Masih merancang destinasi percutian yang best untuk bawa anak-anak bercuti? Jom tengok rangkaian hotel di bawah Hospitality 360 Group. Nak dekat-dekat boleh ke Kuala Lumpur atau Kuantan. Nak jauh sikit pergila ke Pulau Langkawi atau Johor Bahru. Yang pasti setiap satu hotel di bawah rangkaian Hospitality 360 ini semuanya cantik-cantik dan lengkap kemudahan seperti kolam renang, restoran mewah, gimnasium dan banyak lagi. Pastinya memberi keselesaan kepada seisi keluarga!
RAMADA SUITES BY WYNDHAM KUALA LUMPUR CITY CENTRE
Kedudukannya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur menjadikan Ramada Suites by Wyndham Kuala Lumpur City Centre penginapan yang tepat untuk meneroka keindahan Ibu Negara.
Hotel bandar bertaraf 4 bintang ini menyediakan keseimbangan yang sempurna untuk mereka yang melancong untuk urusan perniagaan atau untuk beriadah. Suite-suite di Ramada Suites by Wyndham KLCC mengabungkan antara ketenangan dan kemewahan moden. Nikmati kemudahan seperti Wi-Fi percuma, katil bersaiz King, HDTV dan pemandangan yang menakjubkan dari balkoni peribadi di setiap bilik.
Tambah pula dengan kemudahan lengkap termasuk kolam infiniti yang pastinya mengujakan si kecil. Restoran terbaharu di hotel ini adalah Blu Apron. Monster Shakes merupakan kegemaran kanak-kanak apabila makan di sini! Selain itu, menu lain yang menjadi pilihan ramai jika menjamu selera di sini adalah seperti Eggs Benedict, Toffee Creme Brulee, Pan Fried Red Snapper, Australian Lamb Rack dan banyak lagi!
Anda sekeluarga boleh makan di restoran ini seawal jam 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam. Pastikan anda sudah mendapat dua dos suntikan vaksin dan tamat tempoh 14 hari untuk makan di sini okay?
RAMADA BY WYNDHAM LANGKAWI MARINA
Jika anda mencari kelainan dalam percutian kali ini, apa kata papa mama berlibur di Hotel Ramada by Wyndham yang terletak di Pulau Langkawi. Sesuai bagi yang inginkan ketenangan dan lari dari kesibukan kota. Lengkap dengan kemudahan untuk seisi keluarga dan terletak berdekatan dengan tarikan utama di pulau peranginan tersebut.
Di hotel ini, terdapat 10 kategori bilik yang boleh papa mama pilih. Paling popular adalah bilik dengan pemandangan laut yang mempunyai balkoni peribadi. Selesa dan sesuai sangat kalau nak wefie satu keluarga. Memang cantik! Malas nak keluar makan jauh-jauh, anda sekeluarga boleh menjamu selera di dua restoran di hotel ini iaitu Charlie’s atau Barbosa.
Ads
Berada di destinasi percutian terbaik dengan kolam renang terbuka dan kolam renang kanak-kanak, spa, karaoke dan gim tentu sekali menjadi pilihan papa mama. Tak lengkap rasanya kalau ke Langkawi tanpa melawat ke tempat bersejarah dan popular. Lokasi hotel ini terletak dekat tempat bersejarah dan pulau membolehkan anda meneroka pulau dengan mudah kemudian ke tempat yang indah seperti Pantai Cenang.
Nak bawa anak-anak ke tempat menarik dengan hanya berjalan kaki pun boleh. Paling dekat adalah dermaga nelayan atau Royal Langkawi Yacht Club yang hanya satu minit perjalanan. Punyalah dekat! Nak membeli-belah di Jetty Point, hanya enam minit berjalan kaki. Lebih best, anda boleh berjalan kaki selama enam minit sahaja untuk ke Perniagaan Haji Ismail Group. Dataran Lang pula hanya sembilan minit berjalan kaki.
Kalau nak memandu pula, tempat menarik yang berhampiran adalah seperti Splash Out Langkawi, Underwater World Langkawi, Pantai Tanjung Rhu. Dengan pemanduan selama 45 minit, dah boleh sampai ke Langkawi Sky Bridge.
