Hanya sempat menjaganya 14 hari, ibu ayah ini reda satu-satunya anak perempuan dalam keluarga pergi buat selama-lamanya.
Baru-baru ini Pa&Ma melaporkan mengenai bayi perempuan berusia 14 hari, Nur Annissa Zaki yang menghidap holoprosencephaly atau otak di luar tempurung kepala. Bayi istimewa ini meninggal dunia semalam.
Annissa yang dijangka bertahan selama hidup dua, atau tiga hari kuat bertahan dengan keadaannya.
Mengimbas kembali situasi pemergiaan Allahyarham, ibunya, Norwati Saad, 35, berkata, Nur Annissa dikejarkan ke Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan kira-kira jam 8 pagi selepas mendapati dia mengalami masalah pernafasan sebelum disahkan meninggal dunia jam 3.50 petang tadi.
Ads
“Malam tadi, Nur Annissa tidak menunjukkan tanda-tanda sakit tetapi pagi tadi saya terkejut mendapati nafasnya semakin laju dan terus bawanya ke hospital.
“Selepas diberi bantuan oksigen dan minum susu melalui tiub, keadaannya masih sama sebelum doktor mengesahkan anak saya meninggal dunia pukul 3.50 petang,” katanya.
IBU SEDIH TAPI REDA
Ads
Norwati berkata, meskipun sedih dengan pemergian anak bongsu daripada lima beradik itu, dia reda dengan ketentuan Ilahi.
“Kami reda dengan ketentuan ALLAH dan ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan keselamatan dan kesihatan anak kami sejak dua minggu lalu.
“Jenazah akan dibawa pulang ke rumah kami di Kampung Kuala Linggi, Alor Gajah sebelum dijangka dikebumikan malam ini selepas solat Isyak,” katanya.
Ads
ANNISSA BERTAHAN WALAU PUN DIJANGKAKAN HAYAT TIDAK LAMA
Annissa dilahirkan tiada tempurung kepala, selain turut mengalami lelangit sumbing serta memiliki enam jari pada tangan kanan.
Ibunya berkata ketika usia kandungan tujuh bulan, doktor menasihatinya untuk menggugurkan kandungan selepas laporan imbasan ultrasound mendapati terdapat kecacatan di bahagian kepala anaknya selain memaklumkan jangka hayat anaknya itu tidak lama.
Bagaimanapun Norwati dan suami, Zaki Rosly, 40, mengambil keputusan untuk meneruskan kandungan dan berserah kepada ALLAH SWT.
Ada 3 waktu yang sangat berkesan untuk kita sentuh hati anak-anak dengan nasihat sebagaimana diajar oleh Baginda SAW.
Tugas mendidik dan menegur anak bukan kerja yang mudah, silap tegur anak jadi lagi melawan dan memberontak pulak.
Berdasarkan perkongsian dari Puan Siti Aminah Sulaiman, dia sendiri sudah mencuba kaedah nasihati anak dalam 3 keadaan waktu ini dan terbukti BERKESAN!
Sungguh benarlah Rasullulah SAW dihantar sebagai rahmat bagi sekalian alam.
Inilah 3 waktu yang TERBAIK untuk kita nasihati anak:
1) DALAM PERJALANAN /TRAVELLING / BERMUSAFIR
Gunakanlah detik yang berharga ini. Kenapa sesuai untuk nasihati anak ketika dalam perjalanan?
Kerana hati anak sedang GEMBIRA dan TERBUKA untuk terima nasihat.
Pengalaman saya yang terbaru ini ketika kami travel ke Ipoh, saya memang sudah rancang dari awal untuk tegur cara solat anak saya.
Saya berniat nak tegur cara dia bersolat, kerana dia selalu solat dengan laju.
Cara saya ialah mulakan dengan PUJIAN:
” Terima kasih tadi Muiz sebab tolong mak kutip mainan atas lantai..(sambil urut2 belakang anak)
Allah sayang anak yang rajin tolong mak” Tengok muka anak dan mula senyum lebar kena puji, saya sambung dengan teguran:
” Muiz, nanti bila solat, baca Fatihah perlahan-lahan tau..Jangan laju sangat, kita nak Allah dengar apa yang kita baca masa solat..”
Saya lihat muka anak jernih sekali dan dia mengangguk faham Kemudian saya sambung dengan cadangan untuk tambah baik solat anak:
“Oh..Mak ada idea. Jom kita tengok video Tafseer Surah Al Fatihah nak?”
Lalu sepanjang perjalanan ke Ipoh kami tonton bersama video Tafseer Ustaz Nouman Ali Khan.
MasyaAllah, saya nampak perubahan dalam solat anak saya sejak dari travelling yang lepas.
2) WAKTU MAKAN
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Umar bin Abi Salamah r.a yang bermaksud:
“Aku masih kecil ketika berada dalam pengawasan Rasulullah SAW. Tanganku bergerak ke sana ke mari di hadapan makanan.
Lalu sabda Baginda SAW: Hai anak kecil, ucapkanlah basmalah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang ada dihadapanmu.. Sejak itu, begitulah caraku makan.
Dalam buku Prophetic Parenting tulisan Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid, untuk mengenal peribadi asli anak, lihatlah dia waktu makan dan minum.
Anak akan tonjolkan sifat aslinya. Kadang anak lapar hingga tak dapat kawal diri, hingga makan guna tangan kiri, tak kunyah dengan betul atau berebut dengan adik beradik lain.
