Kalau dah jodoh tak ke mana. Apa sekalipun dugaan jika itu dah memang jodoh kita, apa saja yang berlaku pasti dilalui dengan tenang dan mudah. Semua ini adalah rahsia Allah yang mungkin kita tak pernah jangka pun berlaku.
Ada orang bila berkahwin dah boleh tinggal bersama, ada pasangan terpaksa bersabar disebabkan jarak jauh atas komitmen kerja. Namun jika hati terima dengan reda, halangan ini pasti dapat dilalui dengan sebaiknya atas kepercayaan dan kejujuran dalam diri masing-masing.
Sama jugalah dengan situasi yang berlaku pada seorang isteri ini yang berkongsi di TikTok atas akaun @natasyabunny apabila memuat naik momen ketika bertemu suami buat kali pertama selepas tujuh bulan bernikah.
Menurutnya, dia dan suami hanya berhubung menerusi panggilan video termasuklah ketika bernikah. Ini kerana suaminya bekerja di Australia manakala dirinya berada di Malaysia.
Kongsinya, dia dan suami tidak pernah berjumpa atau berdating seperti pasangan bercinta yang lain disebabkan kekangan jarak.
JODOH itu rahsia ALLAH … aku tak pernah jumpa dia depan-depan. Hanya bercinta tanpa berjumpa. Hebatnya Kuasa ALLAH. Aku nikah online tanpa berjumpa, lepas nikah 7 bulan tak dapat jumpa dan stay sekali sebab dia dekat Aussie, aku dekat Malaysia.
Kali pertama dapat bersua muka
Ads
Menurut Natasya, walaupun tak pernah berjumpa dengan suaminya, dia mengambil inisiatif mengenali keluarga dan teman-teman dekat suami sebelum bersetuju untuk disatukan.
Dalam video pertemuan di lapangan terbang, dapat dilihat dia dan suami saling berpelukan kerana begitu merindui antara satu sama lain serta bersyukur kerana penantian yang panjang berakhir juga.
7 bulan menanti, akhirnya Allah temukan kami berdua … KUAT?? Istilah kuat tu hanya ALLAH je yang tahu … apa yang aku boleh cakap ALLAH akan uji pada hambanya yang mampu terima ujian tu.
Alhamdulillah walaupun tak pernah jumpa hubungan kita orang baik tanpa orang ketiga masa LDR. Alhamdulillah Allah jaga hati kita … semoga selepas ni pun Allah sentiasa jaga hati kita. JADI untuk yang single tu korang jangan risau kalau jodoh, tak perlu beria nak date ke jumpa ke.. yakin dengan Allah ❤️🌹
Ads
Cantik susunan takdir Allah
Perkongsian pasangan ini mendapat pelbagai reaksi kerana tak semua orang mampu lalui pengalaman seperti ini. Rami mendoakan agar hubungan mereka terus bahagia hingga ke akhir hayat serta dalam reda Allah SWT.
Menanti kehadiran ahli baru dalam keluarga memang teramat mengujakan. Bukan hanya kita sebagai mak ayah, bahkan orang paling teramat gembira pastinya anak sulung kita.
Perkongsian seorang pengguna Tik Tok, @djaamirh yang berkongsi gelagat anak keduanya yang sekian lama menanti kehadiran anak baru mereka ini menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, sejak awal lagi, kakak yang mesra di kenali sebagai Eyya menerusi akaun Tik Tok ibunya itu cukup setia melekat 24 jam dengan adiknya.
“Yang paling tak sabar nak tunggu adik dia lahir,” tulisnya ringkas.
Bahkan menerusi video perkongsian ibunya itu jelas kerajinan dan keterujaan Eyya menjaga adiknya.
Paling menarik anak kecil itu begitu berani mengendong adiknya yang baru sahaja dilahirkan tanpa kekok berbanding kakak sulungnya.
