Berbaloi Buat Sendiri Burger Prosperity Ala MCD. Homemade Sos Lada Hitam Padu!

Share

Sekarang ni kalau buka televisyen, Facebook atau iklan di papan tanda lebuh raya atau jalan pasti akan nampak iklan burger ini. Satu set burger ini pun dalam harga RM15. Bagi yang nak cuba masak sendiri, boleh cuba resepi ini.

Resepi yang dikongsikan oleh Hasbullah Ahmad sangat mudah dan lagi puas makan. Tambah pula modal dalamm RM20 pun dah boleh dapat beberapa biji burger tersebut.

Patty daging dan roti saya beli yang dah siap. Patty daging kalau boleh kena cari yang tak ada campur dengan binder/filler yang banyak. 100% daging lagi bagus.

Sos lada hitam je saya buat sendiri. Dah siap sos, goreng patty daging dan sediakan roti. Letak sos dan hirisan bawang besar banyak-banyak. Baru puas.

Patty daging tak perlu garing-garing sangat. Takut kering, kena ada “juicy2” sikit baru umphhh.
Lada hitam. kisar sederhana halus.

Saiz cun-cun.

Bahan-bahan lain untuk sos: bawang putih & besar, stok daging, tepung gandum, air & garam/msg.

Tumis bawang dengan minyak, masukkan tepung dan gaul. Masukkan bancuhan stok dan ejas-ejas rasa.

Kalau nak letak gula, kicap, dan sebagainya terpulang.

Janji pekat likat.

Burger Daging Sos Lada Hitam siappppp. Yang bawah tu isi ayam goreng. Menu tambahan

Kredit: Hasbullah Ahmad

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Published by
Wan Amy