Sebuah kehilangan itu sememangnya sesuatu yang menyakitkan, tapi siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Ilahi. Ajal maut semuanya di tangan tuhan, kita yang sihat juga belum tentu Panjang umur hingga ke hari tua.
Julai yang lalu Ashiqin Abd Rahman dan pasangan Ahmad Farhan Nor Azmi dikejutkan dengan berita bahawa anak sulung mereka Muhammad Al Huzaifah Ahmad Farhan yang berusia 3 tahun 5 bulan dengan penyakit kanser otak tahap 4.
Sudah tertulis di Luh Mahfuz hayat si kecil Huzaifah tidak Panjang, meskipun sudah menjalani rawatan yang disarankan. Berita kematiannya di kongsi oleh Ashiqin menerusi akaun Facebooknya. Allahyarham Huzaifah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 10.14 pagi semalam.
BEREHATLAH WILDAN SYURGA
18/4/16-3/11/19
hari ini ibu belajar erti kehilangan sesuatu yang paling berharga,,ibu pulangkan abg kepada pencipta,,
sayang,ibu dah mula rindu abg,, kat mana ibu pandang ibu nampak abg,, nampak semua kenangan kita syg,,ibu tak kuat ibu menangis dalam diam,, ibu taknak orang tengok ibu nangis,,
Ads
ABG ANAK YANG BAIK
selama abg sakit abg tak pernah susahkan ibu,,tak pernah merengek2,,tak pernah mengadu sakit,, sampai ibu tak tahu abg sakit ke tak,, abg makan ubat ,,dgr cakap doctor,,semua doc puji abg tak menangis,,tak merengek2 abg redha je apa doc buat kat abg,,
BILA ABG DAH MEROSOT
abg dah start cakap sakit kt otak abg yang bengkak,,doc ckp tu progress kanser tu,, lepas tu abg dah tak sedar,,abg hanya tidur,,
SEHARI SEBELUM ABG PERGI 2/11/19 10pm
abg dah nampak lain,, ibu sedut isi perut dah keluar darah , oxigen abg x stabil,,ibu tak sedap hati,,ibu tahu masa yang ada tak byk dgn abg,,doc dah suruh semua bersedia, doc cakap abg boleh tahan sampai pagi esok
Ads
AKHIRNYA ABG PERGI 3/11/19 10.14am
abg tinggalkan semua,,semua tak perasan yang abg dah pergi,, mudah sangat perjalanan abg,,semua ingat abg tidur,,rupanya abg dah pergi,, ibu cuba kuat,,ibu taknak abg menanggung kesakitan,, abg rehat lah syg
ANAK SYURGA IBU
dulu ibu abi selalu cakap yang bila abg dah besar nak hantar sekolah tahfiz,,boleh tarik ibu dengan abi ke syurga,, rupanya percaturan Allah lagi hebat,,abg terus ke taman syurga di asuh NABI IBRAHIM A.S,, bertuah anak ibu,,abg doakan ibu abi dan semua ke syurga macam abg ya,,
Ads
Pada September yang lalu, keluarga ini sempat mengabadikan gambar keluarga bahagia mereka dalam satu sesi fotografi yang dirakam oleh Lurima Lensa. cukup indah dengan senyum tawa Huzaifah dalam gambar-gambar yang dirakam. Semoga kedua orang tuanya tabah dan kuat menerima ujian ini dan semoga syurga buat Huzaifah. Takziah diucapkan!
Ibu dan ayah mana yang mahu berpisah di saat anak yang masih kecil. Namun itulah ketentuan buat kita. Bagi pelakon, Shakilla Khoriri, kehidupannya untuk membesarkan anaknya adalah kekuatan buat dirinya untuk bangkit dari kegagalan yang pernah dilaluinya.
Berkongsi kisah hidupnya bersama anaknya, Ameena Sofia, Shakilla yang dipilih sebagai penerima anugerah Pa&Ma Gala Award, Best Mama Millenial 2023 mengakui hidupnya kini adalah segalanya buat Ameena.
Malah menerusi sesi live Pa&Ma Gala Award, perkongsian Shakilla turut mengundang rasa sebak wargamaya.
