“Berehatlah Wildan Syurga” 4 Bulan Huzaifah Derita Kanser Otak, Akhirnya Dia Pergi Jua!

Share

Sebuah kehilangan itu sememangnya sesuatu yang menyakitkan, tapi siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Ilahi. Ajal maut semuanya di tangan tuhan, kita yang sihat juga belum tentu Panjang umur hingga ke hari tua.

Julai yang lalu Ashiqin Abd Rahman dan pasangan Ahmad Farhan Nor Azmi dikejutkan dengan berita bahawa anak sulung mereka Muhammad Al Huzaifah Ahmad Farhan yang berusia 3 tahun 5 bulan dengan penyakit kanser otak tahap 4.

Huzaifah ketika menjalani rawatan di hospital

Sudah tertulis di Luh Mahfuz hayat si kecil Huzaifah tidak Panjang, meskipun sudah menjalani rawatan yang disarankan. Berita kematiannya di kongsi oleh Ashiqin menerusi akaun Facebooknya. Allahyarham Huzaifah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 10.14 pagi semalam.

BEREHATLAH WILDAN SYURGA

18/4/16-3/11/19
hari ini ibu belajar erti kehilangan sesuatu yang paling berharga,,ibu pulangkan abg kepada pencipta,,
sayang,ibu dah mula rindu abg,, kat mana ibu pandang ibu nampak abg,, nampak semua kenangan kita syg,,ibu tak kuat ibu menangis dalam diam,, ibu taknak orang tengok ibu nangis,,

 ABG ANAK YANG BAIK
selama abg sakit abg tak pernah susahkan ibu,,tak pernah merengek2,,tak pernah mengadu sakit,, sampai ibu tak tahu abg sakit ke tak,, abg makan ubat ,,dgr cakap doctor,,semua doc puji abg tak menangis,,tak merengek2 abg redha je apa doc buat kat abg,,

BILA ABG DAH MEROSOT
abg dah start cakap sakit kt otak abg yang bengkak,,doc ckp tu progress kanser tu,, lepas tu abg dah tak sedar,,abg hanya tidur,,

 SEHARI SEBELUM ABG PERGI 2/11/19 10pm
abg dah nampak lain,, ibu sedut isi perut dah keluar darah , oxigen abg x stabil,,ibu tak sedap hati,,ibu tahu masa yang ada tak byk dgn abg,,doc dah suruh semua bersedia, doc cakap abg boleh tahan sampai pagi esok

 AKHIRNYA ABG PERGI 3/11/19 10.14am
abg tinggalkan semua,,semua tak perasan yang abg dah pergi,, mudah sangat perjalanan abg,,semua ingat abg tidur,,rupanya abg dah pergi,, ibu cuba kuat,,ibu taknak abg menanggung kesakitan,, abg rehat lah syg

 ANAK SYURGA IBU
dulu ibu abi selalu cakap yang bila abg dah besar nak hantar sekolah tahfiz,,boleh tarik ibu dengan abi ke syurga,, rupanya percaturan Allah lagi 
hebat,,abg terus ke taman syurga di asuh NABI IBRAHIM A.S,, bertuah anak ibu,,abg doakan ibu abi dan semua ke syurga macam abg ya,,

sesi fotografi yang dibuat sekitar September lalu

 

Pada September yang lalu, keluarga ini sempat mengabadikan gambar keluarga bahagia mereka dalam satu sesi fotografi yang dirakam oleh Lurima Lensa. cukup indah dengan senyum tawa Huzaifah dalam gambar-gambar yang dirakam. Semoga kedua orang tuanya tabah dan kuat menerima ujian ini dan semoga syurga buat Huzaifah. Takziah diucapkan!

Sumber: Mrss Mamaa

 

Published by
SAHR