Orang kata anak adalah segala-galanya. Biar tak kaya harta pun, asalkan dikelilingi dengan anak-anak soleh dan solehah sebagai penyeri rumah tangga dah cukup membahagiakan pasangan suami isteri. Anak sebenarnya harta yang paling berharga atas dunia ini kerana jika elok didikannya mereka akan jadi saham akhirat untuk ibu bapa.
Dengan keadaan sekarang ini, ramai pasangan membuat perancangan mengikut keupayaan keluarga masing-masing. Semua itu terpulang kepada suami isteri. Namun ada juga pasangan yang tetap inginkan anak ramai dalam keluarga.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Nur Najwa Najdi, kini dia gembira dikelilingi enam anak iaitu lima lelaki dan seorang perempuan. Cuma untuk kandungan yang ketujuh ini masih berteka-teki lagi setakat ini.
Menurutnya, perancangan Allah dah terbaik untuk kita. Cuma bila kita yakin dan segala keperluan anak tak diabaikan, makin murah rezeki yang diberikan. Tanggungjawab ini besar tetapi jika sentiasa positif semuanya dipermudahkan.
Bila anak sulung lelaki, saya syukur sangat-sangat. Ini rezeki yang Allah bagi dekat saya. Bila bersalin anak kedua lelaki.. Alhamdulillah.. boleh la jadi kawan abangnya.
Bila anak ketiga lelaki Alhamdulillah, boleh ramaikan jemaah solat di rumah surau masjid. Bila anak keempat lelaki Alhamdulillah, bila saya dan suami meninggal nanti dah ada hero dan pahlawan yang boleh usungkan setiap penjuru keranda jenazah kami.
Waktu kandungan ke-6 memang sentiasa positif. Kalau ditakdirkan zuriat ini lelaki InsyaAllah nanti dapat juga menantu perempuan.. Alhamdulillah Allah makbulkan doa kami suami isteri. Zuriat ke-6 perempuan. Alhamdulillah syukur sebab baby girl ada ramai body guard.
Kredit: Nur Najwa Najdi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparen