Berita pemergian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan pagi semalam masih lagi dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.
Baca: “Ya Allah Abam Sangat Baik. Mak Akan Jaga Anak Abam Sampai Akhir Hayat”
Baca:Kami Sayang Abam! Tak Sampai 3 Bulan Anak Pergi, Ali Puteh Diuji Kehilangan Abang
Arwah Abam meninggalkan seorang isteri Nor Hidayah dan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.
Menerusi perkongsian Achey di instagramnya, dia menyeru kepada seluruh peminat agar mendengar lagu arwah Abam di youtube dan menaikkan view supaya hasilnya dapat disalurkan kepada ahli keluarga arwah.
Abam sebelum ini pernah merakan sebuah single bertajuk Si Kasih dan dikeluarkan pada Februari tahun lepas.
SI KASIH
Lirik
Satu persatu pergi
Meninggalkan segala dimiliki
Yang pasti sudah pun tertulis
Di mana mulakan berakhir
Kerap kali aku memerhati
Tiap kisah hidupmu ohh kekasih
Namun takkan mungkin
Ku menjadi seperti dirimu
“Menjadi sepertimu”
Terputus sudah diantara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yang kau kata
Kubawa bersama semangat di jiwa
Namun takkan mungkin
Ku menjadi seperti dirimu
Terputus sudaj di antara kita
Berbeza Sudah Dua Dunia
Tak Pernah Lupa apa yang kau kata
Ku bawa bersama semat di jiwa
Jika dihayati semula bait-bait lirik serta lagu tersebut, amat meruntun hati. Seolah-olah arwah tahu dia akan pergi meninggalkan kita semua.
Pemergian arwah Abam ditangisi dan diiringi ribuan orang. Penuh seluruh masjid orang mendoakan pemergianya.
Sumber: Instgram Achey