SHAHZAN HOTEL KUANTAN
Jika papa mama memilih untuk berlibur di sebelah pantai timur, papa mama boleh memilih Shahzan Hotel yang terletak di bandaraya Kuantan. Hotel ini terletak di lokasi yang cukup strategik di tengah-tengah bandaraya Kuantan memberikan kelebihan kepada pengunjung untuk menikmati keindahan ibu negeri Pahang.
Ads
Papa mama tak perlu risau kerana di sini terdapat 152 bilik. Setiap bilik mempunyai kemudahan seperti TV skrin rata, internet Wi-Fi percuma, penghawa dingin, sejadah dan banyak lagi. Sama ada anda melancong atas urusan perniagaan atau membawa keluarga, bilik moden yang disediakan sangat sesuai untuk bersantai dan relax.
Bagi pasangan yang mempunyai anak, bilik Deluxe dan Junior Suite yang sangat sesuai untuk anda sekeluarga. Makan sampai kenyang di Puteri Teja! Di sini, hidangan signature mereka adalah stimbot Yong Tau Foo yang sedap dan mempunyai pelbagai pilihan. Pasti puas hati bila makan satu famili.
Hotel ini juga lengkap dengan kemudahan kolam renang buat si kecil mandi-manda dan suasana yang selesa. Sambil mandi manda, papa mama sekeluarga dapat menikmati pemandangan bandaraya Kuantan seperti Masjid Negeri Sultan Ahmad dan juga Menara Kuantan 188 kedua tertinggi di Malaysia.
Antara kemudahan lain yang disediakan seperti cigar divan, bilik mesyuarat, surau, dan tempat letak kereta di lokasi, serta perkhidmatan seperti penerimaan tetamu 24 jam. Sama ada anda melancong untuk perniagaan atau percutian, anda akan berasa seperti di rumah semasa anda tinggal di sini.
TRINIDAD SUITES PUTERI HARBOUR
Bagi papa mama yang gemarkan pemandangan mewah dan exclusive boleh bawa keluarga anda ke selatan tanah air dan menginap di Trinidad Suites Puteri Harbour. Dengan deretan kapal-kapal mewah seperti di luar negara pasti memukau mata anda!
Ads
Menggabungkan keselesaan dan gaya elegan, penginapan anda di Trinidad Suites Puteri Harbour bersama keluarga pasti sesuatu yang memorable. Berdekatan dengan tarikan utama di Puteri Harbour, kemudahan yang terdapat di sini ideal buat percutian keluarga atau ketika bekerja.
Terletak di atas bangunan dan menampilkan pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan, kolam infiniti adalah tempat yang sesuai dan pasti anak-anak teruja untuk menikmati pemandangan sambil berenang.
Seronoknya apabila menginap di hotel ini adalah kerana ia tidak jauh dari tempat-tempat menarik di Johor Bahru. Untuk ke LEGOLAND®️ Malaysia Resort, hanya mengambil masa lapan minit sahaja! Begitu juga kalua papa mama mahu bawa anak-anak ke Kota Iskandar dan Dataran Mahkota yang cuma lima minit perjalanan.
Untuk ke Terminal Feri Antarabangsa Puteri harbour pula mengambil masa enam minit. Mahu ke Mall of Medini pun tak jauh, hanya tujuh minit perjalanan. Tidak lama, hanya 13 minit perjalanan ke Horizon Hills Golf & Country Club. Sekiranya anda tidak mahu memandu, boleh naik flight saja. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hanya 20 minit dari hotel ini
Pilihan tempat percutian yang tepat akan meninggalkan memori yang sukar untuk papa mama sekeluarga lupakan!
Hospitality 360 Group merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Hotel Impian Pilihan Pa&Ma. Mahu tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih tahun ini? Jom, tengok di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena dengan Minggu Menabung SSPN, pertandingan Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma telah diadakan di Aeon Mall Shah Alam pada 5 Oktober 2019 yang lalu. Pertandingan ini diadakan dengan kerjasama SSPN dan majalah Pa&Ma. Tema pada tahun ini, adalah mengikut warna rasmi SSPN iaitu biru dan merah jambu. Ternyata semua ibu bapa peserta sangat sporting dan mengenakan pakaian mengikut tema pada bayi mereka.
