Permulaan sebuah keluarga yang bahagia adalah dua insan lelaki dan wanita yang saling menyayangi. Tidak sekadar itu, kedua-duanya perlu mempunyai misi yang sama dan saling memperbaiki diri. Barulah beroleh kebahagiaan sebenar dalam rumah tangga.
Menarik sekali perkongsian daripada bapa ini. Kisah percintaannya dengan isteri boleh dijadikan dorongan buat semua pasangan yang ingin memperbaiki hubungan. Pentingnya untuk kembali taat kepada jalan Allah dan meminta dariNya agar hubungan yang dijalin diberkati.
LEBIH 1,600 RETWEET
Hilal Asyraf berkongsi detik awal hubungannya dengan isteri, Masyitah. Bebenang ini menjadi tular dan mendapat 1,600 retweet di Twitter. Manis sekali bila mengikuti bebenang ini tentang bagaimana hubungan Hilal & isteri yang direstui ibu bapa membawa ke jinjang pelamin dengan usia perkahwinan bakal mencecah 7 tahun. Kebahagiaan berganda apabila pasangan ini dikurniakan 4 cahaya mata.
KEBAHAGIAAN IBU BAPA ANAK-ANAK AKAN MERASAINYA
Tidak semua kisah bercinta selepas bernikah itu janggal, menjaga hubungan yang baik berdasarkan syariat membawa kemanisan yang berkekalan dan menjadi momentum terbaik untuk menguatkan semangat menjadi pasangan dan ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak. Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat pasangan lain.
Bosan2 buat kerja malam ini(ya, kadang jadual penulisan saya ialah malam. haha), saya selak gambar2 lama. Terjumpa momen ini. Pertama kali bagi hadiah by hand kpd Masyitah. Masa ini kami sudah bertunang. Tahun 2010. Saya mahu pulang ke Jordan.
Saya beri buku @hlovatesays_ , lupa dah tajuk apa. Masyitah pula masa tu balas dengan keychain ini. Haha. Allah, kenangan sungguh. Masa tu punya lah jaga hadiah ni sungguh-sungguh. Yalah, kita bukannya couple kan. Kami ada peraturan yang kami akan beremail sebulan sekali aja.
HANYA SEMPAT EMEL SEBULAN DUA
Kami beremail itu pun, akhirnya lepas sebulan dua, dah tak beremail dah. haha. Sebab dah takde benda penting nak cakap. Saya sibuk habiskan studi, masa lapang habis dengan menulis buku, manakala Masyitah sibuk belajar. Lagipun Masyitah pemalu. *Gambar pertunangan kami 2010.
PANGGIL ENCIK HILAL SAHAJA SAMPAI KAHWIN
Masa awal2 email dulu, saya cuba panggil dia sayang. Dia tegur jangan melebih2 sebab belum sah kahwin. Dia panggil saya ‘Encik Hilal’ aja, sampai kami kahwin.
Saya pernah pergi UK tahun 2011, ada jemputan program. Masa tu saya beli hadiah untuk Masyitah. Saya kena tegur…
…supaya jangan membazir2 untuk dia. Sebab belum kahwin lagi. ???
Jadi kemudian, saya dah tak bagi apa-apa hadiah. haha. Jimat.
Saya bertentang mata dengan Masyitah ni sebelum kahwin tak sampai 5 kali. Semuanya ada bersama keluarga. ?
BERCINTA SEBELUM NIKAH JANGAN SAMPAI TAK BERSUA
Saya sentiasa percaya lah, nak kahwin ni jangan sampai x bersua, x bercakap langsung sebelum kahwin. Kadang orang cerita fasal bercinta selepas nikah ni, macam power sangat la kalau x berkomunikasi langsung sebelum bernikah. Tapi hakikatnya, ramai kecundang selepas berumahtangga.
MASA BERTUNANG AMBIL MASA KENAL MENGENALI
Saya dan Masyitah ni masa bertunang pun ada beberapa cabaran. Saya bersyukur kepada Allah atas cabaran2 tersebut sebab itu peluang kami saling kenal mengenali. Kemudian, alhamdulillah atas suai kenal sepanjang fasa pertunangan selama 2 tahun, di situ ada base untuk kami…
PALING MUSTAHAK CUBA KENALI PASANGAN
…teruskan semasa berumahtangga. Dalam email kami, antara perkara penting kami bincangkan juga ialah kesukaan, x suka, kami masing-masing. Jadi masa berumahtangga, dah boleh dpt expect lah. Ada kami lapang dada, ada kami usaha perbaiki sama2. Ia satu perjalanan, alhamdulillah.
BERCINTA SERONOK, TAPI PERLU FAHAM REALITINYA
7hb Julai 2019 ini, maka sempurnalah 7 tahun perkahwinan kami. Sekelip mata. Anak dah empat, alhamdulillah. Tetapi perjalanan belum berakhir. Bercinta memang seronok, sampai ke hari ini masih bercinta. Tetapi realitinya, cinta tak bayar bil, minyak kereta, pendidikan anak2, dll
PERLU ADA WAWASAN DUNIA & AKHIRAT. SELALU POSITIF
Tetapi jika kita benar2 cintakan seseorang, kita akan ada sikap bertanggungjawab. Kita akan hidup ada wawasan, dunia dan akhirat. Maka antara perkara awal kita kena buat masa kita rasa kita cintakan seseorang ialah perbaiki diri. Lengkapkan diri dengan sikap2 positif dan baik.
MINTA DARI ALLAH AGAR DIBERKATI HUBUNGAN
Jauhi maksiat, jauhi keingkaran kepada Allah SWT, baik yang diri sendiri buat, atau sesama pasangan. Jangan ajak pasangan ke arah apa yang Allah murkai. Minta sungguh2 kepada Allah agar bantu & berkati hubungan yang dibina. Sambil itu usaha jadi insan rajin, kerja keras, jujur.
TIDAK BERLAKU SEPERTI MAGIC, MESTI BERUSAHA KERAS
Sebab hanya dgn bantuan Allah SWT, dan kesedaran diri sendiri untuk berusaha keras – mencari sara hidup, bersabar dan lapang dada dengan pasangan serta anak2 – barulah kita akan mampu mengharungi alam rumahtangga. Semua tu xkan magically ada dalam diri kita selepas akad nikah.
Semoga Allah rahmati Masyitah, Ummi dan Abah yang banyak mendidik saya akan disiplin dan tanggungjawab, serta Ibu dan Ayah yang sentiasa memberikan sokongan atas hubungan ini. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami yang seterusnya.