Siapa menyangka Aidil Fitri kali ini menjadi sambutan terakhir seorang ibu bersama anak sulungnya yang disahkan meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi.
Anak kecil itu, Muhamad Syamil Aqil yang berusia 11 tahun menghembuskan nafas terakhir di Klinik Kesihatan Balai dekat Bachok, jam 9.27 pagi.
Walaupun payah untuk menerima hakikat kehilangan anak sulungnya itu namun dia akur dan reda dengan aturan Allah Yang Masa Esa. Melalui facebooknya, ibu ini, Wanie Alias, 32, sempat meluahkan rasa hiba dan berkongsi nasihat untuk semua ibu bapa.
“Semua sayang Abe Aqil. Sorang pym tak tinggal, semua pakat-pakat kebumi Abe Aqil. Ibu sebak sangat-sangat tengok kami.
“Kamu anak yang baik Aqil. Abe Aqil dah selamat pergi ke negeri abadi. Selamat berehat anak ibu, penghuni pertama rahim ibu zuriat pertama abah ibu yang mengajar erti kehidupan dan kasih sayang. Semoga Abe tenang dan riang bersama kawan-kawan baru.
“Ibu tak kisah dah Abe nak main. Abe boleh main puas-puas doah. Ibu lepaskan Abe main puas-puas dengan kawan baru Abe di sana,” luahnya sebak.
Menceritakan detik hiba itu, kata Wanie anaknya sebelum itu iaitu pada Hari Raya Aidilfitri pertama dan kedua masih sihat dan aktif beraya bersama adik-beradik dan saudara-mara.
Ads
Malah katanya, anak sulung daripada tiga beradik itu sangat aktif apabila dapat bermain basikal sebelum demam dan cirit-birit pada hari raya ketiga.
“Saya sentiasa memantau keadaan anak pada setiap jam dan mendapati suhunya sekitar antara 37 hingga 38 darjah Celcius.
“Pada hari raya keempat selepas Subuh, saya lihat keadaan anak lemah sebelum mahu membawa anak ke klinik kesihatan, namun ketika sedang bersiap anak secara tiba-tiba diserang sawan.
“Saya terus membawa anak ke Klinik Kesihatan Balai dan sampai di sana doktor terus memberi oksigen dan branula untuk masuk air. Namun, tekanan nadi anak tiba-tiba terhenti dan anak didapati pengsan,” katanya berkongsi melalui Facebooknya.
Malah akui ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi, doktor berusaha melakukan yang terbaik apabila memberikan bantuan kecemasan resusitasi kardiopulmonari (CPR).
Ads
Walaupun payah namun dia dan suami paksa reda panggilan Ilahi buat anak kesayangannya itu.
Bahkan kata ibu ini lagi, dia reda apabila diberitahu organ dalaman, jantung dan buah pinggang anaknya hangus malah kekurangan air dalam badan.
Beliau berkata, jenazah anaknya kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat dan hasilnya mendapati anaknya meninggal dunia akibat strok haba dan dehidrasi.
“Semua isi di dalam, jantung dan buah pinggang sudah hangus. Begitu juga air dan darah dalam tubuh sudah kering.
“Saya mahu ibu bapa mengambil iktibar dari cerita ini dan jangan bagi anak-anak main panas terik berikutan suhu masa ini sangat tinggi. Bagi anak minum air secukupnya,” pesannya.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diuji kehilangan anak sama ada ketika dalam kandungan, sewaktu lahir ataupun semasa membesarkan mereka bukan sesuatu yang mudah. Hanya yang melalui situasi ini akan faham. Tapi sebagai hamba-Nya nak atau tak tetap kena akur kerana Allah mengetahui segalanya.
Mungkin di dunia Allah nak uji sebab Dia tahu kita mampu, tapi di sana nanti, syafaatnya sangat besar kerana anak syurga inilah yang akan memberi tiket buat ibu bapanya ke syurga.
Perkongsian yang cukup menyentuh hati di TikTok Shaqudsi yang mengambarkan ketabahan dirinya dan suami apabila kehilangan tiga cahaya mata tanpa sempat dipeluk dan disusukan.
Kehilangan ketiga-tiga anak syurga ini benar-benar memberi tamparan hebat buat pasangan suami isteri ini walaupun luaran nampak kuat tapi dalam hati Allah yang tahu.
3 Kali Bersalin, 3 Kali Berpantang Tanpa Baby
Menurut ibu kepada tiga anak syurga ini, dia menghidap penyakit cervical incompetence atau bahasa yang lebih mudah difahami keadaan rahim yang lemah yang boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang.
Pada masa yang sama, dia sempat menceritakan pengalamannya mengandungkan tiga cahaya matanya dan proses-proses sebelum melahirkan. Bagaimanapun, atas persuratan takdir ketiga-tiga cahaya mata yang terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki telah pergi menghadap ilahi tanpa sempat merasa susu ibu.
3 kali mengandung, 3 kali buku Pink. 3 kali masuk labour room, 3 kali suami tunggu di luar dengan tabah. 3 kali balik rumah berdua tanpa baby. 3 kali suami uruskan baby sambil Sha kena tahan dalam wad.
Apa yang lebih menyedihkan, apabila kelahiran yang dinanti-nantikan selama ini tidak dapat dibawa pulang ke rumah seperti ibu-ibu lain, dan dia perlu berpantang seorang diri tanpa kehadiran bayi di sisi.
3 kali berpantang tanpa baby, 3 kali tak dapat susukan anak sendiri. 3 kali melihat nafasnya pergi dalam dakapan. 3 kali kenal erti rindu yang berpanjangan.
“Yang ada rezeki anak, peluk dan sayangilah mereka..”
