Tidak mampu menyembunyikan keterujaan memiliki anak perempuan, Datin Seri Umie Aida tidak menafikan perasaan dan semangat keibuannya kali ini sedikit lain.
Memandangkan hampir 10 tahun menunggu rezeki untuk memiliki anak perempuan kehadiran Aisya Humaira yang kini berusia 4 bulan dianggap penyeri buat keluarganya.
Bila ada baby girl lain rasanya. Kita akan melaramkan dia. Kena pulak ku menunggu rezeki ni hampir 10 tahun. Semacam punya semangat keibuan yang muncul dalam diriku ini.
Umie akui dia berpuas hati dapat pakaikan anaknya pakaian yang cantik-cantik dan bila tengok senyuman tu rasa bahagianya.
Mula rasa lenguh dan sakit badan
Dalam posting yang sama di instagramnya, Umie turut bertanya soalan adakah normal ibu akan sakit dan lenguh-lenguh belakang sebab dukung bayi?
Ini kerana sejak mempunyai bayi ni dan berat Aisya pun dah cecah 7 kilogram, boleh dikatakan Umie rasa lenguh badan setiap malam dan dia cukup kagum dengan ibu yang ada anak-anak kecil yang sentiasa berdukung.
Kiranya pengorbanan ibu ini tiada tandingannya kerana ini hanya setakat lenguh badan saja belum masuk lagi hal yang lain untuk membesarkan anak-anak tanpa mengira masa.
Patutlah orang kata syurga di bawah telapak kaki ibu dan selagi ada hargailah jasa ibu selamanya.
Kehadiran Aisya Humaira ni satu anugerah buat Umie selepas sebelum ini sudah memiliki dua anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhelmy, 25, yang berada di bawah jagaannya semenjak kedua-duanya masih kecil.
Umie mendirikan rumah tangga bersama suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada 14 Mac 2010 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Sumber: ig Umie Aida