Dua kenangan yang paling tak dapat dilupakan sampai bila-bila bagi pelakon Idzham Ismail apabila dia diuji dengan ujian di awal kerjayanya dan anak sakit. Namun baginya ujian ini jugalah yang menguatkan hubungannya dan isteri.
Menerusi perkongsian di instagramnya, dia pernah menyatakan pernah berkongsi semangkuk mee segera dengan isteri sementara menunggu dapat tawarab bekerja.
Bukan itu saja, dia dan isteri turut di duga apabila anaknya, Nur Sofea Inara pula mempunyai komplikasi jantung yang dipaggil Transposition of Great Arteries (TGA) dan terpaksa menjalani pembedahan injap jantung utama pada 19 Jun tahun lalu.
“Dua insan yang aku sangat perlukan dalam hidup. Susah senang ada dengan aku.
“Berbekalkan Maggi Rm2.50 pernah kami kongsi. Benda ni buat aku kuat untuk ada dengan diorang sampai bila-bila.
“Diduga dalam bentuk rezeki lepas dapat rasa nikmat bawa inara balik rumah dari operation jantung. Masa tu sendirian uruskan kerjaya. Wife nekad jaga inara sampai betul-betul sihat baru teruskan kerjaya dia.
“Dulu, bila tengok balik memori kitorang ni aku tak tahu kalau aku jumpa orang lain sanggup ke dia duduk semeja dengan aku makan maggi RM2.50 hari hari sampai aku dapat kerja?.
“2 May 2019 (semalam) hari inara kena scan detail jantung dia. Doakan inara di jalan terbaik ye semua.
“Korang yang baca ni ada kisah dengan pasangan yang korang ingat sampai mati tak?
“Jum kongsi untuk semua hargai pasangan masing-masing. Yang buruk kita buang dan ubahkan yang baik kita simpan dan jadikan ingatan,” katanya.
Sumber: ig Idzham Ismail