Tidak hanya mengendong bahkan kakak comel ini juga pandai menjaga adiknya. Ketika sambil menonton televisyen sekali pun kakak Eyya tetap setia menepuk adik kecilnya. Begitu juga ketika makan.
Hari-hari tak sabar nak balik sekolah sebab nak jaga adik. Yang adik pun reda kena dukung,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen rata-rata wargamaya turut teruja melihat gelagat adik Eyya yang begitu pandai malah memuji sikap anak kecil itu yang begitu bertanggungjawab menjaga adiknya.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Malang tidak berbau. Anak kesayangan penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza terpaksa menjalani pembedahan selepas berlaku kemalangan kecil.
Melalui Insta Story penyanyi kesayangan ramai itu, Aafiyah rupanya terjatuh ketika bermain scooternya dan terpaksa menjalani pembedahan pada lukanya.
“Malang tak berbau. Anak ibu jatuh scooter.
“Kena masuk OT. Doakan semoga Allah SWT permudahkan,” tulis Tok Ti di Insta Story.
Malah menerusi satu hantaran di Instagram, Dato’ Siti turut memuat naik video rakaman yang menyentuh hati bila mana Aafiyah menangis ketika sebelum menjalani pembedahan.
Berusaha memujuknya, proses di OT berjalan dengan lancar dan kini Aafiyah dalam proses penyembuhan.
“Alhamdullillah, proses di OT berjalan lancar.
“Terima kasih Dr pakar di @gleneagleskl. Inshaaallah, Aafiyah segera sembuh ye, aamin ya rab.
“Video ni ayah ambilkan sebelum Aafiyah masuk OT. Tengah pujuk Aafiyah,” tulisnya lagi.
Sayu hati melihat Aafiyah yang menangis sambil dipujuk ibunya. Semoga Aafiyah lekas segera sembuh dan kembali aktif seperti selalu.
Dalam pada itu, perkongsian Dato’Siti itu membuatkan ramai yang sayu hati malah turut mendoakan semoga Aafiyah lekas segera sembuh dari kesakitannya dan kembali ceria.
Pempengaruh media sosial, Cik Epal mendapat hak penuh penjagaan ke atas dua anaknya, Han dan Yuki di dalam jagaannya.
Menerusi Instagramnya, Cik Epal berkongsi mengenal hal itu kepada pengikutnya di Instagram malah bersedia mengutamakan anak-anaknya dalam apa jua perkara.
“Hak ibu sebagai penjaga termaktub dalam undang-undang. Alhamdulillah hak jagaan penuh Han dan Yuki dapat dekat aku.
“Namun kes hari ini aku telah bersedia berbincang dan demi kepentingan anak-anak, aku ketepikan bahawa duda aku burukkan aku depan anak, aku ketepikan hal aku diburuk-burukkan dan aku ketepikan fakta dia curang,” luahnya.
Tidak mahu dua anaknya terkurang kasih sayang seorang bapa, usahawan berjaya ini juga turut mencari kediaman baru berdekatan rumah suaminya bagi membolehkan dua anaknya terus berjumpa bapa mereka.
“Dia bapa yang baik. Demi anak-anak, aku cari rumah dekat supaya duda aku boleh jumpa dan boleh gilir-gilir jaga.
“Boleh jumpa anak anak selalu. Sebab aku sayangkan anak-anak aku. Aku harap lepas ni duda aku tak buruk-buruk kan aku lagi. Kalau tak, aku memang akan fight semula.
“Mengalah demi anak. Asalkan anak gembira dan punya ayah walaupun aku dibuang. Mama sentiasa sayang Han & Yuki,” luahnya lagi.
Terdahulu Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam sah bercerai selepas kemelut rumah tangga mereka membabitkan pekerja Jofliam sendiri.
Amsyar dan Keajaiban Roti Canai Terbang: Bakat Luar Biasa dari Si Cilik
Dalam dunia yang semakin moden dan serba canggih ini, kita sering kali terlepas...