Mengakui khilafnya kerana gagal mempertahankan rumahtangga bersama bekas suami, kata Shakilla rasa bersalah itu sentiasa menghantui dirinya.
“Saya tak sangka saya lalui banyak benda dengan Ameena. Empat tahun, disudut hati saya rasa bersalah dekat Ameena kerana kegagalan saya untuk meneruskan keluarga kami macam orang lain. Saya gagal tapi saya tak salahkan orang lain. Orang kata kenapa saya kuat, sebab saya buat untuk dia.
“Banyak sangat momen bersama dan sepatutnya kami akhirinya bersama sampai tua. Tapi saya tetap yakin dan percaya pada Allah dan pastinya satu hari nanti Allah akan bagi kebahagiaan yang lebih baik buat saya dan Ameena,” luahnya berkongsi.
Menurut ibu cantik manis ini lagi, dia paling beruntung kerana direzekikan dengan anak yang cukup menyenangkan. Malah hatinya tersentuh setiap kali mendengar ayat-ayat Ameena yang cukup matang memberinya kekuatan.
“Setiap kali solat saya selalu berdoa, kalau Allah nak bagi saya jodoh, berilah saya jodoh yang dapat bahagiakan saya dan Ameena. Cinta dan sayang kami berdua.
“Walaupun dia masih kecil tapi dialah yang paling banyak bercerita dan faham saya.
“Ada satu video itu, dia cakap “ummi jangan sad, daddy jangan sad, nanti Ameena sad. Ummi kena strong nanti Allah bagi ummi kekuatan. Nanti ummi dapat masuk syurga”.
“Saya tak sangka saya lalui banyak perkara dan dapat besarkan Ameena sebaiknya. So far alhamdulillah, Ameena tak pernah menyusahkan saya dan itu rezeki saya,” katanya lagi.
Gagal pertahankan keluarga, minta maaf dengan anak
Akui Shakilla lagi, rasa bersalah selalu menghantui dirinya kerana gagal membina keluarga bahagia buat Ameena.
“Saya selalu minta maaf dengan dia hari-hari. Apa yang ummi nak cakap pada Ameena, lepas apa yang dah jadi, kita diduga tak jadi macam keluarga orang lain, ummi minta maaf sebab umi gagal untuk jaga family kita sama macam orang lain. Tapi ummi nak Ameena percaya ini Allah dah tentukan.
“Mungkin Allah nak bagi kita satu kehidupan yang lebih baik buat Ameena, daddy dan ummi. Tak terkurang sikit pun kasih saya ummi dan daddy buat Ameena. Ummi sayang Ameena sampai syurga,” luahnya yang menyentuh hati ramai.
Terdahulu, Shakilla yang mendirikan rumahtangga bersama bekas suami, penyampai radio, Fizi Ali memilih untuk berpisah tiga tahun yang lalu. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Ameena Sofia.
Bukan mudah mahu menerima hakikat bahawa kita kehilangan orang yang disayangi. Apatah lagi jika mereka itu pasangan hidup kita. Kehidupan harus diteruskan apatah lagi jika ada tanggungjawab yang perlu digalas. Begitulah kisah seorang lelaki yang kehilangan isterinya semasa wanita itu hamil lapan bulan.
Sayu melihat foto-foto di laman Instagram Muanncouncer_ yang menunjukkan aksi seorang ayah dan anak perempuannya. Sesi penggambaran itu telah diadakan di tempat yang sama seperti mendiang isterinya mengadakan photoshoot ketika usia kandungannya lapan bulan.
Melalui kapsyen pada foto tersebut menjelaskan isteri lelaki tersebut yang bernama Yesenia kehilangan nyawanya akibat dilanggar pemandu mabuk dalam satu kemalangan jalan raya. Kuasa Tuhan, bayi dalam kandungannya berjaya diselamatkan dan diberi nama Adalyn.
