Bagi mengambil keberkatan dan sunnah di hari ketujuh kelahiran, pempengaruh Aishah Hijanah berkongsi pilihan nama buat anak ketiganya yang baru dilahirkan pada 27 Mac yang lalu.
Menerusi Instagramnya, Aisyah berkongsi nama indah pilihannya dan suami iaitu, Safiyyah Hijanah.
Namun menariknya kata Aisyah, sebelum memilih nama itu, dia dan suami terpaksa berdebat dengan anak sulungnya yang mahukan nama lain buat adik barunya. Memang comel.
“Bismillah, hari ini cukup 7 hari puteri kami dilahirkan. MasyaAllah anak yang sangat mudah diurus walaupun dalam keadaan yang masih kuning.
“Ever since she’s in my tummy, memang Allah pelihara sungguh hebat, tak banyak meragam, tak ada alahan, everything was so smooth.
“Sunnah hari ke 7 kelahiran adalah untuk memberikan nama yang baik kepada anak.
“Alhamdulillah nama yang kami pilih selepas berdebat dengan Khadeejah adalah Safiyyah Hijanah binti Mohd Hazalif. Penat bertikam lidah dengan Khadeejah yang nak nama adik dia Sarrah,” tulisnya berkongsi.
Tambah ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi, nama Safiyyah ini dipilih kerana kekuatan yang dibawa oleh nama itu selain maknanya yang cukup hebat.
Aisyah juga turut mendoakan agar perjalanan anak ketiganya itu sentiasa dipermudahkan malah menjadi anak yang berakhlak mulia dan dilindungi Allah SWT.
“Safiyyah diambil daripada nama ibu saudara Rasulullah, Safiyyah binti Abdul Mutalib yang adik beradiknya adalah Saidina Hamzah.
“Dalam sejarah Islam, Safiyyah antara wanita yang sanggup berperang & tinggalkan harta untuk agama Allah. Safiyyah adalah wanita Islam pertama yang menghunus pedang dalam peperangan (Perang Uhud).
“Dalam perang lain, Rasulullah sendiri amanahkan Safiyyah untuk menjaga kubu. Semoga dengan keberanian, ketegasan Safiyyah ini diserap ke dalam diri puteri kami, Safiyyah Hijanah binti Mohd Hazalif. Anak yang kuat hadapi cabaran dalam hidup, tegas & bijak.
“Semoga Safiyyah menjadi anak yang baik di dunia & Akhirat. Kita sama-sama bina keluarga & cipta childhood moment yang baik untuk Safiyyah, Khadeejah & Hassan.
“Semoga Safiyyah dijauhkan daripada pandangan jahat manusia, manusia yang berniat buruk, jin syaitan yang menyesatkan, haiwan berbisa dan haiwan yang tidak berbisa tetapi menyakitkan.
“Doa Aisyah sebagai ibu adalah untuk Khadeejah, Hassan & Safiyyah berjaya di dunia & Akhirat. Diberi kehidupan & takdir yang baik di dunia & Akhirat, masuk ke syurga dengan mudah & memberi manfaat kepada orang lain juga, Allahumma Aameen,” kongsinya lagi.
Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!
Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah, Boleh Ke Bagi Pada Anak!
Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my