Bercuti Boleh Tapi Aktiviti Kolam Renang Masih Di Larang, Tak Selamat Untuk Anak!

Share

Kebenaran untuk merentas negeri dan pembukaan semula sektor perlancongan bukan tiket untuk kita terus membawa anak-anak tanpa memikirkan risikonya. Biarpun telah dibenarkan oleh kerajaan, namun PKPP yang dilanjutkan hingga Ogos nanti perlu melalui beberapa SOP yang ketat demi memastikan kita benar-benar bebas Covid-19.

Terperangkap hampir tiga bulan pastinya buat anak buntu, pun begitu jangan ambil peluang ini untuk melakukan pelbagai aktiviti bebas tanpa melakukan SOP yang ditetapkan kerajaan.

Aktiviti mandi kolam renang misalnya termasuk dalam aktiviti yang terlarang. Malah Public Health Malaysia melalui sumber SOP PKP-P Perlancongan, Seni & Budaya turut menyenaraikan beberapa aktiviti kolam lain yang turut dilarang. Jadi elakkan bawa anak ke tempat-tempat ini!


Menurut Public Health Malaysia, aktiviti kolam renang masih termasuk dalam kategori aktiviti terlarang. Jika anda mengunjungi hotel atau resort untuk bercuti dalam tempoh PKP-P ini, jangan terkejut jika fasiliti tersebut masih lagi tidak dapat digunakan.

Selain itu, aktiviti yang dilarang juga adalah:

*Fasiliti hiburan seperti bar dan karaoke.
*Restoran / cafe / dapur secara buffet..
*Jakuzi / sauna.

Pun begitu, aktiviti berikut telah pun dibenarkan.

Penggunaan fasiliti hotel seperti surau, gymnasium, lounge, dewan, bilik mesyuarat, seminar dan latihan.

Lebih Selamat Di Rumah Saja

Bagi mengelakkan rasa keliru dan pertanyaan demi pertanyaan, terutama bagi ibu bapa yang bercadang untuk membawa anak bercuti sebelum sesi persekolahan di buka ini, ada baiknya ada melihat senarai kolam yang dilarang.

Jadi elakkan:
* Kolam renang awam.
* Kolam renang hotel.
* Kolam renang resort.
* Taman tema air.
* Kolam renang homestay.
* Kolam renang kelab.

Yang hanya dibenarkan adalah kolam renang peribadi untuk kegunaan persendirian sahaja. Jadi anak-anak pastinya lebih selamat di rumah sahaja!

Artikel menarik: Jangan Paksa Anak Berjalan Sebab Anak Orang Lain Seusia Dah Boleh Berjalan, Sabarlah!

Published by
Siti Ramlah Mahmud