Disinilah pentingnya kita sebagai ibu bapa untuk duduk makan bersama. Ajarkan anak tertib makan.
Alhamdulillah, anak saya Muiz seorang Left Handed (kidal),pada awalnya sukar untuk makan guna tangan kanan.
Berkat sabar dan nasihat berulang kali , dia boleh makan dengan tangan kanan. Biarlah perlu ingatkan anak berulang kali pun, jangan pernah jemu.
Ingatkan anak untuk baca Bismillah sebelum jamah makanan, duduk bila minum air dan sunnah lain.
Paling penting kita sediri perlu tunjuk adab makan yang betul, baru mudah anak nak ikut.
3) KETIKA ANAK SAKIT
Hadis riwayat Bukhari dari Anas r.a yang bermaksud:
“Seorang anak Yahudi yang menjadi pelayan Nabi SAW sakit. Baginda SAW datang menjenguknya.
Baginda duduk di dekat kepalanya dan bersabda kepadanya, ‘Masuk Islamlah engkau’. Dia melihat ke arah bapanya yang saat itu berada di sana. Si bapa berkata, ‘Turutilah Abu Qasim’.
Maka, dia pun masuk Islam. Nabi SAW pergi sambil berdoa, ‘Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkannya dari api neraka”.
Sebak hati saya bila baca hadith ni, halus sungguh peribadi Nabi Muhammad SAW
Dakwah pada anak kecil dengan begitu lemah lembut sekali. Sakit yang dialami anak menjadikan hatinya lembut dan lunak.
Masih saya teringat nasihat saya pada anak kedua ketika dia demam batuk baru-baru ni.
” Nanti adik jangan makan lagi aiskrim warna warni tu. Mak dah cakap ‘colouring’ tak bagus untuk badan. Dia jadikan badan kita lemah, antibodi jadi tak kuat..”
Penangan nasihat masa sakit ni, sampai sekarang anak tak berani lagi cuba makan ais krim. Itulah kali pertama dan terakhir dia mencuba.
Sama juga dengan anakanda Muiz, ketika sakit dia selalu bertanya kenapa dia sakit?
Jawab saya: ” Syukur Allah beri kita rasa sakit, kita sedar kita manusia. Firaun tak pernah sakit, dia jadi sombong dan mengaku dia Tuhan..”
Banyak lagi nasihat yang boleh kita selitkan bila anak sakit, dengan Izin Allah mereka akan dengar. Fuhh..Bukan mudah nak didik anak-anak ni.
Kerana itu penting kita rebut 3 waktu yang AFDAL supaya nasihat lebih meninggalkan kesan dalam hati anak-anak.
Saya doakan setiap ibu ayah yang membaca post ini diberikan kesabaran dan hikmah dalam menasihati anak-anak.
Walaupun sudah bergelar bapa namun kelibat penyanyi, Usop jarang-jarang muncul bersama anak sulungnya di Instagramnya, apa lagi berkongsi wajah kesayangannya itu kepada umum.
Namun selepas kelahiran cahaya mata sulung itu yang kini berusia empat bulan, Usop memuat naik wajah kesayangannya dan isteri di Instagram.
Cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Saif Umar itu kini sudah pun berusia empat bulan selepas dilahirkan pada November tahun lalu.
Bukan hanya berkongsi wajah bahkan Usop turut membuka akaun Instagram buat Umar.
“Hye uncle onty. Umar dah ada IG follow la umar oceyy🙈❤️ @saif_umar22.
“Umar sedih sebab kena cucuk sakit,” tulisnya di kapsyen.
Apa yang lebih menarik perhatian wargamaya pastinya wajah comel Umar saling tak tumpah seperti isterinya Nur Fatihah Md Hashim atau mesra di sapa Teha.
Terdahulu, Usop mendirikan rumah tangga bersama Nur Fatihah Md Hashim pada 3 Februari 2022. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Saif Umar yang lahir pada November 2022.
Perkongsian gambar keluarga pelakon, Raja Ilya bersama suami dan dua anak mereka, Talita Love dan Royal Abraham mendapat pujian ramai.
Raja Ilya yang telah lama menetap di Australia bersama suami dan keluarga dilihat turut memuat naik beberapa momen indah bersama dua orang buah hatinya itu.
Paling menarik perhatian pastinya dua wajah comel kesayangan Raja Ilya dan suami terutama si comel Abraham yang kini semakin membesar.
Menerusi perkongsian itu, ibu kepada dua cahaya mata ini meluahkan rasa syukurnya atas kurniaan rezeki itu.
“What’s blessed year.
“Sedar-sedar dah anak dua. Orang kata satu muka mak, satu muka daddy. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya menerusi kapsyen.
Anak kedua Raja Ilya dilihat lebih mirip wajah ibunya semementara Talita pula memiliki raut wajah ayahnya, Trent Garret. Memang comel.
Meninjau diruangan komen, peminat turut memuji keluarga kecil Raja Ilya bersama dua anak comelnya.
Untuk rekod, Ilya mendirikan rumah tangga bersama Trent Garret pada 2018 dan menetap di Australia kerana mengikut suaminya yang merupakan warganegara Austaralia.
Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Talita Love,2 tahun dan Royal Abraham.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Nak jadi ibu bapa terbaik? Barulah kita dapat didik anak-anak jadi insan cemerlang! 👏🏼💪🏼
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! 🩷🩷
Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw 🎁🎈🎊🎉 bernilai sehingga RM3000!
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...