 28, terlanggar bucu lori dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Lebih menyayat hati, berdasarkan Facebook (FB) Bandar Baru Online Community yang turut menyiarkan kejadian, isteri mangsa Nur Azura Abdullah kini sedang menunggu masa melahirkan anak sulung mereka.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa yang maut menaiki motosikal jenis Modenas.
“Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang di lorong kecemasan terlanggar bucu sebelah kanan sebuah lori yang mengalami masalah enjin dan sedang bergerak perlahan dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun.
“Lori yang mengalami masalah kerosakan enjin itu turut menyalakan lampu kecemasan, juga berada di lorong kecemasan.
“Ketika kejadian mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan menghantar barangan PosLaju di kawasan Bandar Seri Mahkota, Bangi,” katanya.
Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, tangan dan peha patah serta meninggal dunia di tempat kejadian.
Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga arwah. Semoga isteri arwah terus kuat menghadapi ujian ini dan dipermudahkan uruasan melahirkan serta membesarkan satu-satunya amanah yang arwah tinggalkan.
Kredit: Metro, FB Muhammad Radzi & Nur Azura Abdullah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Fazura seperti tidak percaya anak sulungnya, Fatimah sudah berusia dua tahun lebih pada tahun ini.
“Dia dah 2 tahu lebih, masih tak percaya she’s my little mini-me”
Isteri kepada pelakon Fatah Amin ini turut memohon doa ramai agar mendoakan dia untuk memiliki cahaya mata kedua secepatnya.
“Bagi yang bertanya bila nak ada second baby? Doakan rezeki bakal tiba.. mudah-mudahan.. amin”
Tambahnya pemilik tudung bawal di bawah jenama FAZURA, dia bersyukur diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam keluarga dan dia memilih hidup secara sederhana.
“Bersyukur jika sentiasa ada ketenangan dan kebahagiaan. Sederhana cara kami”
Rata-rata warga maya mendoakan Fatimah untuk memiliki adik tak lama lagi.