“Dalam ingatan, Yesenia. Tahun lepas dia telah dilanggar oleh seorang pemandu mabuk ketika mengandungkan bayi perempuannya. Keajaiban kecil ini diberikan nama Adalyn. Kami kembali merakam foto si comel ini bersama ayahnya di lokasi yang sama ketika maternity shoot Yesenia pada tahun 2020. Tribut terindah buat Yesenia. Selamat hari lahir yang pertama, Adalyn.”
Di dalam foto-foto yang dirakamkan itu Adalyn mengenakan gaun berwarna merah jambu, seperti ibunya. Lebih menyentuh hati apabila mereka turut membawa semula foto Yesenia untuk diabadikan bersama.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Demam virus tak sembuh lebih seminggu, lelaki ini kongsi penawarnya. Demam virus atau dikenali sebagai viral fever adalah sejenis keadaan kesihatan yang disebabkan oleh jangkitan virus.
Demam Virus Tak Sembuh Lebih Seminggu, Lelaki Ini Kongsi Penawarnya
Penyakit ini sering berlaku apabila tubuh diserang oleh pelbagai jenis virus yang menjejaskan sistem imun. Walaupun ia bukan penyakit yang jarang berlaku, gejalanya boleh mengganggu kehidupan harian seseorang.
Punca Demam Virus
Demam virus biasanya disebabkan oleh virus yang menyerang sistem pernafasan atau organ lain dalam badan. Penyebaran virus boleh berlaku melalui:
*Sentuhan langsung dengan individu yang dijangkiti.
*Udara, seperti melalui batuk atau bersin.
*Kontaminasi permukaan atau objek.
Gejala Demam Virus
Beberapa gejala biasa demam virus termasuk:
*Demam tinggi: Suhu badan yang meningkat mendadak.
*Sakit kepala: Rasa berdenyut atau sakit di kepala.
*Sakit badan: Ketidakselesaan dan keletihan di seluruh tubuh.
*Sensasi terbakar di mata: Rasa pedih atau panas di mata.
*Loya dan muntah: Sesetengah individu mungkin mengalami gangguan perut.
Gejala-gejala ini mungkin berbeza bergantung kepada jenis virus yang menjangkiti tubuh.
Rawatan Dan Ikhtiar Alternatif
Walaupun rawatan perubatan adalah kaedah utama untuk mengawal demam virus, beberapa kaedah alternatif boleh dijadikan ikhtiar tambahan. Salah satu petua tradisional yang popular adalah menggunakan bahan semula jadi seperti garam kasar, lada hitam, dan limau nipis.
Garam kasar – secukupnya untuk merendam kaki.
Lada hitam – tiga genggam (sebaiknya gunakan yang berkualiti).
Limau nipis – tujuh atau sembilan biji.
Cara-cara penyediaan dan penggunaan:
Campurkan semua bahan tanpa menambah air.
2. Perah limau nipis dan masukkan kulitnya sekali ke dalam campuran tersebut.
3. Rendam kaki ke dalam campuran ini.
4. Gosokkan kaki sehingga garam hancur dan sebati dengan air perahan limau.
5. Baca surah Al-Fatihah sebanyak tiga kali dan ayat Kursi sebanyak sembilan atau sebelas kali.
Dengan izin Allah, perubahan ketara boleh dirasai selepas mencuba kaedah ini. Sekiranya anda merasakan sensasi seperti kaki melecur akibat terkena api, segera dapatkan bantuan daripada perawat rawatan Islam. Jika tiada masalah, Alhamdulillah, ia dipercayai mampu membantu mengeluarkan toksin dalam tubuh badan.
Amalan Tambahan
Untuk hasil yang lebih berkesan, amalkan meminum air kelapa muda tanpa gula dan ais selama tiga hari berturut-turut. Minumlah sebanyak dua hingga tiga biji air kelapa muda sehari.
Usaha ini adalah sebahagian daripada ikhtiar, manakala penyembuhan sebenar datangnya daripada Allah SWT. Semoga petua ini bermanfaat dan dapat membantu mereka yang mengalami demam virus. Sama-samalah kita berkongsi kebaikan ini untuk manfaat bersama.
Taska di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat yang dipercayai terbabit dalam kes kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan diarahkan tutup, kelmarin.