Suasana riuh-rendah apabila pertandingan merangkak bayi bermula. Kelihatan sungguh comel anak-anak kecil ini merangkak dalam kumpula namun ada yang duduk sahaja tanpa bergerak. Ibu bapa pula berusaha sehabis baik untuk ‘memancing’ anak-anak merangkak ke arah mereka.
Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 62 orang bayi yang berusia lapan hingga 12 bulan yang telah mendaftar sebelum pertandingan berlangsung. Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara merangkak paling pantas.
Pertandingan ini yang terbahagi kepada enam pusingan saringan bagi bayi-bayi yang mewakili grup mereka. Ada enam grup iaitu Cute Ironman, Cheeky Thor, Chubby Hulk, Jolly Spiderman, Sweet Captain America dan Charming Black Widow. Untuk setiap saringan, dua bayi terpantas dibawa ke pusingan akhir. 12 bayi terpantas kemudiannya berlumba antara satu sama lain dan masa terpantas dipilih sebagai juara, naib juara, tempat ketiga dan dua hadiah saguhati.
Turut hadir Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN, Mastura Mohd Khalid, Editor Pengurusan Pa&Ma, Wan Erni Liza Md Izatzi dan Editor Pa&Ma, Hasnita Sawal serta pelawak terkenal Syuk dan Bell Ngasri merupakan hos yang telah dijemput khas untuk acara ini.
Pemenang-pemenang Baby Merangkak Race SSPN X Pa&Ma 2019 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Bayi Juara adalah Ammara Shazia Shamsul Yusof, Naib Juara, Anissa Dhuha Muhamed Thalha, dan Tempat Ketiga, Muhammad Raziq Imran Mohd Raffi manakala dua bayi saguhati adalah Nur Alisha Qaisara Mohd Azhari dan Syeriff Rayyan Syahrul Hafeezhi.
Juara membawa pulang akaun SSPN bernilai RM250, naib juara pula menerima akaun SSPN bernilai RM200 dan pemenang tempat ketiga pula mendapat akaun SSPN RM150. Kedua-dua pemenang saguhati pula membawa pulang akaun SSPN bernilai RM50 setiap seorang. Selain akaun SSPN, setiap pemenang juga menerima hamper barangan bayi tajaan Chomel Baby. Terima kasih kepada semua penaja dan para peserta. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari pembaca Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Acapkali Instagram pelakon yang satu ini sering dipenuhi dengan video gurau senda malah gaduh-gaduh manja bersama suaminya yang juga penyampai radio, Fizi Ali.
Namun kali ini sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga, Shakila Khoriri tampil meluahkan isi hatinya dalam hidup berumah tangga yang dilaluinya bersama suami tercinta.
Shakila turut meluahkan rasa bahagia dengan perkahwinan yang dilaluinya malah amat bersyukur dikurniakan suami yang penyayang malah sentiasa menyokong kuat dirinya.
Menulis panjang lebar di Instagramnya, bersempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka pada 18 Februari lalu, Shakila meluahkan rasa syukurnya kerana dia melalui detik yang cukup membahagiakan bersama suaminya.
“Bismillahirohmanirohim. Rasa baru semalam tolak dan sekeras-kerasnya dalam hati tak nak dia ni jadi boyfriend. Tak suka! Tapi aturan Allah tu paling cantik untuk aku. Aku tak nak DIA bagi.
“Harapan nak kawin lelaki kaya hancur musnah. Aku bukan mata duitan sebab siapa kenal aku tahu aku memang cari duit sendiri kalau nak apa-apa tapi jaminan untuk bakal anak-anak aku nanti. Masa TU lah fikiran aku.
“Tapi macam aku cakap, Allah lebih tahu. DIA kata inilah lelaki dan imam aku dan akan heret aku ke syurga. *insyallah*
“Hari ni aku rasa bersyukur sangat sebab dia adalah suami dan daddy anak aku. Dia tak kaya tapi kitaorang bahagia.