Di akhir perkongsian tersebut, Puan Sha sempat memberikan pesanan kepada ibu bapa yang diberikan rezeki membesarkan anak supaya menyayangi dan menghargai anak sendiri kerana dia sama sekali tidak berkesempatan untuk berbuat demikian.
Korang ada anak? Peluklah selalu sebab Sha dah rindu sangat nak peluk anak-anak Sha. Sayangilah anak-anak kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Pengasuh kepada anak sulung Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dayah Zubit telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya semalam.
Namun screen shot video call yang dikongsi oleh Dayah di Instastory mengundang sebak ramai.
Sebelum akad nikah bermula, pada malam berinai Siti Aafiyah sempat menghubungi pengasuhnya, Dayah atau mesra dipanggil Kakak untuk menuntut janji.
Menurut Dayah, Aafiyah sentiasa mendoakanya agar cepat-cepat berkahwin dan sempat meminta untuk membelikan Aafiyah baju princess.
Ok setiap kali vc dengan budak kecik ni mesti sedih sebab dia sangat-sangat excited and setiap kali nampak dayah lepas solat mesti dia akan datang dan cakap “Aafiyah doakan kakak dengan abang kahwin..Aafiyah doakan datang, kakak beli baju princess kat Aafyah ok”
Tambah sebak apabila Aafiyah membuat panggilan video dan melihat busana pengantin dipakai oleh Dayah dan menuntut janjinya.
And just now when she saw me wearing this dress, and she said, kakak tunggu aafiyah nak datang. Mana baju Aafiyah kakak. Allahu sedihnya
Dayah memujuk Aafiyah dan menjelaskan tentang situasi Covid-19 yang tidak mengizinkan mereka untuk menjemput tetamu namun dia berjanji untuk membelikan baju princess apabila majlis perkahwinan dibenarkan untuk dibuat nanti.
Im so sorry my dear princess, nanti bila dah buat majlis
InsyaAllah bila keadaan dah semakin pulih, bolehlah Aafiyah jadi flower girl kakak kan? Mesti cantik macam kakak.
Dayah turut berterima kasih kepada Dato Siti atas tajaan baju pengantin yang sangat cantik dan dibuat khas untuk majlis perkahwinanya oleh pereka terkenal Rizman Ruzaini.
Tambahnya lagi, dress yang dibuat mempunyai dua ‘look’ iaitu 2 in 1 dress untuk 2 majlis. Dia tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Dato Siti dan Dato Khalid atas pemberian ini.
Dayah Zubit yang merupakan graduan dalam bidang nursing menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati, Mohammad Ridzuan Razali yang merupakan pemain sayap pasukan bola Terengganu FC II (TFC II).
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kepulangan bayi kesayangan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah yang sedang menjalani rawatan di London telah ditangguhkan ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.
Ainul Mardhiah yang bertolak dari United Kingdom sepatutnya dijadualkan tiba di Malayisia pada petang ini. Bagaimana pun kepulangan bayi ini terpaksa dibatalkan susulan masalah kesihatan dihadapinya.
PENERBANGAN DIBATALKAN
Ibu saudara Ainul, Anis Sofiah Ahmad Razak, 22, berkata, penerbangan yang sepatutnya dijadualkan 9.30 malam tadi (waktu United Kingdom) dibatalkan 11.45 malam tadi.
“Abang beritahu, doktor tidak benarkan Ainul balik lagi namun tidak dimaklumkan punca jangkitan.
AMBIL ANTIBIOTIK & AKAN BERADA DI UK 2 MINGGU LAGI
“Ainul perlu mengambil ubat antibiotik semula sekurang-kurangnya seminggu dan mereka mungkin akan berada di sana (UK) selama dua minggu lagi,” katanya kepada NSTP di Melaka, hari ini.
Pa&Ma sebelum ini melaporkan bayi berusia 10 bulan itu, dijangka tiba di negara hari ini sebelum akan terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Ainul bersama bapa Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 24, sudah bertolak dari United Kingdom (UK) 9.30 malam tadi (waktu UK).
Semalam Pa&Ma juga melaporkan Ainul akan dibawa pulang ke tanah air secara rahsia.
Sementara itu, mama Ainul Nurul Erwani turut memuatnaik perkembangan Ainul menerusi Insta Story.
“Semua ini perancangan dari Allah. Kita hanya merancang tapi kita kena sentiasa ingat yang Allah punya perancangan lagi hebat.
“Bagaimana hebat pun seorang manusia itu merancang, tapi Allah jua lah yang tentukan mana yang terbaik untuk kita.
AINUL SUKA BUAT SURPRISE “Saya mama kepada Ainul Mardhiah sangat berharap untuk sentiasa doakan anak saya sihat dan bertenaga setiap hari. Ainul sangat suka buat surprise kepada kami. Agaknya Ainul dah selesa tinggal kat London, Ainul rasa seronok dengan nurse dekat sini layan Ainul macam princess.
AKAN BERADA LAMA DI LONDON “InshaAllah , kemungkinan kami akan berada lama sikit di London untuk pastikan Ainul dalam keadaan yang selesa untuk naik flight. Keawangan kami Alhamdulillah Allah masih cukupkan lagi dan terus beri rezeki untuk kami.
HARAP MEDIA BERIKAN RUANG “Jangan risau pada kami. Dan saya harap pihak media haruslah beri ruang pada kami sekeluarga untuk jaga Ainul sebaiknya.
TIDAK MAHU PERKARA LAMA BERULANG “Kami perlu cari jalan yang paling terbaik untuk Ainul setibanya di Malaysia. Saya tak mahu perkara lama berulang.
“InshaAllah bila tiba waktu yang tepat Ainul akan pulang ke Malaysia, saya akan beritahu. Cuma teruskan kirimkan doa pada Ainul di setiap solat anda semua yang sayang pada Ainul.”
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.