“Seronok lalui waktu susah senang sama-sama. Lepas ni dia bakal jadi kaya raya. Harap jangan dia nak hadiah isteri baru,” tulisnya di kapsyen.
Malah kata Shakila lagi banyak yang dilalui bersama suami tersayangnya sepanjang tiga tahun hidup bersama. Namun katanya, Fizi adalah lelaki yang baik malah sentiasa menjadi pendamping setianya.
“Sepanjang aku kenal dan kawin dengan dia ni, banyak sungguh salah dan dosa aku buat. Sampai ada satu tahap aku rasa tak layak untuk hidup dengan orang sebaik dia. Tapi tu lah. Pelajaran dan pengajaran untuk aku. Nak cerita pun rasa tak payah lah. Biar aku dengan dia je tahu.
“3 tahun baru lagi tapi tengok lah. Kejap ke masuk 10 tahun kang! Anak pun makin cepat besar. hmm ..masa!
“Rajin pulak menaip pagi-pagi buta ni. Penat dok shopping sambung mengemas pulak tengah malam semalam tak hilang lagi. Excited celebrate anniversary kat rumah je.
“Anyway. Happy 3rd Anniversary sayang @fiziali. Semoga Allah berkati dan murahkan rezeki kita anak beranak. Dan Allah permudahkan rancangan dan urusan kita. Dan panjangkan jodoh kita. Pendek kan kebodohan kita. I sayang lah you,” tulisnya lagi.
Sebuah ucapan ikhlas dari isteri buat suami tercintanya. Hantaran Shakila itu turut dihujani dengan pelbagai ucapan dan doa agar kebahagiaan pasangan ini berkekalan hingga syurga.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @shakillakhoriri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak comel yang paling beruntung sekali. Itulah kelebihan yang dimiliki oleh Rizqaa, anak kesayangan pereka fesyen terkenal, Rizman yang mengenakan rekaan busana khas bapanya untuk ke sekolah.
Kalau dah bapanya seorang pereka fesyen, sudah tentulah Rizqaa mendapat sentuhan paling eksklusif dari bapanya.
Menerusi Instagramnya, Rizman berkongsi beberapa busana yang seakan uniform untuk Rizqaa ke sekolah.
“When your dad is a fashion designer and he decides to do my own school uniform,” tulis Rizman di Instagramnya.
Apa yang menarik pastinya rekaan unik seakan baju seragam sekolah yang cukup cantik dan bergaya.
Bukan sahaja satu warna sahaja, bahkan bapa penyayang ini turut menyediakan beberapa jenis warna seperti hijau dan biru serta termasukkan warna kesukaan Rizqaa iaitu warna merah jambu.
Gaun cantik dan kemas itu turut dilengkapkan dengan reben besar di bahagian leher yang membuatkan Rizqaa terlihat cukup comel dan bergaya.
Perkongsian beberapa foto Rizqaa dengan fesyen baju sekolahnya itu menarik perhatian ramai termasuklah rakan selebriti.
Rizqaa mula mendaftarkan diri ke tadika pada tanggal 10 Januari yang lalu. Keterujaan Rizman mahupun isteri tersayang, Nurida Suraya menghantar anak perempuan mereka ke tadika jelas terpancar apabila memuat naik beberapa foto kerenah Rizqaa di tadika pilihan mereka.
Kecomelan wajah Rizqaa sering menarik perhatian umum apatah lagi dengan wajah sempurna gabungan ibu dan ayahnya. Malah Rizqaa juga cukup pandai bergaya yang membuatkan sesiapa sahaja cair. Memang comel.
Terdahulu, Rizman mendirikan rumahtangga bersama isterinya, Nurida Suraya pada 13 September 2019 dan dikurniakan anak perempuan, Princess Rizqaa pada tahun 2020.
Jus buah, adakah bagus untuk anak-anak. Walaupun jus berasal daripada buah-buahan, ia tidak semestinya memberi manfaat yang sama seperti memakan buah dalam bentuk asalnya.